(SEMASA) Kempen Kesihatan DiKongsi, Harapan Diberi Antabax dengan Kerjasama Giant Sumbang RM25,000 kepada Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Spread the love

Antabax_001_2_1_2_2_1

Shah Alam, 2 November 2015  – Kerjasama di antara Antabax, rangkaian produk penjagaan diri anti bakteria yang inovatif dan dipercayai bersama peruncit terkemuka di Malaysia, Giant telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM25,271.60 untuk Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menerusi kempen Kesihatan Dikongsi, Harapan Diberi anjurannya.

Antabax_002_2_1_2_2_1

Kempen yang telah berlangsung selama dua bulan dari 1 Jun hingga 31 Julai 2015 menyaksikan 5% jualan rangkaian produk penjagaan diri anti bakteria Antabax di cawangan Giant dan Guardian seluruh negara disalurkan kepada WAO bagi menyokong Pusat Perlindungan dan Penjagaan Kanak-kanak WAO.

WAO memberi sokongan kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan mental, fizikal dan seksual. Ia juga menyediakan perkhidmatan perlindungan sementara dan membantu mereka untuk menentukan masa depan sendiri.[1] WAO percaya semua pihak perlu mempunyai kuasa tentang apa yang terjadi terhadap hidup mereka dan tiada siapa yang boleh dianiaya.

Sejak kempen CSR pertamanya pada tahun 2009, Antabax telah menyumbang lebih RM1 juta dalam bentuk wang tunai dan produk kepada pelbagai organisasi bukan kerajaan demi membantu mereka yang memerlukan.

Menurut Pengarah Eksekutif Jualan & Pemasaran Lam Soon Edible Oil Sdn. Bhd., En. Allan Khong, jenama itu komited untuk menyokong organisasi-organisasi yang menyediakan perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan menerusi sumbangan ke atas projek-projek tertentu atau melalui sumbangan.

“Kami fokus menyokong beberapa bidang utama. Sebagai contoh, usaha WAO dalam menangani masalah keganasan rumah tangga menerusi perkhidmatan sokongan kepada mangsa dan bekas mangsa sememangnya dekat dengan para pengguna serta jenama kami. Antabax ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna diatas sokongan mereka kepada kanak-kanak dan wanita di WAO,” katanya ketika majlis penyampaian cek di ibu pejabat Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd.

Pengurus Besar Pemasaran GCH Retail (M) Sdn. Bhd., Norine Erica Majaman mengakui bahawa usaha WAO untuk menangani masalah keganasan rumah tangga adalah penting dan ini merupakan kempen bersama di antara Antabax dan Giant yang kedua dalam menyokong pertubuhan tersebut.

“Keperluan WAO sangat luas. Kerja yang mereka lakukan untuk memberi bekas mangsa keganasan rumah tangga permulaan baharu sememangnya mampu mengubah kehidupan seseorang. Sebab itulah kami mengambil keputusan untuk menganjurkan kempen kedua bagi membantu WAO,” kata Majaman.

Pengarah Eksekutif WAO, Sumitra Visvanathan mengucapkan terima kasih kepada Antabax, Giant dan Guardian diatas sumbangan kewangan kepada WAO menerusi kempen kesihatan dikongsi, harapan diberi.

“Pusat Perlindungan dan Penjagaan Kanak-kanak menawarkan perkhidmatan penting kepada wanita serta kanak-kanak mangsa penderaan ketika mereka membuat keputusan untuk keluar daripada kitaran keganasan itu. Pada tahun 2014, Pusat Perlindungan dan Penjagaan Kanak-kanak memberi perlindungan kepada 329 wanita serta kanak-kanak bagi membolehkan mereka membina semula kehidupan mereka.  Pusat perlindungan ini mempunyai ruang seluas kira-kira 12,000 kaki persegi. Ia merangkumi lima buah bilik tidur, enam bilik air, sebuah dapur, pejabat pengurusan dan bilik stor,” kata Visvanathan.

Menurut beliau lagi, sekurang-kurangnya RM1.2 juta diperlukan setiap tahun untuk melaksanakan progam-program mereka. Kebanyakan dana datang daripada sumbangan individu serta korporat seperti Antabax, Giant dan Guardian.

Maklumt lanjut mengenai Antabax, sila layari laman Facebook:  facebook.com/newAntabax.

[1] WAO services, Wao.org.my,. (2015). Services – Women’s Aid Organisation. Retrieved 22 September 2015, from http://www.wao.org.my/Services_11_3_1.htm


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *