(SEMASA) Lifebuoy galak rakyat Malaysia tingkat amalan kebersihan di bulan Ramadan

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2017 – Sempena meraikan ketibaan bulan Ramadan tahun ini, jenama cecair sabun mandian terkemuka keluaran Unilever Malaysia iaitu Lifebuoy telah melancarkan kempen di seluruh negara untuk menekankan kepentingan menjaga kebersihan dalam kalangan warga Malaysia sempena menyambut bulan yang mulai ini.

Kempen ‘Sucikan Diri dan Hati, Ramadan Ini’ terdiri daripada beberapa aktiviti bagi memupuk kesedaran dan amalan penjagaan kebersihan. Kempen selama sebulan ini turut melibatkan perkongsian strategik dengan Rangkaian Televisyen Media Prima, rangkaian media bersepadu yang terbesar di Malaysia, bagi memaksimumkan usaha Lifebuoy.

Bersama dengan Rangkaian Televisyen Media Prima, Lifebuoy mempersembahkan iklan merentasi platform, menampilkan pelakon Farid Kamil yang terkenal dengan watak beliau dalam filem ‘Mistik’ dan ‘J Revolusi’. Iklan istimewa yang bertujuan mengukuhkan lagi mesej ‘Sucikan Diri dan Hati, Ramadan Ini’ turut disertai oleh Muhammad Farid, anak lelaki kepada pelakon popular ini.

Vincent Chong, Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia berkata, “Sebagai jenama No.1 di Malaysia bagi cecair sabun mandian yang memberi perlindungan daripada kuman, Lifebuoy mahu membawa perubahan dengan meneruskan komitmen kami untuk meningkatkan amalan kebersihan di kalangan rakyat Malaysia. Kempen ‘Sucikan Diri dan Hati, Ramadan Ini’ bukan sekadar memperkenalkan produk yang berkesan, malah turut membawa misi kami dengan lebih jauh ke seluruh negara menerusi mesej kebersihan dalam format yang menarik. Di samping itu, kami juga akan berinteraksi dengan orang ramai supaya dapat menerapkan amalan penjagaan kebersihan diri.”

Selain daripada iklan televisyen, Lifebuoy juga akan mengunjungi bandar-bandar terpilih di seluruh Malaysia bagi mengukuhkan lagi usaha pendidikan amalan kebersihan. Bagi memanfaatkan sepenuhnya kempen tahunan sempena bulan Ramadan dan hari Raya anjuran Rangkaian Televisyen Media Prima, Lifebuoy turut menggabungkan inisiatifnya dalam acara ‘Skuad Terima Kasih’, ‘Bazar Terima Kasih’ dan ‘Jom Masjid’ yang akan diadakan di Johor, Terengganu, Pahang dan Kedah. Pelbagai aktiviti akan dijalankan termasuk demonstrasi membasuh tangan dan pengagihan lebih 3,000 pek penjagaan Lifebuoy.

Mengulas tentang perkongsian ini, Puan Nini Yusof, Pengarah Pemasaran dan Strategi bagi Kumpulan Perkhidmatan Pelanggan, Rangkaian Televisyen Media Prima berkata, “Kerjasama dengan Lifebuoy bermula daripada hubungan yang sudah lama terjalin dengan Unilever Malaysia serta beberapa jenamanya yang terkenal. Peranan besar yang dimainkan dalam inisiatif ini turut membuktikan keupayaan rangkaian ini untuk menyokong Lifebuoy dengan menyampaikan kandungan yang bermakna serta platform yang tersedia untuk mendekati jutaan rakyat Malaysia.”

Kebersihan kunci perlindungan daripada kuman

Amalan kebersihan adalah penting untuk mencegah jangkitan kuman, terutamanya menerusi pendedahan berterusan di tempat yang sesak. Pengutamaan kebersihan pada bulan Ramadan membantu masyarakat Islam untuk mengekalkan kesihatan bagi memenuhi kewajipan mereka sepanjang bulan mulia ini dan juga persiapan untuk sambutan Hari Raya.

“Kebersihan diri merupakan asas kepada penjagaan kesihatan dan pencegahan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh kuman. Mandian sempurna adalah rutin kebersihan yang penting agar badan kekal berasa selesa,” jelas Chong.

Rangkaian produk Lifebuoy mengandungi rumusan perlindungan kuman yang mampu membasmi 99.9% kuman. Mandian buih berkrim yang dihasilkan oleh produk Lifebuoy menjadikan kulit terasa lebih bersih dan segar serta berbau wangi. Disediakan dalam bentuk cecair sabun mandian badan, sabun tangan, sanitiser dan sabun buku, Lifebuoy merupakan keperluan harian yang penting bagi setiap isi rumah untuk membantu rakyat Malaysia mengekalkan tahap kebersihan mereka sepanjang bulan Ramadan.

Lifebuoy juga turut menjalinkan kerjasama eksklusif bersama Watsons untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengambil tindakan dan melakukan amal kebajikan sepanjang bulan ini. Bagi setiap pembelian sebanyak RM15 di mana-mana cawangan Watsons, sebanyak RM1 akan didermakan kepada Tabung TV3 Bersamamu, sebuah tabung amal yang dimulakan oleh TV3 dan masih berjalan sehingga kini. Para pelanggan turut berpeluang memenangi hadiah daripada Habib Jewels melalui peraduan Lifebuoy yang diadakan di seluruh negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *