(SEMASA) LUCOZADE SPORT™ MEMBERIKAN LEBIH PENGHIDRATAN, MENINGKATKAN PRESTASI 8000 PESERTA REEBOK SPARTAN RACE DI MALAYSIA

Spread the love

Lucozade Sport-Spartan Race (1)KUALA LUMPUR, 21 Mac 2016 – Minuman isotonik Nombor 1 di United Kingdom (UK), Lucozade Sport™, memberikan lebih penghidratan untuk meningkatkan prestasi rakyat Malaysia! Peminat-peminat sukan di seluruh negara kini boleh merasai sendiri minuman sukan yang ternyata hebat dengan formula elektrolit dan karbohidrat yang terbukti berkesan!

Lucozade Sport-Spartan Race (2)Sebagai menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan yang mahukan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat dalam usaha untuk menjadi negara bersukan, Lucozade Sport™ baru-baru ini telah mengumumkan kerjasamanya sebagai Pembekal Rasmi The Reebok Spartan Race Malaysia. Acara World’s Best Obstacle Race versi Malaysia ini telah diadakan semalam di Bandar Bestari, Klang yang menyaksikan lebih 8,000 peserta berdepan lebih 20 halangan dengan jarak sejauh 13km untuk memperoleh pingat Spartan Finisher yang menjadi rebutan.

“Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada acara ultra-aktif seumpama ini selain daripada maraton, dualton dan triatlon yang semakin digemari rakyat Malaysia,” kata Lee Hon Tong, Pengurus Besar Serantau, Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd (SBFM). “Lucozade Sport™ membekalkan tenaga dalam bentuk cecair kepada atlet untuk beraksi lebih kuat, cepat dan lama kerana ia bukan sahaja mengekalkan penghidratan, malah turut menggantikan elektrolit dan karbohidrat yang hilang untuk mengekalkan daya tahan dan prestasi mereka semasa latihan dan senaman intensif. Kami teruja untuk memperkenalkan minuman isotonic yang dipercayai ini kepada lebih ramai lagi peminat sukan di Malaysia pada tahun ini dan pada tahun-tahun akan datang.”

Lucozade Sport-Spartan Race (3)Marcus Luer, Pengasas dan CEO Kumpulan Total Sports Asia (TSA) berkata: “Kami teruja dengan kerjasama Lucozade Sport™ sebagai Pembekal Utama The Reebok Spartan Race Malaysia. Kami sentiasa menyarankan para Spartan untuk mengekalkan penghidratan semasa berlumba, dan Lucozade Sport™ sememangnya membantu para peserta mencapai matlamat ini.”

“Saya amat teruja mendapat tempat pertama! Saya mula menyertai acara triatlon, dualton dan perlumbaan cabaran sejak 1996 dan inilah kali pertama saya menyertai Spartan Race. Saya tahu penghidratan adalah amat penting untuk seorang atlet. Saya amat menyukai citarasa Lucozade Sport; minuman isotonik ini tidak berkarbonat dan memang banyak membantu dalam proses penghidratan!” kata Heidilee Mohammad, 33, pemenang pertama kategori Elite.

Lucozade Sport™ melantik atlet bertaraf dunia sebagai duta mereka, antaranya pemain bola sepak terkenal, Steven Gerrard. Bukan itu sahaja, Lucozade Sport™ juga adalah minuman sukan rasmi untuk Pasukan Bolasepak England, Pasukan Ragbi England, dan Persatuan Ragbi Scotland serta acara-acara sukan terkenal seperti London Marathon dan acara Great Run Series.

Lucozade Sport-Spartan Race (4)Bagi mencapai matlamatnya untuk berinteraksi dengan lebih ramai atlet di seluruh Malaysia, Lucozade Sport™ aktif membekalkan formulasinya yang terbukti secara saintifik kepada para pelumba di acara-acara sukan yang popular. Setakat ini pada tahun 2016, jenama ini telah menyertai Compressport Trail Run, Twincity Marathon dan Malaysia Women Marathon serta banyak lagi acara pada masa akan datang. Nantikan kemunculan pasukan Lucozade Sport™ di acara sukan berhampiran anda, atau layari www.lucozadesport.com atau www.youtube.com/lucozade untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *