(SEMASA) llaollao, sensasi dari Sepanyol, bakal mencetus budaya yogurt serba baru di Malaysia

Spread the love

Director of Petra Empire, Tan Kai Young (right), and a llaollao staff, pose with their signature product, Sanum (2)

KUALA LUMPUR (9 DISEMBER 2015): llaollao, yogurt sensasi dari Sepanyol yang telah mencetuskan budaya yogurt antarabangsa di empat benua, kini boleh didapati di Malaysia.At llaollao, customers get to choose a wide range of toppings to go with their frozen yogurt (1)

llaollao, jenama yogurt sejuk beku nombor satu di Eropah dan Asia, ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan menyediakan pilihan makanan yang rendah lemak dan rendah kalori namun tinggi dari segi khasiat dan rasa. llaollao bukan sekadar pencuci mulut atau snek – ia begitu lazat dan berkhaziat – dan boleh dijadikan satu sajian penuh.

Disebut sebagai Yao Yao, llaollao dihasilkan secara segar di kedai – anda pastinya tidak dapat mencari yogurt sejuk beku yang lebih segar daripada llaollao. Diperbuat daripada susu skim hanya sebelum ia dihidangkan, satu tab yogurt llaollao mengandungi 46% daripada jumlah kalsium harian yang disyorkan. Walaupun llaollao adalah rendah lemak, rendah kalori dan tanpa gluten, kemewahan rasa yogurt yang berkrim tidak terjejas.

Petra Empire director Tan Kai Young targets to open 35 llaollao outlets in Malaysia within 3 years

Untuk mempelbagaikan perisa, llaollao menawarkan beraneka jenis topping seperti buah-buahan segar, sos dan topping Crunches rangup seperti bijirin, bijian berkaramel, muesli dan kacang. Selain itu, llaollao juga boleh dihidangkan dengan kegemaran klasik seperti KitKat®, OREO®, Toblerone®dan Chips Ahoy! ®. Kebanyakan topping rangup dan sos yang diimport dari Eropah, dan tidak dijual di pasar raya tempatan. Malah, untuk memastikan ia menarik, menu topping ini akan sentiasa bertukar selaras dengan perubahan musim. Pastikan anda selalu ke llaollao untuk menikmati perisa baharu!

Berteraskan slogan Small Pleasures, Great Flavours (Nikmat Kecil, Rasa Hebat), kehalusan dan kesegaran llaollao boleh dihidangkan dalam pelbagai cara – Tubs, Sensations, Granillao, Sanum dan Smoothies. Produk utama iaitu Sanum adalah parfait yogurt yang terdiri daripada tiga lapisan buah-buahan dan dua lapisan rangup dan ditambah dengan sos pilihan anda.

llaollao adalah perintis bukan sahaja dalam memperkenalkan yogurt sejuk beku ke merata dunia, tetapi juga perintis dalam mencapai formula yang lazat dan tulen dengan rasa yogurt sebenar dan semua kebaikannya. Aspirasi kami adalah untuk menjadi jenama yogurt nombor satu di Malaysia dengan memberikan pengguna pilihan makan yang sihat. Kami percaya bahawa nikmat kecil ini boleh mencapai rasa yang hebat,“ kata Tan Kai Young, Pengarah Petra Empire Sdn Bhd.

Kisah kejayaan llaollao bermula pada tahun 2009 di Sepanyol. Dalam tempoh dua tahun, lebih daripada 100 cawangan telah dibuka di seluruh dunia. Hari ini, llaollao boleh didapati di kira-kira 200 cawangan di 26 buah negara di benua Eropah, Asia, Amerika Selatan dan Afrika.

Cawangan llaollao yang pertama di Malaysia dibuka di Pavilion Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2015 dan mendapat sambutan hangat apabila pengguna beratur bagi merasai sendiri yogurt yang terkenal di dunia. Cawangan kedua dibuka di Mid Valley Megamall pada 2 Disember 2015, dan juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

llao-llao-Menu

“Kami komited kepada pasaran Malaysia dan merancang untuk membuka 35 lagi cawangan menjelang akhir 2018. llaollao telah menempa kejayaan besar di Singapura dan kami yakin dapat mengulangi kejayaan itu di sini kerana gaya hidup pengguna di kedua-dua negara adalah setara,” kata Encik Tan.

“Berdasarkan trend global, pengguna mula beralih ke arah produk yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi. Begitu juga di Malaysia, pengguna semakin sedar mengenai penjagaan kesihatan, namun tetap mementingkan rasa. Dengan llaollao, kita mempunyai produk yang baik untuk membentuk diet seimbang kerana ia adalah semula jadi namun lazat,” tambah Encik Tan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *