(SEMASA) KULIT BERSERI DALAM MASA 12 HARI DENGAN InnerShine® Pati Prun

Spread the love

InnerShine 12-Days D'TOX

Jika kulit anda kelihatan kusam, ditambah pula kerap berasa letih dan perut kembung, ini merupakan petanda anda perlu melakukan proses nyahtoksik dengan segera. Program detoksifikasi InnerShine® selama 12 hari mampu mengembalikan kesihatan serta menyerikan kulit anda secara semula jadi seperti mana penyanyi terkenal, Kaka Azraff, Hunny Madu dan Marsha Milan Londoh yang masing-masing telah mencuba program ini.

Barisan selebriti jelita ini menjalani gaya hidup yang sangat aktif sehingga mereka mengalami kesan yang kurang menyenangkan pada kulit mereka. Mujur mereka memilih InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu, pati buah-buahan yang memberi perubahan positif secara semula jadi, lembut dan amat berkesan walaupun dengan menggunakannya hanya sekali sehari. “Hasilnya? Badan saya kini berasa lebih cergas dan kulit saya kelihatan lebih berseri-seri. Saya sangat menyayangi InnerShine 12-Days D’Tox,” ujar Kaka.

Intipati prun ini yang diperkuasa dengan Maltodextrin Resistan – sejenis larutan serat makanan – dapat meningkatkan kelancaran usus untuk menghilangkan toksin dan menggalakkan sistem penghadaman untuk menyerap nutrien dengan lebih efektif.

InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu sebaiknya diambil pada setiap malam sebelum tidur kerana ia membolehkan tubuh anda untuk menyahtoksik dengan perlahan-lahan serta memulihkan kesihatan secara keseluruhan.

Intipati yang kaya dengan Vitamin C semula jadi daripada buah prun dan buah Camu Camu ini juga kaya dengan anti-oksidan yang membantu tubuh menentang radikal bebas, menjadikan kulit tampak lebih muda dan berseri.

Kini InnerShine® memberikan anda satu lagi kejutan yang hebat. Anda kini berpeluang untuk menyertai peraduan menyanyi lagu “Seri” yang dipopularkan oleh Kaka, Hunny Madu dan Marsha sendiri. Bagi anda yang berbakat dalam seni suara, jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Ketiga-tiga selebriti ini akan bergabung suara dalam videomuzik”Seri” manakala iklanTVterbaruInnerShine yang disiarkan pada bulan ini akan menampilkan Kakasebagaipenyanyiutama.

Nyanyikan lagu tema tersebut dengan cara tersendiri dan paling kreatif lalu muat naik video tersebut dalam Instagram atau facebook dengan #innershineseri.

10 orang peserta berbakat akan dipilih dan dijemput untuk membuat persembahan secara langsung di salah satu pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang pada bulan Jun ini. Pada peringkat akhir nanti, panel hakim termasuklah komposer pemenang anugerah yang terkenal, Hadi Hassan, akan menetapkan pilihan juara pertandingan tersebut.

Pemenang hadiah utama akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 bersama dengan rakaman persembahan dengan Hadi Hassan sendiri. Pemenang tempat kedua dan ketiga pula masing-masing bakal menerima wang tunai sebanyak RM1,500 dan RM1,000 serta produk InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu.

Butiran penuh peraduan boleh didapati di laman Facebook InnerShine Club dan tempoh penyertaan berakhir pada 15hb Mei. Bagi pelanggan Watsons, anda akan mendapat sebuah DVD edisi terhad yang mengandungi lagu “Seri” secara percuma dengan setiap pembelian InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *