(SEMASA) Kuala Lumpur International Hijab Fair (KLIHF) 2015

Spread the love

IMG_9181

Kuala Lumpur International Hijab Fair (KLIHF) 2015, anjuran syarikat peruncitan busana muslimah dan penganjur majlis bertaraf antarabangsa, Woj Wealth Sdn Bhd (WOJ) kembali dengan pelbagai acara lebih hebat.

11276284_379237128952904_1138027202_n

KLIHF 2015 adalah yang ketiga diadakan dalam masa dua tahun, selepas yang pertama di Kuala Lumpur pada Jun 2014 dan kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC) Brunei Darul Salam pada 8 hingga 10 Mei 2015.

Bertempat di Dewan Tun Razak 3, PWTC, KLIHF akan bermula pada 28 hingga 31 Mei 2015 dan akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim pada Khamis 28 Mei 2015 jam 2:30 petang.

klhif 4

KLIHF adalah pameran perdagangan fesyen Islamik yang pertama dan terbesar di Malaysia. Berkonsep Business to Business (B2B) dan Business to Consumer (B2C), KLIHF merupakan hasil usahasama empat usahawan jenama fesyen muslimah tempatan iaitu Mona Din (Hajaba), Abjda Datuk Zulkifli dan Sukinah Datuk Zulkifli(Nainikifli) serta Farrah Adeeba (Najjah).

KLIHF menghimpunkan pelbagai sektor berkaitan industri fesyen seperti berikut;

  • Pengusaha, peruncit, pemilik dan pengeluar fesyenIslamik
  • Pembekal fabrik dan tekstil
  • Pembekal mesin jahitan
  • Pembekal aksesori seperti butang, manik, benang, rebendan lain-lain
  • Pereka fesyen
  • Institusi dan kolej fesyen
  • Institusi kewangan

Menerusi kiraan yang dilakukan oleh firma audit bertauliah membuktikan pameran KLIHF 2014 yang pertama, selama tiga hari, telah berjaya mencatat jualan secara akumulatif sebanyak RM5.3 jutaringgit oleh 250 peserta pameran berjaya dikumpul dan menerima kunjungan lebih 120 ribu tetamu berdaftar.

KLIHF 2014 telah membabitkan penyertaan jenama antarabangsa dari seluruh dunia seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Turki, Pakistan, Korea dan Jepun.

Faktor terbaik KLIHF adalah ia menjadi pusat perdagangan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan berkaitan fesyen islamik, selain menjadi platform untuk memasar dan meningkatkan jenama di dalam industri fesyen di peringkat global.

Selain itu KLIHF juga menawarkan pelbagai aktiviti pentas bercorak ilmu dan dakwah, menerusi persembahan fesyen, seminar, bengkel, pelancaran produk, forum dan ceramah.

KLIHF mengangkat empat tokoh dan selebriti terkenal iaitu Rozita CheWan, Ustaz Don Danial, Mizz Nina dan Altimet sebagai wajah KLIHF 2015.

Mereka dipilih berdasarkan pengaruhkuat antara lain dalam bidang ilmu, dakwah, dan fesyen islamik.

Selain menyertai majlis perasmian, mereka akan membantu mempromosi dan menjayakan program-program oleh KLIHF.

11325214_470700596420361_1771052059_n

Pada majlis pelancaran KLIHF nanti, akan turut diperkenalkan rakan kolaborasi KLIHF iaitu Kolej Komuniti, MyCEB (Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia), TV9, Kumpulan Media Karangkraf, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kraftangan, Safi Shayla, Mm Oven Fresh, PortraGeek dan D’or Rue.

Antara program utama yang diadakan sepanjang empat hariKLIHF 2015 seperti, Solat Bersama Ustaz Don Danial dan Tazkirah Maghrib,

Program Selebriti Hijrah bersama ElfiraLoy, Sheahnee Lee, Ras Adiba Radzi dan beberapa selebriti lain, pelbgai pertunjukan fesyen antaranya bertemakan London Mind The Gap, Dubai The Golden Souk dan Mumbai The Style Capital, Icon Fashion Ukhwah International Finale dan Usrah Mega oleh YADIM.

Menerusi kejayaan yang telah dicapai menerusi dua penganjuran terdahulu, serta penerimaan berterusan yang memberangsangkan oleh pihak media, peniaga fesyen, rakan kolaborasi dan orang ramai, KLIHF positif akan terusberkembang menjadi pameran perdagangan fesyen muslimahbertaraf antarabangsa nombor satu di Malaysia.

Selain berazam menjadikan Malaysia sebagai hub perniagaan fesyen Islamik utama dunia, KLIHF yakin dapat mengembangkan sayap mereka dan membawa Kuala Lumpur International Hijab Fair melewati negara Eropah selain berkemungkinan menganjurkan  KLIHF 2016 di London, In Shaa Allah.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *