(SEMASA) Lipton Bekerjasama dengan Rangkaian Televisyen Media Prima  bagi Memberi Nafas Baru kepada Budaya Minum Teh di Malaysia

Spread the love

 

Petaling Jaya, 6 April 2017 – Bersempena pelancaran uncang teko teh ‘Lipton Ekstra Kaw’, Lipton, jenama teh No. 1 di dunia yang diusahakan oleh Unilever telah menjalinkan kerjasama kandungan eksklusif dengan platform media bersepadu terbesar di Malaysia, Rangkaian Televisyen Media Prima.

Kerjasama tersebut mengetengahkan kempen unik ‘Hanya Kaw Untukku’, yang bertujuan memperkenalkan ‘Lipton Ekstra Kaw’ yang membawakan teh yang kaya dengan rasa, aroma dan warna demi memenuhi citarasa rakyat Malaysia.

Bersama dengan Rangkaian Televisyen Media Prima, Lipton mempersembahkan drama Melayu yang sangat dinanti-nantikan bertajuk ‘Menanti Februari’, yang menampilkan pelakon popular Zul Ariffin dan Nur Fathia. Sebagai lanjutan kepada siri ini, Lipton juga memanfaatkan tarikan personaliti artis-artis tersebut bagi mempersembahkan kandungan yang dapat memberi inspirasi bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga melalui secawan teh Lipton.

Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd berkata, “Siri drama ‘Menanti Februari’ sangat selaras dengan sasaran jenama dan pelanggan ‘Lipton Ekstra Kaw’ kami. Jalan cerita yang menyentuh hati, pelakon-pelakon popular, dan kandungan yang kreatif merupakan satu gabungan sempurna menjadikan ‘Lipton Ekstra Kaw’ sebagai satu simbol penyampaian kasih dan keprihatinan terhadap keluarga tersayang.”

“Di Lipton, kami percaya teh dapat memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan sesama manusia. Kami yakin bahawa kerjasama kami dengan Rangkaian Televisyen Media Prima adalah platfom terbaik untuk memperkenalkan ‘Lipton Ekstra Kaw’ yang berperisa lebih pekat kepada rakyat Malaysia sambil mengeratkan hubungan sesama keluarga.”

Kehadiran Lipton dalam pasaran tempatan selama ini membolehkan jenama ini memahami kegemaran rakyat Malaysia tentang teh secara mendalam. Rakyat Malaysia mempunyai budaya minum teh yang tersendiri dan teh merupakan minuman yang disajikan setiap hari tanpa mengira masa atau acara. Rakyat Malaysia juga lebih menggemari teh yang pekat dan penuh berperisa.

Berpandukan pengetahuan ini, ‘Lipton Extra Kaw’ dirumuskan dengan rasa yang lebih kaya dan beraroma serta warna yang lebih merah untuk memenuhi citarasa pengguna tempatan.

Teknologi Pengekstrakan Teknologi Intipati Teh (teknologi TESS) Lipton membantu menyerlahkan intipati teh yang semulajadi daripada daun teh yang terbaik bagi rasa yang lebih tulen. Dipertingkatkan dengan Teknologi TMax Filter, ‘Lipton Ekstra Kaw’ juga membolehkan penyerapan cepat dan konsisten dalam teko teh. ‘Lipton Extra Kaw’ sudah pasti menjadi pilihan terbaik untuk penyediaan Teh Tarik kerana peminat teh boleh memperoleh keseimbangan sempurna di antara teh dan susu menerusi rumusannya yang terbaharu.

Semasa sidang akhbar, Nini Yusof, Pengarah Pemasaran & Strategi, Kumpulan Perkhidmatan Pelanggan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad mengulas, “ Lipton Ekstra Kaw’ adalah produk yang menarik buat semua rakyat Malaysia dan wajar diberi perhatian untuk mencapai potensi sepenuhnya dalam pasaran.”

Kempen ‘Hanya Kaw Untukku’ menggabungkan tawaran-tawaran kandungan kreatif kami dengan capaian penonton yang meluas untuk membantu menghubungkan Lipton dengan lebih ramai penonton di Malaysia.”

“24Mempertahankan kedudukan kami dalam segmen Melayu dengan lebih 5 juta penonton setiap hari menerusi saluran TV3, Rangkaian Televisyen Media Prima terus memegang peranan yang dominan dalam campuran pemasaran hari ini, terutamanya untuk jenama barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) seperti Lipton.

‘Lipton Ekstra Kaw’ kini boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan pasar mini di seluruh negara.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *