(SEMASA) Julie’s Love Letters – Jalinkan kasih sayang anda melalui wartikah bersama Julie’s dengan orang ramai.  

Spread the love

Kuala Lumpur, 11 Jan – Titipkan luahan kasih anda bersama Julie’s bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina melalui kempen murni anjuran Julie’s “What’s Your Love Letter? –Titipkan Luahan Kasih Anda” yang mana memberi peluang kepada anda menulis surat ataupun wartikah kepada insan yang anda kasihi sekian lama. Julie’s ingin memberi galakan kepada semua orang untuk mengirim salam mesra kepada orang ramai dengan “What’s Your Love Letter? –Titipkan Luahan Kasih Anda” dan menyambut musim perayaan Tahun Baru Cina dengan nilai kasih sayang dan kemesraan sesama keluarga.

Alangkah indah sekiranya hidangan kuih-muih dan hadiah-hadiah mahal khas dibeli pada musim perayaan diserikan lagi dengan luangan masa emas anda bersama ahli keluarga dan sahabat handai yang tercinta. Biskut Julie’s Love Letters juga tidak harus dilupakan sebagai santapan pada hari keriangan sambutan Tahun Baru Cina.          

Luahkan Kasih Sayang anda bersama Julie’s

Julie’s di Pusat Membeli Belah Sunway Velocity pada hari ini bagi melancarkan kempen “What’s Your Love Letter? –Titipkan Luahan Kasih Anda”. Pengurus Kanan Jualan Julie’s Malaysia, Dennis Swee Jing Wei berkata bahawa mereka berniat meneruskan tradisi tahunan ini kerana ingin menggalakkan orang ramai meluahkan kasih sayang mereka dengan cara yang agak istimewa iaitu melalui penulisan wartikah ataupun yang kini sememangnya jarang didapati. Pada masa yang sama, mereka juga membawa harapan bahawa orang ramai mengambil inisiatif untuk mengambil berat serta berkongsi kasih sayang antara satu sama lain dan seterusnya berupaya membina masyarakat yang lebih prihatin.

“Bilakah kali terakhir anda menggunakan pen untuk menulis sesuatu? Sentiasa terlepas peluang untuk berkongsi suka dan duka anda bersama ahli keluarga? Tiada keberanian untuk luahkan perasaan terpendam terhadap pasangan ataupun keluarga? Ini merupakan detik masa yang sesuai untuk anda mengetengahkan orang yang tersayang dan bukannya semata-mata fokus pada telefon bimbit anda,” beliau berkata.

Semenjak awal permulaan pada tahun 2015, kempen Julie’s “What’s Your Love Letter? –Titipkan Luahan Kasih Anda” telah menerima sambutan yang hangat daripada orang ramai.

Daripada saat itu, objektifnya adalah untuk meluahkan perasaan yang terpendam sekian lama dan mengabdikan saat-saat manis ini melalui penulisan wartikah.’’

Kempen Julie’s “What’s Your Love Letter? –Titipkan Luahan Kasih Anda” telah dijalankan dengan beberapa cara. Antaranya melalui kiriman poskad yang dianjurkan pada tahun sebelumnya, serta kami meneruskan usaha menyebarkan kasih sayang melalui dedikasi secara pertuturan untuk mengukuhkan perhubungan antara satu sama lain.” beliau berkata.

Beliau turut menyatakan bahawa dengan adanya kempen ini, orang ramai akan mula mengambil berat serta mengirimkan salam kasih sayang melalui “wartikah cinta”, dan secara tidak langsung membantu menggembirakan mereka yang lebih memerlukan perhatian yang sewajarnya. Kempen pada tahun ini juga turut memberi galakan kepada orang ramai untuk mengirim ataupun menyampaikan keberkatan kepada orang yang tidak dikenali untuk bersama-sama menjadikan dunia ini lebih aman dan harmoni.

“Bagi merayakan Tahun Baru Cina pada tahun ini, kami telah merekabentuk beg istimewa keluaran Julie’s edisi terhad bersempena dengan biskut Julie’s Love Letters 700 gram. Di dalam beg tersebut turut diselitkan bersama ‘Love Note’ untuk anda menulis warkah kasih untuk orang ramai sebagai tanda penghargaan oleh anda kepada mereka. Pada tahun baru ini, Julie’s berharap dapat membawa lebih harapan dan kasih sayang kepada semua orang.’’ beliau berkata.

Julie’s akan meneruskan “What’s Your Love Letter? –Titipkan Luahan Kasih Anda” dan promosi Tahun Baru Cina di sekitar Semenanjung Malaysia dalam tahun 2018.

 

Luahkan Kasih Sayang Anda dan berpeluang Memenangi Rantai Tangan Emas 24K

Bertambah lagi peluang anda untuk menzahirkan kasih sayang anda kepada orang ramai! Tahun ini, Julie’s Love Letters telah melancarkan peraduan ‘“What’s Your Love Letter? ”. Beli dua tin biskut Julie’s Love Letters 700gram (8 Januari-11 Februari 2018), dan tuliskan mesej cinta anda yang tidak melebihi 20 perkataan pada ‘Love Note’ yang disediakan. Isikan maklumat peribadi anda seterusnya lampirkan sekali resit pembelian dan masukkan ‘Love Note’ anda ke dalam beg bertuah (Fudai) yang besar di gerai promosi Julie’s atau hantar melalui pos. 50 mesej cinta yang paling kreatif dan menyentuh perasaan akan berpeluang untuk memenangi rantai tangan mewah emas 24K . 10 pemenang bertuah akan dipilih pada setiap minggu.

Memberi Rahmat kepada Semua pada Tahun Baru Cina

Mengikut tradisi Cina, setiap kediaman akan dihiasi dengan perkataan ” (fu) yang membawa maksud kerahmatan sewaktu sambutan Tahun Baru Cina dengan harapan akan membawa kerahmatan kepada keluarga. Tahun ini, anda akan membawa bertuah pulang rumah dengan biscuit Julie’s Love Letters!

Sebagai tanda penghargaan kepada orang ramai atas sokongan berterusan yang telah diberikan selama ini, Julie’s akan menjelajah ke seluruh Malaysia untuk menghantar ” (fu) ataupun kerahmatan kepada semua. Promosi Tahun Baru Cina Julie’s kempen “What’s Your Love Letter?” akan dilangsungkan sepanjang 19hb hingga 21hb Jan, 26hb hingga 28hb Jan, dan 2hb hingga 4hb Feb yang akan bertempat di Selangor, Pulau Pinang, Ipoh, Johor, Kedah, Pahang dan Melaka.

Pada tahun ini, Julie’s akan meneruskan kempen “What’s Your Love Letter?” bersama sesi jelajah di 35 lokasi yang dinyatakan di rajah bawah untuk berpeluang mendapatkan beg-beg bertuah istimewa serta memenangi hadiah-hadiah menarik dan baucar. Selain daripada barangan jenama Julie’s, orang ramai juga boleh memenangi rantai tangan emas! Jangan lepaskan peluang untuk membawa kejutan ini balik ke rumah!

Tambahan pula, 188 pelanggan yang pertama membeli dua tin biskut Julie’s Love Letters 700 gram pada setiap hari Sabtu sekitar jam11 pagi semasa promosi berlangsung, akan menerima biskut Julie’s Love Letters 400 gram dan beg bertuah istimewa edisi terhad keluaran Julie’s.

Lokasi-lokasi Promosi Tahun Baru Cina kempen Julie’s “What’s Your Love Letter?

19hb hingga 21 Jan 2018 Aeon Cheras Selatan, Kuala Lumpur

Aeon Big Kepong, Kuala Lumpur

Giant Batu Caves, Selangor

NSK Selayang, Selangor

Tesco Penang Extra, Pulau Pinang

Pacific Alor Setar Mall, Kedah

Billion Jelapang, Perak

TF Value Mart Sg. Siput, Perak

Maslee Setia Indah, Johor Bahru, Johor

Giant Plentong, Masai, Johor

Pacific Batu Pahat, Johor

26 ke 28 Jan 2018 Aeon Bukit Tinggi, Klang, Selangor

Tesco Puchong, Selangor

Mydin Subang USJ, Selangor

NSK Kuchai Lama, Kuala Lumpur

Aeon Big Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Aeon Bandaraya, Melaka

NSK, Seremban 2, Negeri Sembilan

TF Value Mart Bt. Gajah, Perak

TF Value Mart Botani, Perak

Econsave Desa Cemerlang, Mukim Terbau, Johor

Aeon Big Sutera Mall, Johor Bahru, Johor

Billion Seberang Jaya, Pulau Pinang

Gama Supermarket, George Town, Pulau Pinang

2hb hingga 4hb Feb 2018 Tesco Kepong, Kuala Lumpur

Aeon Metro Prima, Kepong, Kuala Lumpur

NSK Klang, Selangor

TF Value Teluk Intan, Perak

Billion Lumut, Sri Manjung, Perak

Aeon Terbau City, Johor Bahru, Johor

Tunas Manja Air Putih, Kuantan, Pahang

TF Value Mentakab, Pahang

Family Store Bachang, Melaka

Sunshine Square, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Sunshine Farlim, Ayer Itam, Pulau Pinang


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *