(SEMASA) Lebih 230,000 rakyat Malaysia diberi sarapan Egg McMuffin yang berkhasiat untuk memulakan hari mereka

Spread the love

McD_Honouring the educators for their contribution towards educating our kids_2

Memang hebat rasanya jika bangun tidur dengan Permulaan yang Menggembirakan (Happy Start) dan itulah yang dilakukan oleh  McDonald’s Malaysia pada hari ini. Sempena kempen Hari Sarapan Kebangsaan Nasional kali tiganya, McDonald’s Malaysia telah mencatat satu lagi sejarah apabila berjaya menjangkau lebih 230,000 orang rakyat Malaysia. Sambutan pada tahun ini juga menyaksikan McDonald’s menjadikan hari ini lebih gembira buat para pendidik apabila menghidangkan 11,650 orang guru dengan sarapan McDonald’s. Ia sebagai satu tanda penghargaan ke atas sumbangan mereka dalam mendidik anak bangsa.

“Hari Sarapan Kebangsaan merupakan komitmen McDonald’s untuk menyatakan tentang pentingnya sarapan yang berkhasiat. Dengan tema “Mulakan Hari Anda dengan Gembira”, kami berasa amat berbesar hati kerana usaha ini mampu memberi senyuman kepada mereka yang bangun awal pada hari ini,” kata Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, Stephen Chew.

“Sambutan pada tahun ini juga istimewa kerana McDonald’s telah melaksanakan satu usaha khas untuk meraikan guru-guru kita. Setiap hari, para guru bangun awal untuk mendidik anak-anak kita. Komitmen dan pengorbanan mereka ke arah pembangunan negara tidak ternilai harganya. Jadi, McDonald’s berbangga untuk memberi sarapan percuma kepada mereka pada hari ini,” tambah Stephen.

Kempen Hari Sarapan Kebangsaan McDonald’s pada tahun ini menyaksikan lebih 230,000 unit Egg McMuffins diberikan kepada rakyat Malaysia yang datang dari semua latar belakang. Pemberian sarapan di seluruh negara itu disempurnakan  oleh restoran-restoran McDonald’s yang mengambil bahagian di Malaysia. Sebagai tambahan, McDonald’s juga telah menghantar sendiri Sausage McMuffins kepada 11,650 orang guru di sekolah-sekolah di seluruh negara.

“Kami gembira kerana mampu untuk terus memberi khidmat kepada rakyat Malaysia sejak 33 tahun lalu,” kata Stephen.

Sepanjang minggu sambutan Hari Sarapan Kebangsaan pada tahun ini, McDonald’s Malaysia turut memberi ganjaran mereka yang bangun awal dengan menaja 5,000 tiket LRT dan 5,000 bayaran tol di Tol Awan Besar, Lebuh Raya Kesas.

Foto-foto sambutan Hari Sarapan Kebangsaan boleh dilihat di laman Facebook at McDonald’s Malaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *