(HIBURAN) Penny Tai Telah Mengharumkan Nama Malaysia Dua Tahun Berturut-turut di Gloden Melody Awards Taiwan

Spread the love

Penny Tai no.3 dari kiri menyampaikan ucapan terima kasih.

Penyanyi dan penulis lagu popular Malaysia, Penny Tai telah mengharumkan lagi nama negara. Beliau telah memenangi dua anugerah yang berprestige di Golden Melody Awards (GMA) ke-26 yang baru berlangsung minggu lepas di Taiwan.
Kali ini, artist yang berbakat besar dan berasal dari Johor ini telah memenangi anugerah besar yang membawa kejayaan besar ke atas artis berkumpulan di bawah naungan beliau iaitu Buddha Jump.

Buddha Jumpa merupkan sebuah kumpulan yang berasal daripada Taiwan, di mana yang memperjuangkan muzik rock indie pop dan Penny Tai memainkan peranan utama dalam kejayaan kumpulan ini.

Buddha Jump telah dianugerah Penyusun Muzik Terbaik dan turut menerima Anugerah Kumpulan Terbaik untuk album mereka yang berjudul ‘Let You See’ sempena muzik tahunan tersebut yang bertaraf dunia dan setanding dengan Anugerah Grammy.

Penny amat berbangga kerana dapat mengharumkan nama negara dan menyampaikn ucapan terima kasih kepada GMA atas anugerah dan pengiktirafan tersebut. Penny berkata lagi kedua-dua anugerah itu merupakan pendedahan kepada nama kumpulan tersebut.

Dalam GMA tahun lepas, Penny dikurniakan anugerah Penyanyi Wanita Terbaik dan Penerbit Muzik Terbaik, menjadikannya warga Malaysia pertama yang menerima anugerah buat dua tahun berturut-turut di acara yang sama. Penny, yang diuruskan oleh The WonderLand+ di Malaysia, telah aktif dalam industri muzik melebihi
sedekad dan telah mengeluarkan sebanyak 11 album sepanjang kerjayanya.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *