(SEMASA) Majlis Memperkenalkan Duta-Duta Produk DCarbo2

DCARBO2 adalah produk dari teknologi terkini Jerman, ia merupakan pembersih kotoran karbon di dalam ruang pembakaran yang sangat efektif. Formulasi 100% “Bio Fuel Technology” serta mesra alam. Ia merupakan produk Pembersihan karbon dapat membantu mengoptimumkan prestasi sesebuah enjin dan mengembalikan keupayaan enjin hampir ke tahap asal. Dengan itu, ianya dapat mengurangkan penggunaan bahan api(menjimatkan minyak). Kebersihan DCARBO2 adalah sama seperti anda membuat TOP OVERHAUL.
Pembakaran bahan api dalam semua kenderaan tidak pernah lengkap, oleh kerana itu kita boleh mencium bau petrol dan asap hitam kelihatan di paip ekzos. Selepas proses pembersihan menggunakan DCARBO2, sesetengah kenderaan akan didapati terdapat titisan air keluar melalui ekzos. Mengikut formula kimia, jika air (H20) dihasilkan, maka pembakaran adalah lengkap dan sempurna.
Pada 28 Julai 2012 bertempat di K Club , Taman Melawati , Syarikat RIGHT TRACK ASIA telah mengadakan satu majlis berbuka puasa berserta majlis memperkenalkan duta-duta baru bagi produk mereka disamping memperkenalkan barisan keluaran terbaru produk-produk penjagaan enjin dan juga minyak hitam mereka. Di majlis itu, pengasas RIGHT TRACK ASIA , Kapten Khairuddin memperkenalkan 3 duta produk bagi syarikat iaitu Boy Iman (pelakon), Puteri Mardiana (pelakon) dan GBob Raja Lawak berserta majlis penerangan mengenai produk serta demostrasi produk-produk keluar an mereka.Antara produk-produk terbaru keluran Syarikat RIGHT TRACK ASIA ialah AMTEC OIL FUEL BOOSTER , AMTEC ENGINE METAL TREATMENT GOLD serta barisan minyak hitam AMTEC OIL pelbagai gred yang berteknologi terbaru.
Anda boleh mendapatkan segala maklumat penting mengenai produk RIGHT TRACK ASIA melalui laman web mereka : http://www.righttrack.asia/default.asp
demostrasi penggunaan D Carbo’2 ke atas kenderaan salah seorang dari pihak media yang hadir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *