(SEMASA) KOSÉ SAVE the BLUE

Spread the love

IMG_0497

KOSÉ SAVE the BLUE 2012 merupakan satu projek inisiatif alam sekitar yang dilakukan oleh pihak KOSÉ untuk melindungi terumbu karang semakin berkurangan di lautan dunia. Projek ini bermula dengan terumbu karang di luar pulau Okinawa Jepun sejak 2009, KOSÉ SAVE the BLUE kini berkembang ke Malaysia bermula pada tahun 2011 dan seterusnya.

page

Bermula pada tahun 2012, 2% daripada jumlah jualan SEKKISEI Lotion 360ml Save the Blue Limited Edition dan SEKKISEI Travel Set Save the Blue Limited Edition, Infinity Lotion Concentrate 14- I 160ml Save the Blue Limited Edition dan Infinity Lotion Concentrate 14- II 160ml Save the Blue Limited Edition telah didermakan kepada Reef Check iaitu sebuah pertubuhan NGO yang didaftarkan di Malaysia yang melakukan program untuk memulihara terumbu karang.

IMG_0548

Bertempat di Mid Valley, MegaMall, Kuala Lumpur, pihak KOSÉ telah mengadakan satu sessi media bagi menerangkan program KOSÉ SAVE the BLUE 2012 yang bertemakan FACE THE SUN, SAVE THE BLUE serta mempromosikan produk KOSÉ. Taklimat ringkas dilakukan oleh Mr. Julian yang merupakan Pengurus Besar, NGO Reef Check Malaysia mengenai program pemulihan dan memulihara terumbu karang di Malaysia. Pada majlis ini juga pihak KOSÉ menerbangkan jurucakap merangkap duta KOSÉ iaitu Ariel Lin yang merupakan pelakon dan juga penyanyi yang berasal dari Taiwan bagi mempromosikan kempen KOSÉ SAVE the BLUE 2012 yang bertemakan FACE THE SUN, SAVE THE BLUE ini untuk para pelanggan di Malaysia. Pihak KOSÉ juga menyerahkan replika cek sumbangan bernilai RM14,973.00 kepada pihak Reef Check Malaysia.

kose 2small

kose 1small


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *