(SEMASA) Julie’s dianugerahi Asia’s Top Influential Brand

Spread the love

Martin Ang & Awards

KUALA LUMPUR: Syarikat biskut terkemuka Malaysia – Julie’s Biscuits telah diberi penghormatan anugerah 2015 Asia’s Top Influential Brand di Singapura baru-baru ini. Lebih daripada 250 pemimpin jenama dan wakil-wakil jenama kegemaran Asia, merangkumi negara-negara seperti Malaysia, China, Indonesia dan Thailand telah berkumpul di InterContinental Singapore Grand Ballroom untuk penyampaian anugerah Influential Brands® pada 11 November 2015. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tetamu Kehormat Tuan Yang Terutama Datuk Husni Zai Yaacob, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura. Tetamu-tetamu kehormat yang lain termasuk, En. Chairat Sirivat, Menteri dan Timbalan Ketua Misi Kedutaan Diraja Thai dan Cik Arena Sri Victoria, Kaunselor di Kedutaan Besar Republik Indonesia.

Martin Ang Sharing Session

Pengarah Julie’s Biscuits, Encik Martin Ang berkata, “Sesungguhnya ini adalah satu kehormatan untuk kami dinamakan sebagai salah satu jenama berpengaruh Asia. Ia menunjukkan bahawa Julie’s telah membina gambaran yang baik dalam fikiran pengguna dan kami benar-benar menghargai semua sokongan berterusan daripada pengguna terhadap jenama kami selama ini. Kami benar-benar bermotivasi dan kami akan terus berusaha untuk imej global lebih baik. Menerima anugerah berprestij ini adalah jauh satu kejayaan besar bagi kami selepas berkerja keras beberapa dekad dan mengiktirafkan bahawa jenama Julie’s adalah berkualiti pada pandangan pengguna.

Brand Alliance, melalui platform kepimpinan jenamanya Influential Brands®, dengan sukacitanya mengumumkan 2015 Asia’s Top Influential Brands, disokong oleh pandangan pengguna yang diperolehi daripada penyelidikan dan bidang kaji selidik luas 3 tahun berturut-turut (2013, 2014 dan 2015) di Singapura.

Tahun ini, anugerah Jenama Berpengaruh Asia telah berkembang dan merangkumi lebih daripada 100 kategori, daripada makanan dan minuman (Food & Beverage) ke barangan pengguna bergerak pantas (Fast Moving Consumer Goods) serta perkhidmatan kewangan dan pembangunan hartanah. Untuk menentukan Jenama Berpengaruh Asia, Brand Alliance megabungkan kajian yang diperolehi daripada pandangan pengguna, analisa penjenamaan kualiti, pendengaran sosial dan kaji selidik dalam talian dengan lebih daripada 4000 pengguna untuk menilai kegemaran jenama dan juga  jenama yang menerima pengikthiran yang tertinggi pada pandangan para pengguna. Senarai ini juga berdasarkan satuan kajian yang dijalankan ke atas jenama Asia dari China, Hong Kong, Jepun, Taiwan, Korea Selatan, Indonesia dan Malaysia.

Martin Ang berkata, “Berdasarkan hasil penyelidikan yang telah disatukan, Julie’s mendapat keputusan yang luar biasa di mana ia membuktikan bahawa Julie’s merupakan salah satu jenama minda teratas dan mempunyai kedudukan utama dalam pasaran biskut. Pencapaian yang luar biasa daripada kita hari ini ditauliahkan kepada kakitangan dan juga ejen Singapura kita yang sangat berdedikasi dalam membina kedudukan perniagaan. Semua dedikasi ghairah dipupuk kerana falsafah Cinta dan Penjagaan Julie’s kepada pekerja-pekerja kami. Kami mengambil berat terhadap kakitangan kami dengan cara yang sama seperti yang kita menjaga keluarga kami. Begitu juga, kami mengambil berat tentang alam sekitar dan masyarakat juga. Semua ini telah diterjemahkan ke dalam setiap biskut – yang kami selalu menyatakan “Baked with Lovemencerminkan kepercayaan ini yang kami kuat menegakkan sepanjang tahun. Kami menekankan kepada pasukan kami bahawa hanya bahan-bahan terbaik boleh digunakan dalam produk Julie’s “.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *