(SEMASA) MAGICA EVENTS & FUNCTIONS HALL ADAKAN PREBIU EKSKLUSIF DEWAN ACARA TERBESAR DI SUBANG

Spread the love

16 Jun 2019, Subang –  Senyuman terpesona jelas terpancar diriak wajah setiap tetamu yang hadir di dewan acara yang ditatah indah di tengah kawasan strategik kejiranan Subang. MAGICA Events and Function Halls merupakan dewan acara terbaharu dan terbesar pernah dilancarkan di kawasan tersebut. Terletak di tingkat 4 Star Avenue Lifestyle Mall, MAGICA merupakan dewan agam yang direka sebegitu indah berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah yang moden dan dilengkapi fasiliti serba lengkap.

Bersempena dengan sambutan Aidilfitri ini, MAGICA menjemput rakan media, rakan bisnes dan para pelanggan menghadiri prebiu eksklusif Hari Terbuka yang julung kalinya diadakan untuk tatapan semua.

Tetamu dapat merasakan sendiri suasana keajaiban pada saat mereka melangkah masuk. Disambut oleh kakitangan yang mesra dan pihak pengurusan yang profesional, seolah-olah semua orang sedang dibawa ke satu dimensi lain iaitu alam MAGICA. Hari istjrnewa ini dianjurkan dengan kerjasama lebih daripada 20 rakan vendor dalam industri termasuk katerer terkenal, perunding perkahwinan termasyhur, pakar dekorasi  berpengalaman dan ramai lagi.

MAGICA menampilkan 3 dewan utama iaitu Magica Hall, Classic Hall dan Garden Hall. Sementara, gabungan kesemua dewan ini boleh memuatkan sehingga 7,000 tetamu pada satu-satu masa, setiap dewan boleh juga berfungsi secara berasingan dengan rekaan dalaman yang tersendiri untuk memenuhi keperluan, kehendak dan konsep yang berbeza. Tetamu pada Hari Terbuka ini berpeluang untuk menyaksikan sendiri kesemua  dewan dan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa semua orang berasa terpukau dan kagum.

Magical Hall

Dewan utama menampilkan interior ekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu candelier nan memukau yang terdiri daripada juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan. Berada di tengah dewan adalah laluan peragaan yang diperbuat daripada lantaian kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama yang dihias penuh bunga-bungaan. Bak persona magikal yang terserlah indah, dekorasi yang menakjubkan ini telah dihidupkan oleh sistem penataan cahaya canggih yang meliuk-liuk bersama alunan muzik. Mampu memuatkan selnngga 3,000 tetamu secara buffet atau 700 tetamu dengan susunan meja, dewan dengan fasiliti siap-sedia ini membolehkan majlis dapat dilangsungkan  dengnn lebih mudah dan menjimatkan masa tetapi tetap memukau pada setiap hari dan waktu.

Classic Hall

Terletak di sebelah kanan Magical Hall ialah Classiic Hall, ruang berkeluasan 12,000 kaki persegi yang didatangkan dengan pentas siap-sedia, pintu masuk yang ditatarias dan hiasan bunga-bungaan bersama hampaxan karpet merah. Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan AV yang memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis anda ke tahap yang lebih berprestij. Dengan kemampuan kapasiti yang sama dengan Magica Hall dan banyak lagi ruang untuk sentuhan peribadi, anda boleh menyerlahkan kreativiti  senditi dengan mendekorasi dewan mengikut cita rasa masing-masing.

Garden Hall

Sementara itu, Garden Hall yang terletak berhampiran pula menampilkan suasana ala hutan hijau persis taman nan damai lagi mengasyikkan sesuai untuk acara keraian atau majlis perkahwinan. Selesa untuk 250 tetamu dengan susunan meja atau 700 tetamu secara bufet, dewan ini dilengkapi dengan suasana puitis yang berlatar belakangkan irama semulajadi kicauan burung dan deruan air terjun. Bak taman si bidadari yang bakal menjelmakan  keajaiban atau magikal.

VIP Suite Rooms

Untuk pelanggan yang bercadang menganjurkan majlis yang lebih kecil atau mesyuarat, mereka mempunyai pilihan iaitu bilik suite yang dapat menampung antara 40 hingga 80 tetamu. Terdapat 2 Bilik Suite VIP yang fleksibel bersama ruang legar luas untuk memenuhi keperluan sebarang acara.

Dengan pasangan mempelai sebagai pelanggan utamanya, Magica Events and Functions Hall menawarkan rangkaian pakej perkahwinan menarik yang terdiri daripada senarai menu oleh katerer, pakar perunding perkahwinan dan pengurusan acara, diskaun menarik daripada rakan vendor dan pastilah dekorasi mempersona sebagai latar belakang kepada perkahwinan impian. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa dcngan tawaran dan kelengkapan yang disediakan olch MAGICA, pelanggan bukan sahaja bakal mendapat majlis perkahwinan yang sempurna dan berprestij, bahkan dapat menjimatkan lebih 50-60% daripada apa yang sepatutnya mereka belanjakan.

Sambil tetamu rumah terbuka menikmati suasana keraian dan melawat ke sekitar dewan, mereka turut bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri pertunjukan fesyen koleksi gaun pengantin oleh Putree Bridal dan KYBC. Sambil duduk santai tetamu dihidangkan dengan juadah menyelerakan oleh rakan katerer MAGICA. Di deretan buffet pula tactdapat pelbagai juadah tradisionawaion, hidangan kenduri kahwin dan juadah Raya yang enak, dihasilkan sepenuh jiwa oleh para chef bersesuaian dengan tema untuk memberi pengalaman manis kepada semua tetamu.

Senyuman keriangan jelas terpancar di wajah para tetamu sepanjang majllis ini kerana MAGICA menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokan selain acara cabutan bertuah dengan hadiah Telefon Pintar Oppo dan Duit Raya untuk dimenangi. Semua tetamu berasa sangat teruja dan terhibur dengan suasana yang mengasyikkan di samping menikmati makanan yang enak dan berpeluang memiliki hadiah menarik.

#magicawedding #magicaeventhalls


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *