(SEMASA) KERJASAMA SUNQUICK MALAYSIA DENGAN YAYASAN ORPHANCARE DI BULAN RAMADHAN

Kuala Lumpur, 20 April 2020 – Yayasan OrphanCare telah menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) dengan SUNQUICK Malaysia pada 20 April 2020 sebagai sebahagian dari usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat SUNQUICK Malaysia di musim Ramadhan tahun ini.

SUNQUICK Malaysia akan menyalurkan sebahagian dari hasil jualan bagi produk minuman botol saiz besar dari seluruh negara dalam tempoh Ramadhan bermula 23 April 2020 sehingga 24 May 2020 ke dana OrphanCare untuk membantu misi OrphanCare dalam menyelamatkan bayi bayi yang berisiko di buang atau di tinggalkan dan kanak kanak dari keluarga yang tidak bernasib baik.

Kedua-dua pihak telah mengadakan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman secara berasingan sebagai menghormati Peraturan Kawalan Pergerakan COVID 19 yang sedang berkuat kuasa.

“Kami di OrphanCare percaya bahawa setiap kanak kanak perlukan sebuah keluarga. Dalam keadaan PKP ini dan krisis kesihatan COVID 19 yang dihadapi di seluruh dunia sekarang ini, peranan kami menjadi lebih penting dan ketara dalam memastikan misi menyelamatkan bayi bayi berisiko di buang dan kanak kanak dari keluarga yang tidak bernasib baik ini di lindungi;” ujar Yuzila Yusof, Ketua Pegawai Operasi Yayasan OrphanCare. “Terutama dalam keadaan krisis global ini, sokongan dari syarikat besar seperti SUNQUICK Malaysia adalah amat bermakna dan mampu memberi impak dan bantuan besar dalam meneruskan perjuangan kami untuk melindungi bayi dan kanak kanak di seluruh Malaysia yang mungkin berhadapan dengan situasi yang getir”.

Mr. Soren Ravn, Timbalan Presiden Eksekutif Wilayah CO-RO A/S APAC turut berkata, “SUNQUICK Malaysia turut berkongsi wawasan Yayasan OrphanCare dalam melindungi bayi dan kanak-kanak yang berisiko ini. Kami percaya bahawa semua kanak-kanak berhak di besarkan dalam persekitaran yang selamat, suasana yang gembira dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Kami berbesar hati dan bangga dapat menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan dengan cara ini’

Keterangan ringkas tentang Yayasan OrphanCare

Yayasan OrphanCare ditubuhkan pada tahun 2008 untuk memberi perlindungan serta kasih sayang kepada bayi-bayi terbuang dan kanak-kanak di dalam institusi yang tidak bernasib dengan menyediakan perkhidmatan proses pengambilan anak angkat yang betul dan mengembalikan kanak-kanak yang berada di rumah-rumah kebajikan kepada keluarga kandung mereka atau keluarga angkat yang prihatin sambal menyalurkan sokongan yang diperlukan.

www.orphancare.org.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *