(SEMASA) Malaysia G-Shock Megafest 2018 Kembali

SELANGOR:Jika dibandingkan dengan acara tahun lepas, edisi Malaysia G-Shock Megafest 2018 (MGM 2018) kali ini diadakan untuk mengangkat minat terhadap G-Shock ke tahap yang lebih tinggi.

Acara yang berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad, 22 & 23 Disember di The Rubix, Puchong (dahulu dikenali sebagai iM4U Sentral)  menarik ribuan penggemar, peniaga. Pengumpul  dan usahawan untuk berkumpul di bawah satu bumbung bagi pameran G-Shock terbesar yang pemah diadakan di Malaysia.

Acara MGM 2018 yang dianjurkan oleh MGM Event Management selama dua hari ini diadakan untuk meraikan ulang tahun jenama jam tangan ikonik dari Jepun yang ke 35 tahun sejak jurutera Casio Kikuo lbe membuat rekaan jam G-Shock pertama pada tahun 1983 iaitu DW-5000C. Dalam acara ini semua peniaga, usahawan dan peminat sama ada dalam atau luar negara akan meraikan jam tangan yang popular serta mengembangkan kegilaan jam ini sebagai satu gaya hidup bagi mereka yang cinta akan jenama ini.

Tarikan utama MGM 2018 adalah ulang tahun ke 30 tahun dan 35 tahun edisi kolaboratif dengan artis seni halus  Takashi Murakami.

Nilai rekaan G-Shock beliau dijangkakan akan melambung tinggi dan menjadi buruan para pengumpul jam ini.

Jam G-Shock yang menjadi tumpuan di MGM 2018 :

  1. GWF-1000TM (Hanya 300 unit di seluruh dunia)
  2. GWF-1030E (Hanya 333 unit di seluruh dunia)
  3. GWF-1030A (Hanya 300 unit di seluruh dunia)
  4. The Rangeman GPR-B1000TF-1
  5. The Frogman GWF-1035F-1
  6. MTG-B 1000TF-1A

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *