(SEMASA) Kenyataan Media Raffelinna Sdn Bhd berhubung Tajuk Artikel Akhbar Kosmo: ‘Pengusaha Keliru Larangan Jakim’

Spread the love

Untitled-1-585x390

KUALA LUMPUR, 10 MAC 2016: Pengarah Urusan Raffelinna Sdn Bhd, Muhammad Rafi’e Ramli menyifatkan artikel yang bertajuk Pengusaha Keliru Larangan Jakim menerusi akhbar Kosmo dengan paparan gambar hiasan produk miliknya iaitu Caliph Kids Supplement – Kids Expert telah mengundang kekeliruan pengguna.

Rafi’e berkata, walaupun pihak akhbar berkenaan bukan mahu memburukkan produk keluarannya, namun paparan gambar hiasan dengan mengkaburkan jenama Caliph Kids Supplement telah memberi impak negatif terhadap produk makanan tambahan kanak-kanak berkenaan.

“Saya faham dengan niat akhbar terbabit yang ingin membantu peniaga-peniaga dengan mempertikaikan sebab-sebab Jakim mengharamkan produk sunnah dan tidak menyalahkan mana-mana pengusaha pun.

“Tetapi gambar hiasan yang menggunakan produk Caliph pada artikel berkenaan beserta tajuk yang mengelirukan mengundang pelbagai persoalan daripada  pihak pengguna.

“Saya mahu menegaskan bahawa Caliph Kids Supplement – The Kids Expert mempunyai pengesahan dan sijil pengiktirafan Halal daripada pihak JAKIM,” katanya.

Pada Isnin lalu, akhbar Kosmo melaporkan mengenai kenyataan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang meminta pihak JAKIM mengkaji semula larangan penggunaan ayat ruqyah dan makanan sunnah.

Menerusi artikel berkenaan, gambar produk Jus Caliph Kids Suplement turut dipaparkan sebagai gambar hiasan.

Sementara itu. Rafie berkata, pihaknya juga tidak menggunakan perkataan sunnah atau ruqyah pada produk Caliph selepas mendapat nasihat daripada pihak JAKIM Negeri Kedah sejak Caliph dipasarkan Februari tahun lalu.

Malah Rafi’e juga menegaskan pihaknya tidak pernah menjual nama Islam dalam produk yang dihasilkan mahupun dibacakan 30 juzuk atau surah ruqyah seperti segelintir produk lain.

“Pihak kami selalu hebahkan antara bahan terkandung didalam Jus Caliph Kids Supplement adalah berasaskan buah buahan Sunnah seperti Kismis, Madu, Delima, Kurma dan Buah Tin.

“Setelah terjual lebih 1 juta botol dalam tempoh setahun kami tidak pernah menggunakan agama untuk melariskan produk. Cuma kami menekankan kandungan dalam jus tersebut adalah buah-buahan sunnah. Kerana bagi kami itu bukti nyata kekuatan produk, itu sahaja,” jelasnya.

Tambah Rafi’e, melihat pada kotak bungkusan Caliph Kids Supplemen juga sudah menunjukkan pihaknya bukan mahu mengambil kesempatan memperdagangkan agama Islam.

“Rekaan bungkusan kotak yang kami bawa jauh berbeza dengan konsep membawa nama agama.

“Pihak kami bukan sahaja mensasarkan kualiti, tetapi mahu produk ini berkembang sehingga ke peringkat antarabangsa kerana ia bukan tertumpu buat golongan Islam sahaja. Orang bukan Islam juga boleh menggunakan produk kami.”

“Pihak kami mengikut spesifikasi yang ditetapkan dengan baik dan dikilangkan di kilang bertaraf GMP kerana kami sasarkan pelan jangka masa panjang,malah produk ini mempunyai kesan yg baik, jadi kelebihan ini kami gunakan utk melangkah lebih jauh,” ujarnya.

Selain produk Caliph Kids Supplement – Kids Expert, syarikat Raffelinna Sdn Bhd turut menghasilkan produk varian Caliph Kids Supplement yang lain termasuk berkecimpung dalam perniagaan fesyen menerusi butik cawangan Raffelinna.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *