Pameran Auto Malaysia (MAX) 2026 akan dilancarkan pada 7-8 November di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di Serdang (MAEPS) dengan meraikan kecemerlangan automotif, prestasi sukan permotoran, dan inovasi. Acara ini diwujudkan sebagai platform yang berkesan untuk mempromosikan keselamatan dan kesedaran jalan raya.
Dikonsepkan dan dimiliki oleh Alaf Sentosa Sdn Bhd serta dianjurkan oleh Element X Strategies – penganjur di sebalik kejayaan Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur dari 2023 hingga 2025 – pameran ini mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
MAX 2026 pada asasnya akan menghimpunkan empat komponen utama – pameran itu sendiri; Pameran Auto Terubah Suai Antarabangsa (IAM) yang merupakan pameran gaya hidup automotif dan siri pertandingan terkemuka di Asia Tenggara serta paling pesat berkembang di dunia; Tempatan Fest; dan Driftnutz.
IAM telah diadakan di Malaysia sejak 2011, dan kini dianjurkan di pelbagai bandar di Indonesia, Thailand, Singapura, dan Amerika Syarikat. Sementara itu, Tempatan Fest merupakan salah satu festival budaya tahunan Malaysia yang paling terkemuka yang meraikan dan mempamerkan trend pakaian jalanan (streetwear) tempatan, barangan koleksi vintaj, perniagaan kreatif, seni visual, serta muzik dan kumpulan muzik bebas. Pertama kali diadakan pada 2015, Driftnutz pula telah menganjurkan beberapa acara larian hanyut (drift) yang paling dikenali dan menyeronokkan di Malaysia, menghimpunkan pelumba drift antarabangsa dan tempatan.
“MAX 2026 diwujudkan untuk menghimpunkan pelbagai komponen budaya kereta, sukan permotoran, dan gaya hidup di bawah satu pameran yang besar. Kami mahu ini bukan sahaja menjadi platform yang berkesan untuk memberi lonjakan besar kepada aspek perniagaan industri ini, tetapi juga menggunakan pengaruhnya untuk memperjuangkan budaya automotif yang lebih bertanggungjawab dan selamat di seluruh negara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Alaf Sentosa Sdn Bhd, Jason Yap.
“MAX 2026 adalah satu perayaan bagi segala-galanya yang berkaitan dengan automotif dan banyak lagi – daripada kereta terubah suai, penala (tuners), dan pembina kereta tersuai, kepada elemen sukan permotoran, kereta klasik, serta perdagangan dan jualan kenderaan bermotor. Acara ini menghimpunkan pemain industri, peminat kereta, dan komuniti untuk merasai pengalaman automotif yang mengujakan. Pameran tahun ini akan berfungsi sebagai pengenalan kepada pameran yang lebih besar dan lebih ikonik pada tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya. Ia juga adalah tentang memberi kembali kepada komuniti, peminat, dan orang ramai.”
MAX 2026 akan mempamerkan koleksi kereta tersuai yang besar dan pelbagai menampilkan penala tempatan dan antarabangsa; terdapat pertandingan penggayaan automotif (auto styling); pendedahan eksklusif oleh penala; bahagian yang dikhaskan untuk pemburu dan pengumpul model diecast; pertandingan perlumbaan simulasi (sim racing); lelongan kereta; perdagangan automotif; dan perhimpunan kelab kereta.
Selain itu, akan terdapat cabaran dyno untuk mencari kereta dengan kuasa kuda (horsepower) tertinggi di Malaysia, acara drifting dan tunggangan teksi; peragaan fesyen ratu perlumbaan automotif yang memberi peluang untuk mempamerkan pereka Malaysia dan jenama fesyen tempatan; penganjuran pertandingan ratu cantik Miss Auto Culture Malaysia; pembalutan kereta batik (batik car wrapping) untuk membawa warisan Malaysia ke dalam dunia automotif; persembahan pentas secara langsung; dan pesta makanan yang besar.
Salah satu sorotan utama ialah pelancaran Jelajah Kereta Eksklusif ke Jepun, iaitu perjalanan sejauh 9,000 km selama 35 hari dari Kuala Lumpur ke Tokyo, melalui Thailand, Laos, Vietnam, China, dan Korea Selatan, sebelum berakhir di ibu pejabat Liberty Walk di Tokyo. Jelajah ini akan diketuai oleh sebuah kereta yang dibina khas (yang akan didedahkan sebagai kejutan semasa MAX 2026) dan dipandu oleh Duta MAX 2026, Vera T., yang merupakan seorang pencipta kandungan gaya hidup sukan permotoran dan pelumba kereta yang terkenal. Terdapat juga beberapa ‘easter egg‘ (kejutan tersembunyi) yang menanti, tetapi biarlah kami membuatkan anda semua menanti-nantikannya buat masa ini.
Tiket pra-jualan berharga RM25 untuk pas seharian seorang, RM45 untuk sepasang (2 orang) pas seharian, dan RM80 untuk sekumpulan (4 orang) pas seharian. Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun diberikan kemasukan percuma. Manakala tiket harga biasa akan berharga RM35 untuk pas seharian seorang dari 7-8 November 2026.
Tiket boleh dibeli di: https://cps4.me/malaysia-automotive-xpo-2026 dan https://www.ticket2u.com.my/event/49006/international-automodified-(iam)-kuala-lumpur-2026
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, layari https://www.maxmalaysia.com/ atau lawati platform media sosial MAX 2026 di:
Facebook: https://www.facebook.com/share/19rKzdkBWi/?mibextid=wwXIfr
Instagram: https://www.instagram.com/malaysiaautoxpo?stkn=MWt6eDB2dGZmbWhxMg==
TikTok: https://www.tiktok.com/@malaysiaautoxpo?_r=1&_t=ZS-9AAL63hMXWm
