(SEMASA) KUPASAN TOPIK TENTANG WANITA BERSAMA  DEBORAH HENRY & ZORAYA VADILLO, SETIAP SABTU, 5.00 PETANG 

Spread the love

Petaling Jaya, 31 Mac 2022 – Terbaharu di TV3, Women Talk, program bual bicara yang membincangkan topik dan isu – isu berkaitan dengan wanita bersama ikon dan tokoh dari pelbagai bidang akan mula bersiaran pada 2 April 2022, setiap hari Sabtu, pukul 5.00 petang dan strim live di www.tonton.com.my

Sidang produksi Women Talk diketuai oleh Puan Shahila Shah sebagai ketua penerbitan manakala Datin Elaine Daly, Said Thani dan Farrah Naz Karim sebagai penerbit serta menampilkan Deborah Henry dan Zoraya Vadillo sebagai hos. 

Bakal bersiaran selama 13 episod, Women Talk menampilkan tetamu jemputan yang terdiri daripada pelbagai bidang untuk berkongsi pendapat dan informasi tentang topik dan isu semasa yang menjadi fokus utama dalam golongan wanita. 

Antaranya, meraikan kemenangan wanita Malaysia, terjerumus dalam gangguan seksual, vaksinasi dan dos penggalak COVID-19 kepada wanita dan kanak-kanak, penglibatan wanita dalam bidang perniagaan, tokoh-tokoh wanita yang berpengaruh di dunia politik, keselamatan kewangan dan saringan untuk pemangsa seksual yang memburu anak-anak kecil. 

Episod pertama yang bakal bersua dengan penonton TV3 pada hari Sabtu akan datang memaparkan topik ‘Meraikan kemenangan wanita Malaysia’ dengan Datuk Nicol David dan Datuk Noor Farida Ariffin, wakil United Nations di Belanda. Pelbagai kemenangan yang diraikan oleh Datuk Nicol David di arena antarabangsa sepanjang pembabitan beliau dalam sukan skuasy bukan saja mengharumkan nama negara dan ia juga satu rekod luar biasa yang masih tiada tandingannya hingga kini. Wanita ini merupakan ikon negara yang memberi inspirasi kepada golongan muda untuk mengejar cita-cita mereka. Datuk Noor Farida Ariffin, seorang tokoh wanita yang lantang bersuara tentang isu semasa dan hal ehwal politik Malaysia. Beliau telah menceburi bidang penjawat awam selama 36 tahun dan nantikan perkongsian eksklusif  beliau tentang kejayaan hidup yang meninggalkan impak dalam hidup beliau. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *