(SEMASA) Koleksi Musim Bunga 2015 “Hush Puppies Apparel” Mengetengahkan Elemen Urban Minimal

Spread the love

Print

Jenama pakaian terkemuka Amerika, Hush Puppies Apparel dengan bangganya memperkenalkan Koleksi Fesyen Musim Bunga 2015 yang menampilkan gaya potongan kemas dan bergaya, sesuai untuk seisi keluarga. Seiring dengan matlamat Hush Puppies untuk menghasilkan pakaian selesa dan kasual, sesuai untuk beriadah atau bersiar-siar, Koleksi Musim Bunga kali ini mengetengahkan gaya fesyen berelemen urban minimal.

 Print

Sebahagian besar rekaan dan pilihan warna untuk koleksi fesyen kali ini juga diilhamkan daripada hasil karya pelukis ekspresionis terkemuka Amerika, Mark Rothko. Seperti jangkaan, koleksi ini didominasi oleh corak-corak ringkas dengan gabungan warna-warna berbeza yang terang dan menonjol. Tarikan istimewa dalam koleksi ini termasuk corak vintaj nakal yang diilhamkan daripada kain Toile de Jouy dan fabrik seersucker berjalur halus untuk rangkaian pakaian orang dewasa, kanak-kanak serta bayi.

Lebih menariknya, koleksi ini turut hadir dengan aneka pilihan warna klasik dan terang musim bunga seperti biru telur burung robin, jingga kalipso, merah salmon, kuning marigold dan putih gading. Peminat-peminat warna-warna hangat pula pasti teruja dengan pilihan warna seperti merah paprika, biru kelasi dan biru chambray. Warna-warna pelengkap daripada Koleksi Musim Bunga ini juga boleh disuai padan untuk menyerlahkan hari bersantai dan mengeratkan tali silaturahim bersama keluarga.

Selain itu, Hush Puppies Apparel juga menawarkan pelbagai pilihan aksesori tambahan untuk orang dewasa dalam koleksi ini. Antaranya termasuk dompet dan tali pinggang kulit, beg jinjit kanvas dan beg kepit wanita serta beberapa produk lain untuk kanak-kanak serta bayi    

 

Lelaki mempunyai sejumlah pilihan kemeja daripada pelbagai gabungan warna berbeza yang terang dan menonjol. Misalnya baju berlengan panjang, baju daripada kain kait (knit) dan kemeja-T kasual. Antara pilihan kegemaran kami daripada koleksi ini termasuk seluar Bermuda dan kemeja chambray dengan corak berilhamkan toile serta baju polo Hush Puppies Apparel klasik.

Bagi seluar pula, padankan warna-warna serona bagi melengkapkan persalinan kasual anda. Seluar panjang denim dan khaki pula memberi penampilan yang lebih kemas. Serlahkan penampilan ceria anda dengan seluar Bermuda Hush Puppies bercorak anjing Basset Hound yang juga ikon jenama terkemuka itu. Aksesori lain untuk lelaki pula termasuk dompet kulit, tali pinggang kulit berkancing serta klip wang pelbagai warna.

Bagi wanita pula, Koleksi Musim Bunga ini menampilkan gaun, baju serta seluar mudah pakai bercorak dengan warna-warna muda dan terang. Seiring dengan matlamat koleksi kali ini yang mengetengahkan elemen urban minimal, kaun wanita boleh memilih antara gaun lurus (shift dress) santai atau blaus kait penuh gaya.

Hadir dalam aneka pilihan warna-warna segar, koleksi Musim Bunga ini menawarkan gabungan fesyen unik seperti gaun skater berilhamkan toile dan skirt seersucker berjalur halus, sekali gus melengkapkan penampilan anda ketika bersiar-siar. Bagi aksesori pula, wanita pasti tersenyum lebar dengan aneka pilihan beg bulu palsu, dompet serta tali pinggang berwarna terang dan menonjol.

Seiring dengan sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang tiba, warna-warna merah pekat pula mendominasi senarai warna pilihan pakaian kanak-kanak pada musim ini. Rangkaian pakaian ini diperbuat daripada kain mudah urus yang selesa.

Bagi kanak-kanak perempuan, koleksi ini menampilkan sejumlah gaun comel dengan gaya warna-warna terang bertentangan yang tetap saling melengkapi satu sama lain. Gaun dan skirt dalam koleksi ini direka khas dengan hiasan lipatan lebar bagi menonjolkan penampilan ceria yang lebih feminin. Bergayalah dengan pilihan warna merah yang cukup sinonim dengan simbol tuah atau putih yang dipenuhi dengan corak anjing basset hound. Si kecil anda pasti tampil unik dengan skirt kembang beriben, blaus lengan beralun dan gaun berlengan kembung yang dihasilkan daripada fabrik seersucker berjalur halus.

Bagi kanak-kanak lelaki pula, koleksi ini menawarkan baju dengan warna-warna terang bertentangan seperti kemeja lengan pendek, baju polo berkolar dan seluar Bermuda untuk penampilan yang lebih kasual. Rangkaian seluar terdiri daripada pilihan seluar denim dan seluar singkat paras lutut dengan warna-warna terang bertentangan serta seluar panjang serona.

Tarikan utama dalam keseluruhan koleksi untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan ini terletak pada corak ceria serta unik yang diilhamkan daripada fabrik toile. Antaranya termasuk corak kereta vintaj dan pokok palma yang hadir dengan warna-warna lantang berkontra serta gabungan warna sewarna dalam fabrik chambray. Pilihan tepat untuk sambutan Tahun Baharu Cina kali ini sudah pastinya kemeja-T Hush Puppies merah tuah yang bercorak wang kertas basset hound!

Selain itu, Hush Puppies Apparel turut menawarkan sejumlah rangkaian pakaian untuk bayi lelaki dan perempuan dalam lingkungan usia 6 hingga 24 bulan. Ceriakan si manja perempuan anda dengan pakaian-pakaian feminin comel berwarna merah jambu manis dan putih seperti gaun kembang, skirt skater berlipat dan seluar denim mudah regang bersaiz kanak-kanak.

Rangkaian skirt, gaun dan blaus ini beropol di tepi manset manakala gaun puteri lengan kembang serta blaus dengan lipatan ala kotak pula hadir dengan corak berilhamkan fabrik toile. Corak-corak unik lain pula termasuk pakaian bermotifkan zirafah serta jaluran halus putih dan merah jambu. Kardigan berbutang dan bergaya ketimuran dengan kolar ala Peter Pan juga boleh didapati untuk melengkapkan penampilan bayi anda.

Biru mendominasi pilihan warna untuk penampilan bayi lelaki pada musim ini. Serlahkan penampilan bayi lelaki dengan baju-T berwarna terang berkontra serta baju polo berjalur lebar, nautikal atau blok panel.

Buatlah pilihan daripada seluar Bermuda berwarna jingga terang, berjalur halus atau bermotifkan sulaman basset hound penuh. Direka khas dengan fabrik chambray untuk koleksi ini adalah baju luar yang selesa dan kemeja lengan berlipat. Gayakan bayi lelaki anda dengan baju-T berkolar atau jersi kolar bulat dengan corak berilhamkan fabrik toile!

Koleksi Fesyen Musim Bunga 2015 kini boleh didapati di semua butik Hush Puppies Apparel dan juga gedung-gedung beli-belah terpilih di seluruh negara. Rangkaian pakaian lelaki dan wanita untuk koleksi ini berharga dalam lingkungan RM59.90 – RM199.90. Rangkaian aksesorinya pula berharga dalam lingkungan RM89.90 – RM269.90.

Rangkaian pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan dalam koleksi ini boleh didapati pada harga RM49.90 – RM149.90 manakala rangkaian pakaian bayi pula berharga antara RM39.90 – RM99.90.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *