(SEMASA) KFC MEMPERKENALKAN DOUBLE DOWN MAXX DENGAN KELAZATAN BERGANDA!

Pic1

Burger ciptaan KFC yang pernah menggegarkan seluruh Malaysia dua tahun lalu kini kembali menemui peminatnya sekali lagi dengan  kerangupan dan kelazatan yang berganda.

Burger epik terbaru Double Down Maxx adalah hasil gabungan citarasa menakjubkan dari KFC iaitu dua filet Zinger rangup Hot & Spicy yang mengapit kentang hashbrown, sekeping keju dan juga lapisan sos chipotle pedas.

“KFC Malaysia sentiasa teruja untuk mencipta sesuatu yang unik buat pelanggan setia kami, dan Double Down Maxx baharu ini adalah salah satu produk yang telah menguji kreativiti kami ke tahap yang lebih ekstrim,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.

Dengan slogan “Hebat Rasanya, Rebutan Semua!” KFC Double Down Maxx dicipta berinspirasikan citarasa golongan remaja dan juga belia, serta tidak lupa juga mereka yang berjiwa muda. Generasi masa kini sentiasa menginginkan hidangan yang terbaik dan istimewa, lebih besar dan lebih lazat. Produk baru KFC ini, Double Down Maxx menawarkan semua ini.

Pic2

KFC Double Down Maxx boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM10.90 (untuk hidangan ala’ carte), dan juga Kombo Lunch & Dinner pada harga RM12.95. Hidangan kombo termasuk satu set Cheezy Wedges dan satu minuman berkarbonat (kedua-duanya bersaiz biasa). Tawaran Kombo Lunch & Dinner ini tidak sah di cawangan KLIA/KLIA2, Lapangan Terbang Pulau Pinang, Legoland dan Genting.

Kempen bagi promosi KFC Double Down Maxx merangkumi pengiklanan di TV, radio, akhbar, media online, titik bahan jualan untuk capaian yang lebih meluas kepada pelanggan. KFC Double Down Maxx boleh didapati semua restoran KFC di seluruh negara untuk masa yang terhad sahaja bermula dari 28 November 2014, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati produk hebat ini!

Selaras dengan promosi ini, KFC akan menganjurkan cabaran Double Down Maxx di mana peserta perlu ber“selfie” dengan burger Double Down Maxx dengan cara yang paling kreatif. Peserta perlu mengepos gambar ke halaman peraduan KFC di Facebook atau poskan di akaun Instagram dengan hashtag #DoubleDownMaxx. 40 penyertaan yang paling menarik akan berpeluang untuk mengalami cabaran drift Double Down Maxx dengan Tengku Djan, pelumba drift nombor satu di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *