(SEMASA) Majlis Pelancaran Kerusi Urut GINTELL S7 Plus, 2nd Gen. 8-Hands Wellness Chair

Spread the love

(Petaling Jaya – 11 November 2023) – Hari ini menandakan satu lagi peristiwa yang menggembirakan  untuk GINTELL, rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Asia Tenggara &  Malaysia telah merasmikan pelancaran kerusi urut Siri Wellness Chair iaitu GINTELL S7 Plus, 2nd Gen. 8-Hands Wellness Chair di LG, Orange Concourse, Sunway Pyramid. Ia merupakan kerusi urut  yang pertama di pasaran yang memiliki fungsi 178° L-Flex Trackdengan 2nd Gen. 8-D Twin Rollers serupa dengan 4 tukang urut mengurut bahagian atas dan bawah belakang serentak yang memfokuskan  pada bahu, belakang atas, belakang bawah, pinggang dan punggung.

Majlis dimulakan dengan persembahan tarian singa dan pengenalan produk GINTELL, iaitu GINTELL  S7 Plus, 2nd Gen. 8-Hands Wellness Chair kepada para tetamu dan pengunjung. GINTELL S7  merupakan kerusi urut pertama yang mempunyai 178° L-Flex Track”. Trek urutan ini amat fleksibel  dalam peregangan badan di bahagian bahu, belakang, pinggang dan punggung. Tambahan pula, bila  fungsi regangan diaktifkan, pengguna dapat merasakan setiap inci otot dan sendi mereka diregangkan.  Majlis kemudian diteruskan dengan jemputan Simon Yam, artis antarabangsa dan duta GINTELL di  atas pentas.

Antara aktiviti yang menjadi tarikkan adalah perkongsian testimoni oleh Simon Yam, diikuti dengan  merasmikan pelancaran besar kerusi urut Siri Kesejahteraan GINTELL S7 Plus, 2nd Gen. 8-Hands  Wellness Chair Bersama pengarah pengurusan GINTELL, Dato’ Cheh Yak. Selaim itu, permainan  mini dan sesi bertemu & sapa dengan peminat Simon Yam turu diadakan. 5 pemenang daripada peraduan  Snap & Win GINTELL serta 10 pemenang bertuah daripada peraduan radio 988 juga dipilih untuk  bergambar bersama Simon Yam. Majlis perasmian ini berakhir dengan jayanya dan para media & tetamu  dijemput ke tempat jamuan.

Tetamu yang hadir adalah duta GINTELL; Amber Chia, dan Simon Yam bersama pengurusan  GINTELL, pihak pengurusan Sunway Pyramid dan juga pihak media.

Selain itu, “roadshowGINTELL juga berlangsung dari 7 November 2023 – 19 November 2023,  10pagi-10malam. Antara produk yang dipamerkan ialah kerusi urut, mesin larian dan lain-lain.

Latar Belakang GINTELL

Ditubuhkan sejak tahun 1996, GINTELL telah berkembang dengan jayanya dan menjadi antara yang  terbaik dalam industri penjagaan kesihatan dan kecergasan. Kini, GINTELL (M) SDN. BHD lebih 117  cawangan bilik pameran dibuka di seluruh Malaysia. GINTELL diiktiraf oleh Malaysia Book of  Records sebagai Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan & Kecergasan terbesar di Malaysia sejak  tahun 2015. Pada tahun 2021, GINTELL juga disahkan dua kali oleh Malaysia Book of Records untuk  jualan kerusi urut & mesin larian yang terbanyak. Matlamat utama GINTELL adalah untuk  menitikberatkan penjagaan kesihatan & kecergasan melalui produk mereka iaitu selaras dengan cogan  kata “Health, Love, Life” misi mereka iaitu “1 RUMAH, 1 GINTELL”.

GINTELL S7 Plus, 2nd Gen. 8-Hands Wellness Chair

GINTELL S7 Plus, 2nd Gen. 8-Hands Wellness Chair merupakan siri terbaharu Wellness Chair dan ia  adalah kerusi urut pertama di pasaran yang mempunyai Generasi Ke–2 Roda Urut 8D. Roda urut ini  dibahagikan kepada dua iaitu pada bahagian atas badan (bahu & leher) dan bahagian bawah (pinggang &  punggung) untuk melegakan seluruh badan. Urutannya seperti 4 tukang urut sedang mengurut seluruh  badan pada masa yang sama. Urutan Generasi Ke-2 roda urut 8D ini direka khas melalui program auto untuk membantu mengurangkan tekanan mental, mengurangkan sakit otot dan kekakuan otot.

Keistimewaan GINTELL S7 Plus ialah Trek L-Flex 178°. Hurug “L” mewakili perkataan “Lumbar”.  Ia merupakan trek dwi urutan pertama di Malaysia. Ini bermakna fleksibiliti uniknya membolehkan trek,  dilaraskan dengan tepat untuk bahagian atas dan bawah belakang di sudut yang berbeza, tidak seperti  kerusi urut lain yang kekal pada satu sudut. Reka bentuk ini membolehkan kerusi urut bersandar pada  sudut 178° dan dilaraskan pada lengkuk badan anda untuk urutan yang sengit membolehkan roda urut  menyasarkan saraf yang betul, terutamanya pada bahagian bawah belakang dan pinggang, membuatkan  pengguna berasa segar. Mengurut bahagian bawah belakang dan tulang belakang lumbar boleh membantu  mengekalkan postur yang baik dan mengurangkan tekanan pada bahagian bawah belakang.

GINTELL S7 Plus juga mempunyai sistem AI Fatigue Bio-Scan. Sistem BIO-Senses ini boleh  mengimbas dan mengesan kadar denyutan jantung (nadi), oksigen darah, dan indeks kelesuan badan anda.  Pengguna cuma perlu letakkan jari pada panel biometrik selama 30 saat untuk mengaktifkan sistem ini.  Selepas kadar denyutan dan indeks badan dikesan, ia akan menyediakan program urutan automatik yang  bersesuaian dengan kadar indeks semasa.

Program Thai Massage 230° sangat disyorkan kerana ia memberikan regangan seluruh badan untuk  melonggarkan ketegangan otot pada sudut 230° dan dikuasai oleh Trek L-Flex 178. Program ini telah  dirujuk dan disahkan sepenuhnya oleh Tit-Tar Master, Dato’ Seri Master Chris Leong. Bahagian badan  yang difokuskan adalah leher, bahu, belakang, pinggang, lumbar dan kaki. Program ini secara tidak  langsung dapat membantu anda membuat senaman regangan bagi penjajaran struktur badan untuk  meningkatkan kekuatan otot serta fleksibiliti sendi.

GINTELL S7 Plus turut dilengkapi dengan Spa Terapi Haba 360°. Terapi ini merupakan salah satu  ciptaan inovatif terbaru di mana ia menggunakan beg udara haba yang mampat di bahagian belakang,  pinggang dan kaki. Ia juga mempunyai tali pengikat bersilang yang lembut dan ringan untuk pemanasan  dan penyerapan lebih baik di bahagian abdomen. Spa terapi haba dapat membantu melegakan ketegangan  otot secara keseluruhan dan mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh kekejangan otot atau  sengugut.

Terdapat tiga program urutan di bawah program Brain Relief Therapy” iaitu Total Relax, Mental Care dan Thai Massage 230° dalam GINTELL S7 Plus adalah ciri unik yang direka khas untuk  meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan tekanan mental. Program ini dapat mewujudkan suasana  yang tenang dimana muzik latar yang lembut akan dimainkan sepanjang sesi urutan bagi menenangkan  pemikiran dan secara tidak langsung merehatkan saraf.

Selain Kawalan Suara AI atau paparan konsol skrin sentuh biasa, pengguna kini boleh menyambung dan  mengawal kerusi urut dengan lancar melalui telefon pintar mereka melalui sambungan Bluetooth  melalui aplikasi GINTELL Super App OS yang boleh dimuat turun dari Google PlayStore dan AppStore.

GINTELL S7 Plus, 2nd Gen. 8-Hands Wellness Chair menawarkan 20 program automatik, 11 teknik  urutan unik, kelajuan urutan boleh laras & intensiti 4D sehingga 5 tahap, port pengecasan tanpa wayar  dengan penyambung USB, program VI Memori dan Cahaya Zen yang menenangkan yang meningkatkan  mood pengguna dan suasana sekeliling.

Sempena pelancaran GINTELL S7 Plus, 8-Hands Wellness Chair, GINTELL menawarkan promosi  khas. Tawaran hanya sah untuk masa terhad sahaja pada RM18,988 dengan hadiah percuma bernilai  RM8,988. Secara amnya, harga jualan di pasaran ialah RM33,988. Dengan setiap pembelian GINTELL  S7Plus, pengguna akan menerima pelan Program Kesihatan 8 Hari secara percuma untuk membantu  anda memulakan perjalanan ke arah kehidupan yang sihat Untuk pertanyaan lanjut atau pra-pesanan, sila  hubungi +60124046033 atau layari www.gintell.com atau lawati bilik pameran GINTELL terdekat.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *