(SEMASA) Majlis Berbuka Puasa Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) Bersama Anak-Anak Yatim, pelajar tahfiz  & Golongan Asnaf 2017

Spread the love

dav

Majlis Buka Puasa bersama Anak-anak Yatim dan Golongan Asnaf anjuran Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM)  buat kali keduanya telah diadakan pada 11 Jun 2017 bertempat  di Premiera Hotel Kuala Lumpur.

dav

Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) telah menjemput seramai 100 orang Anak-Anak Yatim, pelajar Tahfiz dan golongan asnaf dari  Madrasah Tahfiz Al-Quran Syazwan, Tahfiz Darul Ulama, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia dan asnaf Taman Keramat.

dav

Tujuan utama majlis ini yang turut dihadiri Ahli-Ahli Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM)  serta barisan artis tanah air adalah untuk memberi sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik yang terdiri daripada Anak-Anak Yatim, pelajar tahfiz  & Golongan Asnaf  di samping mendekatkan Ahli-Ahli Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM)  dengan masyarakat yang kurang berkemampuan.  Ia juga merupakan satu wadah untuk mengeratkan lagi silaturrahim yang telah sedia terjalin dengan Ahli-Ahli Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM).

dav

Majlis itu turut dihadiri Presiden DPUKM, Datuk Seri Abu Hassan Mohd. Nor. Dalam pada itu, Abu Hassan berkata, DPUKM sentiasa komited dalam membawa produk usahawan kecil ke peringkat antarabangsa dan berharap kerjasama dengan pelbagai pihak dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

dav

“DPUKM sentiasa memberi keistimewaan dan peluang untuk ahli, malah sentiasa komited dalam membawa produk usahawan kecil ke peringkat antarabangsa. Setakat ini, seramai 70,000 peniaga dan usahawan kecil berdaftar dengan DPUKM “

dav

Di akhir acara, tetamu telah disajikan dengan juadah berbuka puasa oleh Premiera Hotel Kuala Lumpur dan majlis tamat pada jam 9.30 malam.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *