(SEMASA) Majlis Pelancaran Kerusi Urut GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair Bersama Dato’ Jalaluddin Hassan & Liyana Jasmay

Spread the love

(Putrajaya – 22 Julai 2023) – GINTELL, rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Asia Tenggara & Malaysia telah merasmikan pelancaran kerusi urut Siri Wellness Chair iaitu GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair. Ia merupakan kerusi urut yang pertama di pasaran yang memiliki fungsi Urutan Tangan 8D di mana roda urut tersebut dibahagikan kepada dua bahagian yang berbeza iaitu pada bahagian atas badan (bahu & leher) dan bahagian bawah (pinggang & punggung). Fungsi inovatif ini dapat memberikan pengguna merasai sensasi urutan daripada lapan tangan manusia yang dapat melegakan seluruh badan.

Majlis pelancaran yang berlangsung di LG West Court, IOI City Mall dimulakan dengan Tarian Tradisional Melayu yang menawan sebagai persembahan pembukaan. Majlis tersebut diikuti dengan sesi perkongsian testimoni oleh Dato’ Jalaluddin Hassan mengenai GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair. Majlis itu dimeriahkan lagi dengan persembahan khas oleh tetamu jemputan, Liyana Jasmay yang telah mempersembahkan dua buah lagu untuk peminatnya. Sesi permainan mini antara Dato’ Jalaluddin Hassan, Liyana Jasmay, dan peminat-peminat bertuah turut diadakan sebelum majlis diakhiri dengan jayanya. Semua pihak media dan tetamu yang hadir dijemput ke tempat jamuan sebagai tanda penghargaan.

Pihak pengurusan GINTELL, dutanya (Dato’ Jalaluddin Hassan), jemputan tetamu khas (Liyana Jasmay) yang merupakan penyanyi/pelakon terkenal, pengurusan IOI City Mall, dan pihak media adalah antara tetamu yang hadir pada hari tersebut.

Selain itu, “roadshowGINTELL juga berlangsung dari 11 Julai 2023 – 23 Julai 2023, 10pagi-10malam. Antara produk yang dipamerkan ialah kerusi urut, mesin larian dan lain-lain.

GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair

GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair merupakan siri terbaharu Wellness Chair dan ia adalah kerusi urut pertama di pasaran yang mempunyai fungsi Urutan Tangan 8D. Roda urut ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pada bahagian atas badan (bahu & leher) dan bahagian bawah (pinggang & punggung) untuk melegakan seluruh badan. Urutannya seperti 8 tangan manusia yang sedang mengurut seluruh badan pada masa yang sama. Urutan Tangan 8D ini direka khas melalui program auto untuk membantu mengurangkan tekanan mental, mengurangkan sakit otot dan kekakuan otot.

GINTELL S6 Plus juga mempunyai sistem AI Fatigue Bio-Scan. Sistem BIO-Senses ini boleh mengimbas dan mengesan kadar denyutan jantung (nadi), oksigen darah, dan indeks kelesuan badan anda. Pengguna cuma perlu letakkan jari pada panel biometrik selama 30 saat untuk mengaktifkan sistem ini. Selepas kadar denyutan dan indeks badan dikesan, ia akan menyediakan program urutan automatik yang bersesuaian dengan kadar indeks semasa.

Program Thai Stretch 230° sangat disyorkan kerana ia memberikan regangan seluruh badan untuk melonggarkan ketegangan otot pada sudut 230°. Program ini telah dirujuk dan disahkan sepenuhnya oleh Tit-Tar Master, Dato’ Seri Master Chris Leong. Bahagian badan yang difokuskan adalah leher, bahu, belakang, pinggang, lumbar dan kaki. Program ini secara tidak langsung dapat membantu anda membuat senaman regangan bagi penjajaran struktur badan untuk meningkatkan kekuatan otot serta fleksibiliti sendi.

GINTELL S6 Plus turut dilengkapi dengan Spa Terapi Haba 360°. Terapi ini merupakan salah satu ciptaan inovatif terbaru di mana ia menggunakan beg udara haba yang mampat. Ia juga mempunyai tali pengikat bersilang yang lembut dan ringan yang diperbuat daripada “graphene” untuk pemanasan dan penyerapan lebih baik di bahagian abdomen. Spa terapi haba dapat membantu melegakan ketegangan otot secara keseluruhan dan mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh kekejangan otot atau sengugut.

Program Brain Relief Therapy” dalam GINTELL S6 Plus adalah ciri unik yang direka khas untuk meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan tekanan mental. Program ini dapat mewujudkan suasana yang tenang dimana muzik latar yang lembut akan dimainkan sepanjang sesi urutan bagi menenangkan pemikiran dan secara tidak langsung merehatkan saraf.

GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair juga menawarkan sambungan Bluetooth, di mana pengguna boleh mengawal kerusi urut dengan lancar melalui telefon pintar mereka. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi GINTELL Super App OS di Google Playstore atau AppStore.

Sempena pelancaran GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair, GINTELL menawarkan promosi khas. Tawaran hanya sah untuk masa terhad sahaja pada RM14,988 dengan hadiah percuma bernilai RM8,988. Secara amnya, harga jualan di pasaran ialah RM29,988. GINTELL juga menawarkan diskaun sehingga 55% untuk produk tertentu. Untuk pertanyaan lanjut atau pra-pesanan, sila hubungi +60124046033 atau layari www.gintell.com atau lawati bilik pameran GINTELL terdekat.

Latar Belakang GINTELL

Ditubuhkan sejak tahun 1996, GINTELL telah berkembang dengan jayanya dan menjadi antara yang terbaik dalam industri penjagaan kesihatan dan kecergasan. Kini, GINTELL telah memiliki lebih 130 cawangan bilik pameran di seluruh Asia Tenggara. GINTELL diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan & Kecergasan terbesar di Malaysia sejak tahun 2015. Pada tahun 2021, GINTELL juga disahkan dua kali oleh Malaysia Book of Records untuk jualan kerusi urut & mesin larian yang terbanyak. Matlamat utama GINTELL adalah untuk menitikberatkan penjagaan kesihatan & kecergasan melalui produk mereka iaitu selaras dengan cogan kata “Health, Love, Life” misi mereka iaitu “1 RUMAH, 1 GINTELL”.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *