(SEMASA) LINE Rai Ramadhan dengan Sticker Edisi Terhad bagi Pengguna Malaysia

Spread the love

image001small

LINE, , peneraju global khidmat pesanan telefon mudah alih yang sudahpun mencapai 180 juta orang pengguna, hari ini melancarkan koleksi istimewa sticker bertemakan Ramadhan khusus bagi para pengguna di Malaysia. Pengguna LINE boleh memuat turun siri sticker edisi terhad ini secara percuma dengan menambah Akaun Rasmi LINE Event pada senarai rakan mulai hari ini hingga 9 September 2013. Koleksi baru ini yang mengandungi lapan sticker dengan bentuk and ekspresi tersendiri menampilkan karakter asal LINE kegemaran ramai iaitu Cony, Brown and Sally. Siri sticker ini menunjukkan pelbagai amalan tradisional oleh karakter-karakter terkenal ini ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini termasuk memohon maaf, bersalaman, menghidang ketupat dan balik kampung.

LINE Images - Ramadhan Stickerssmall

Pengguna boleh menggunakan sticker-sticker ini untuk merancakkan ruang sembang dan ucapan ketika berkomunikasi menerusi aplikasi sembang LINE sempena meraikan bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri. Sticker ini yang turut dikenali sebagai emoji generasi baru membolehkan pengguna untuk menyampaikan gambaran emosi mereka dengan karakter animasi LINE.

Selain daripada stickers, LINE akan turut mengadakan pelbagai aktiviti tempatan sepanjang bulan Ramadhan di seluruh Malaysia.

Menerusi aktiviti Pemberian Percuma Sampul Duit Raya Istimewa LINE, LINE akan menyebarkan sampul duit raya di serata Malaysia sepanjang bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri. Sampul duit raya asli LINE ini boleh didapati secara percuma di stesen petrol BHP, kedai Chatime, rangkaian restoran Chaswood (TGIF, Italiannies, Bulgogi Brothers, Chawan, Watami, Markethall dan banyak lagi), kedai Nokia, dan juga acara HotFM.

Tawaran istimewa ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan LINE untuk menyediakan lebih banyak lagi ciri tempatan yang bersesuaian dengan citarasa pengguna di Malaysia. Baru-baru ini, LINE telah memperkenalkan perkhidmatan khusus seperti Akaun Rasmi selebriti tempatan dan siri sticker Upin & Ipin percuma secara eksklusif bagi para pengguna di Malaysia.

Sila rujuk maklumat lanjut berikut mengenai acara istimewa LINE yang disediakan sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri:

Sticker Ramadhan Edisi Terhad LINE

–       Tempoh muat turun: 9 Julai – 9 September 2013

–       Muat turun pelekat Cony dan Brown istimewa edisi terhad sempena Ramadan dengan menambah  Akaun Rasmi LINE Event pada senarai rakan

–       Boleh digunakan selama 180 hari selepas muat turun

Peraduan Facebook LINE dengan Kamera LINE

–       Tempoh peraduan: 9 Julai – 11 Ogos, 2013

–       Hiasi gambar anda dengan Sticker Ramadhan edisi terhad LINE menerusi aplikasi Kamera LINE. Kongsi gambar tersebut pada laman Facebook kami dan sambut peluang untuk memenangi hadiah sumbangan LINE, termasuk sebuah telefon pintar secara percuma!

–     Pautan laman: www.facebook.com/line.malaysia

Pemberian Percuma Sampul Duit Raya Istimewa LINE

–       Tempoh pemberian: Sepanjang bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri, 2013

–       Sampul hijau LINE asli akan diberi secara percuma kepada semua pengguna Malaysia di pelbagai lokasi di seluruh negara termasuk Pavilion, BHP, Chatime, Nokia, rangkaian restoran Chaswood dan HotFM

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://line.naver.jp/R/shop/detail/993.

  1. 1.       Sudah ada LINE! – line://shop/detail/993

  1. 2.       Untuk Muat Turun LINE – http://line.naver.jp/R/shop/detail/993



Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *