(SEMASA) MAJLIS PERASMIAN PRAPELANCARAN TAHUN MELAWAT PERAK 2024: PROMOSING PERAK

Spread the love

KUALA LUMPUR, 16 Julai 2023 – Majlis Perasmian Prapelancaran Tahun Melawat Perak 2024 (TMP2024) disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak pada 16 Julai 2023 di NU Sentral, Kuala Lumpur. Logo dan teaser video TMP2024 turut dilancarkan sebagai promosi dan mewar-warkan lagi pelaksanaan TMP2024 ke pasaran domestik dan antrabangsa.

Sebagai kesinambungan kepada majlis Prapelancaran TMP2024, Tourism Perak turut menganjurkan Perak Travel Fair 2.0 yang berlangsung selama tiga hari ipada 14 hingga 16 Julai 2023 bermula jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam bertempat di Centrecourt, NU Sentral, Kuala Lumpur. Program ini disertai oleh seramai 22 orang pengusaha produk pelancongan, 6 pengusaha makanan dan 4 pengusaha produk kraftangan yang mengetengahkan keunikan produk pelancongan negeri Perak.

Di majlis ini juga, Tourism Perak bekerjasama dengan Malaysia Travel Agents Association (MATTA) Cawangan Perak membawakan seramai 32 agen pelancongan dan pengembaraan daripada Thai Travel Agents Association (TTAA) ke Perak di bawah program TTAA Fam Trip to Perak selama 5 hari 4 malam bermula dari 16 hingga 21 Julai 2023 dengan objektif untuk memberikan pendedahan dan makiumat terkini tentang produk dan destinasi menarik di Perak yang berpotensi dijadikan pakej khas sesuai dengan pasaran pelancong Thailand. Selain itu, satu sesi penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara MATTA dan TTAA untuk mengukuhkan jalinan kerjasama bagi menarik lebih ramai pelancong daripada Thailand ke Malaysia khususnya negeri Perak.

Sempena TMP2024, Kerajaan Negeri Perak menyasarkan kemasukan 8.Ojuta pelancong domestik dan 350 ribu pelancong antrabangsa ke negeri Perak. Pada tahun 2022, Perak berada di kedudukan keempat secara keseluruhan dengan mencatakan 14.6juta bagi negeri tumpuan pelawat domestik yang direkodkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Perak bukan sahaja kaya dengan segmen gastronomi daripada pelbagai bangsa dan budaya malah ia juga menawarkan pelbagai aktiviti nadah seperti berbasikal, golf, kolam air panas, SPA kesihatan, taman tema, lukisan dan mural artistik oleh pelukis antarabangsa dan tempatan. Kini tepat pada masanya, majlis ini merupakan salah satu inisiatif negeri Perak untuk menank lebih ramai pelancong dan menjadikan negeri Perak sebagai destinasi pelancongan kegemaran di rantau ini.

Sebarang maklumat lanjut mengenai pelaksanaan program sempena Tahun Melawat Perak 2024, bolehiah melayari laman Facebook, Instagram, TikTok atau laman sesawang Tourism Perak: http://tourismperakmalaysia.com.

Senarai agensi – agensi pelancongan, pengusaha produk – produk pelancongan, usahawan makanan dan usahawan kraftangan di program ini adalah seperti berikut :

  1. Taman Eko Rimba Lata Kinjang
  2. Tingkat Valley, Ipoh Pangkor Village
  3. Beach Resort Kellie’s Castle Tin
  4. Dredge TT5
  5. Time Free Vacation Sdn Bhd
  6. Bukit Merah Laketown Resort
  7. Zoo Taping & Night Safari
  8. D’Rumah Bonda River View
  9. Felda Residence Hot Springs
  10. Gopeng Glamping Park
  11. Keretapi Tanah Melayu Berhad
  12. Perak River Safari Sdn Bhd
  13. Victoria Bridge Tourism
  14. River Explorer
  15. Panorama Lenggong
  16. Travel Pangkor – Unit Pengurusan
  17. Pulau Bebas Cukai
  18. Tasik Cermin Ipoh
  19. The Haven All Suite Resort, Ipoh
  20. Perak Football Club Kuak Hill
  21. Resort D’Village Hotel @ Karai

USAHAWAN MAKANAN

  1. Mesra Herbs Sdn Bhd
  2. Leo Snacks & Nuts Industry
  3. Ngopdul Coffee
  4. Zie Put Perak
  5. Mama Keen Empire
  6. Rendang Tok Yoep

USAHAWAN KRAFTANGAN

  1. Zuhrahsabki Enterprise (Tekat Benang Emas)
  2. Ausbatik
  3. Cebisen Seni Enterprise
  4. Mohamad Hashim Enterprise

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *