(SEMASA) Julie’s Love Letters & Sosial Media – Titip Kasih Dengan Apa Medium Sekali pun

Spread the love

Benny Chia PhotoKuala Lumpur– Ramadan berlalu kini Aidil Fitri menjengah tiba. Kempen Titipkan Luahan Kasih Anda kembali lagi untuk tahun kedua setelah mendapat sambutan memberangsangkan pada tahun lepas. Sememangnya merancang menyambut Hari Raya sangat mengujakan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Julie's Love Letters Product PictureSemestinya termasuk di dalam senarai adalah menyediakan biskut Belanda Love Letters 700g yang berperisa coklat dan strawberi untuk dibawa bersama tatkala menyambut lebaran dan dihadiahkan kepada sanak saudara. Amalan kunjung mengunjungi harus diteruskan walaupun sesibuk mana sekalipun.

Salam with Julie's Love Letters PhotoBagi yang tidak dapat bersama pada hari mulia kerana tugas dan kekangan lain, titipkan Pek Sampul Raya yang terdapat di dalam setiap tin biskut Belanda Love Letters 700g tersebut. Seperti tahun lepas, pek sampul ini menyediakan ruang anda untuk menulis nota kasih sayang dan ucapan sebagai pengganti diri.

Photo with Love LettersSelain itu bawakan biskut Belanda ini sebagai buah tangan saat berkunjung ke acara rumah terbuka keluarga, sahabat atau sang kekasih. Pemberian ini pastinya lebih bererti dengan kamu menyediakan sampul Raya bertulis kata-kata indah.

TitipkanLuahanKasihAnda PhotoMenurut Encik Benny Chia, Pengurus Pemasaran Julie’s Biscuits, amalan kunjung mengunjung dan Titipkan Luahan Kasih Anda perlu diteruskan dan Julie’s membawa kempen tersebut lebih jauh kerana menyedari kepentingannya.

Julie's Sampul Raya Picture“Lebih-lebih lagi dengan wujudnya kemajuan teknologi pada generasi ini, masyarakat lebih senang memilih untuk menghantar pesanan Hari Raya menerusi pesanan ringkas di Whatsapp, SMS, WeChat dan sebagainya. Malah sosial media juga memainkan peranan penting terutama Facebook, Instagram dan Twitter dan masing-masing lebih senang meluahkan rasa kasih mereka di situ secara publik.”

What's Your Love Letters Picture (1)Begitupun, Julie’s kekal mahu mesej ditulis secara tangan agar lebih tradisional berbanding dengan teks digital kerana cara ini lebih bermakna dan dekat di hati. Kalau tahun lepas, Julie’s menjadi posmen untuk mengeratkan silaturahim dengan menjadi orang tengah dalam menghantarkan poskad luahan cinta anda secara percuma. Tahun ini, Julie’s meneruskan lagi tetapi menggunakan kekuatan dan pengaruh sosial media dengan adanya peraduan mesej menerusi gambar.

Julies' Love Letters PictureBerikut adalah cara-cara untuk menyertai peraduan pesanan mesej menerusi gambar yang diperkatakan:

  1. Penganjur berhak menyingkir mana-mana pemenang yang gagal menunjukkan bukti pembelian.
  1. Ambil gambar bersama Julie’s Love Letters 700g dan beritahu kami dalam kapsyen secara kreatif, siapa dan mengapa kamu mahu memberikan Love Letters ini menjelang Hari Raya.
  1. Muat naik gambar dan kapsyen di facebook/instagram dengan hashtag #TitipkanLuahanKasihAnda
  1. 10 pemenang dan insan kesayangan akan memenangi baucar Zalora bernilai RM350 setiap seorang.

*Insan tersayang juga bermaksud sahabat atau keluarga yang pemenang ajukan kapsyen tersebut. Peraduan bermula 6 Jun hingga 5 Julai.

Tambah beliau lagi, berkongsilah perasaan bersama insan tersayang walaupun dengan ucapan ringkas sekadar “aku rindu padamu” atau “aku cinta padamu”. Pastinya ungkapan itu bakal menyentuh perasaan sang penerima di sana. Walaupun menyokong perkembangan teknologi, Julie’s berharap masyarakat tetap memilih berkongsi kasih sayang secara tradisional juga.

Layari ke laman Facebook kami di https://www.facebook.com/JuliesBiscuits untuk maklumat lebih padat. Sentuhlah hati insan tersayang dengan titipan luahan kasihmu.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *