(SEMASA) KANAK-KANAK 8 TAHUN JUARA LITTLE HUFFAZ, BAWA PULANG RM6,000

Spread the love

Pemenang bersama Pengarah Urusan Raffelinna Muhammad Rafie & Wakil Feryal Professional En Mohd Syafiq Yaakob

BALING, 13 Februari 2016 : Peserta cilik, Nurul Iman Kamila Norhisyam, 8, berjaya merebut gelaran juara pertandingan hafazan cilik Little Huffaz yang dianjurkan di Kompleks Rakan Muda Baling pada pagi Sabtu.

Muhammad Rafie Pengarah Urusan Raffelinna bersama tetamu VIP Syeikh Dr Khalee Hafizullah (Iraq) Bekas Pensyarah KUISKemenangan itu membuatkan Iman menewas 10 peserta finalis lain  sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM6,000.

Mia Sara 2“Alhamdulillah syukur atas kemenangan ini. Tak sangka usaha saya selama setahun fokus dalam hafazan berbaloi.

“Mak dan ayah saya juga banyak membantu. mereka sering pesan untuk tidak tinggalkan solat selain memberi sokongan,” kata anak ketiga kepada empat adik beradik ini.

Mia Sara 1Pada acara itu, peserta Muhammad Aminuddin Mohd. Basir, 9, mendapat tempat kedua dengan membawa pulang wang tunai RM4,000. Manakala tempat ketiga dimenangi Muhammad Uzair Ahmad Bakri, 9, menerima hadiah RM2,000.

Tujuh finalis lain ialah Muhammad Amiruddin Mohd. Basir, 9, Nurisya Khyra Zamzuri, 9, Muhammad  Abdullah Amri, 8,Muhammad Syameel Irfan Sable, 9, Nurisya Qistina Mohd Zahir, 6, Farah Insyirah Khairul Faizi, 8, dan Muhammad Afiq Haikal Norazizi , 9.

Sementara itu, penganjurnya iaitu Pengarah Urusan Raffelina Sdn Bhd, Muhammad Rafi’e Ramli berkata, Little Huffaz adalah bagi memberi peluang kepada para peserta menunjukkan kehebatan masing-masing dalam menghafaz Al-Quran.

“Saya lihat ramai golongan cilik berpotensi tinggi dan walaupun masih kecil, mereka mampu menghafal surah-surah Al-Quran dengan baik.

“Ini baru permulaan. Pihak kami akan menganjurkan Little Huffaz di Zon Selatan pula, serta Timur pada masa akan datanf. Kemudian kesemua pemenang akan bertanding di peringkat kebangsaan pula,”katanya.Gambar Pemenang Hafazan Cilik Little Hufaz Zon Utara

Dalam pada itu, pihaknya juga masih mencari mana-mana stesen televisyen yang berminat untuk bekerjasama dalam penganjuran program berkenaan.

Pada pertandingan tersebut, sebanyak lima juri bertauliah mengadili pertandingan tersebut dimana Penyelia Pengajian Islam, Pejabat Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah.

Pengarah Urusan Raffelinna menyampaikan hadiah UTAMA kepada adik Nurul Iman 1

Pengarah Urusan Raffelinna menyampaikan hadiah kepada peserta buta Muhammad Afiq Haikal Nur Azizi 9 tahun

Turut hadir pada pertandingan tersebut bekas pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Syeikh Dr. Khalee Hafizullah dari Iraq. Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan kumpulan nasyid Far East dan kemunculan duta produk Caliph Kids, Mia Sara.

Little Huffaz turut dianjurkan Caliph Kids dan Feryal dengan kerjasama Nadi Cinta Resources.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *