(SEMASA) LUCOZADE SPORT™ KINI BOLEH DIDAPATI DI MALAYSIA!

Spread the love

Lucozade Sport Orange 500mL

Kuala Lumpur, 9 Disember 2015 Suntory Beverage & Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd (SBFM) memperkenalkan Lucozade Sport™ untuk penggemar sukan di Malaysia! Lucozade Sport™ merupakan minuman sukan nombor 1 di United Kingdom (UK). Ia adalah minuman isotonik berperisa oren yang menyegarkan dengan elektrolit-karbohidrat yang dipercayai oleh para atlit dan persatuan-persatuan olahraga di seluruh dunia.

Membekalkan tenaga berbentuk cecair kepada atlit untuk beraksi lebih kuat, lebih cepat dan lebih lama, Lucozade Sport™ Orange memberi tenaga kepada pemain bola UK seperti Steven Gerrard dan merupakan rakan minuman sukan rasmi Pasukan Ragbi England, Pasukan Bola Sepak England dan acara Maraton London.

Baru-baru ini di Malaysia, Lucozade Sport™ berbangga untuk menjadi rakan minuman sukan untuk TC Malaysian Squash Championships 2015 dan acara Amnig I Am Warrior 10km Run yang telah diadakan di Kuala Lumpur.

“Lucozade Sport™ adalah minuman isotonik tanpa karbonat yang menjadi pilihan utama atlit amatur dan profesional di seluruh dunia. Hal ini terbukti dengan kehebatannya dari segi perisa yang menyegarkan dan penghidratan yang efektif,” kata Lee Hon Tong, Pengurus Besar Serantau, SBFM. “Kami berbesar hati untuk memperkenalkan minuman berkualiti ini kepada rakyat Malaysia di setiap peringkat umur dan tahap kecerdasan.”

Dengan formula khas untuk meningkatkan penghidratan, karbohidrat membekalkan tenaga manakala elektrolit membantu menggantikan sodium yang hilang apabila berpeluh. Dengan cara ini, Lucozade Sport™ Orange membolehkan para atlit mengekalkan daya tahan dan prestasi mereka semasa latihan untuk tempoh panjang dan pada masa yang sama menikmati kelazatan perisa oren yang menyegarkan.

Produk-produk Lucozade™ diformulasikan untuk penghidratan yang efektif berdasarkan bukti saintifik oleh European Food Safety Authority (EFSA), karya generik, atau data daripada kajian intervensi manusia. Sama ada untuk pengguna gimnasium atau peserta sukan amatur, Lucozade Sport™ membekalkan manfaat penghidratan serta-merta berserta jaminan kualiti dan keselamatan dengan minuman isotoniknya.

Lucozade Sport™ Orange (500ml) boleh didapati di semua rangkaian pasar raya dan kedai-kedai runcit di seluruh negara, dengan harga RM2.50. Untuk maklumat lanjut tentang Lucozade Sport™ Orange, sila layari www.lucozadesport.com atau tontoni video YouTube di www.youtube.com/lucozade.

.


Spread the love

Comments are closed.