(SEMASA) Kenny Rogers ROASTERS menyelami pengorbanan wira bangsa

Spread the love

image002 (1)

Kuala Lumpur, 13 November 2015 – Bertepatan dengan inisiatif Khidmat Masyarakat KRR, “I Love i.care for My Community” Kenny Rogers ROASTERS (KRR) telah mengadakan lawatan ke Balai Bomba Hang Tuah bagi menghargai jasa dan pengorbanan anggota bomba.

Dalam sesi perkongsian tersebut, KRR telah mengadakan bengkel pemakanan sihat bersama anggota bomba dengan berkongsi maklumat berkaitan zat makanan dan kepentingannya kepada tubuh badan. Antara tema-tema lain yang dikongsikan termasuk cadangan diet makanan yang praktikal dan keperluan mengamalkan pemakanan seimbang bagi menjamin kesejahteraan kesihatan.

“Layak digelar wira bangsa, menjadi seorang anggota bomba bukan sahaja perlu berkerja lebih masa malahan perlu berdepan dengan pelbagai risiko. Oleh itu, amat penting bagi wira bangsa ini untuk menjaga kesihatan untuk berdepan dengan pelbagai cabaran dalam pekerjaan mereka,” kata Cik Ling Shiau Yunn, Pengurus Perhubungan Pelanggan di Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd.

Di samping itu, pihak KRR juga diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman menjadi ahli bomba dengan penerangan dan demonstrasi di balai berkenaan seperti memadamkan kebakaran, penggunaan pemadam api, dan cara untuk menggunakan peralatan keselamatan dan mencegah kebakaran. Selain daripada itu, pihak KRR turut diberi taklimat ringkas mengenai peralatan di dalam trak bomba seperti alat bantuan pernafasan, alat pengalih udara, tangga kecemasan, peti pertolongan cemas dan alatan penyelamat hidraulik.

“Kami berbesar hati apabila terdapat pihak yang berminat untuk mendalami kerjaya kami secara tidak langsung, mereka juga dapat mempelajari langkah-langkah menangani kebakaran untuk keselamatan diri. Malang tidak berbau, oleh itu berkongsi maklumat dengan masyarakat merupakan satu peluang keemasan. Kami turut menawarkan kelas mencegah kebakaran dan keselamatan serta mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menyertainya,” kata Tuan Halim Bin Mustaffa, Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Bengkel kesihatan oleh KRR sangat berinformasi dan membantu kami untuk membuat pemilihan   pemakanan yang  lebih bijak. Ia merupakan peluang baik bagi kedua-dua pihak mempelajari pengetahuan yang tidak ternilai ,” tambah beliau.

Selesai berkongsi maklumat, anggota-anggota bomba dan ahli keluarga mereka di Balai Bomba Hang Tuah dan Balai Bomba Penyelamat Pudu bersama-sama menikmati hidangan sihat, Kenny’s Chicken Meal.

“I Love i.care for My Community” merupakan salah satu daripada kempen Khidmat Masyarakat KRR. Sejak ditubuhkan pada 2005, Khidmat Masyarakat KRR merupakan usaha berterusan oleh KRR untuk menyumbang kepada masyarakat  melalui pelbagai inisiatif Tanggungajwab Sosial Korporat (CSR). Kempen tersebut termasuklah lawatan ke pusat atau rumah golongan yang tidak berkemampuan serta sumbangan makanan.

Info lanjut Kenny Rogers ROASTERS, lawati www.krr.com.my atau layari www.facebook.com/krrmalaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *