(SEMASA) Martin Yan Tunjuk Bakat Memasak Ketika Penggambaraan di Kilang Biskut Julie’s

Spread the love

IMG_5044

MELAKA 25hb July 2016 – Apabila Martin Yan bertemu Martin Ang, apa akan berlaku? Baru-baru ini, Martin Yan, chef terkemuka dalam rancangan masakan mengunjungi kilang biskut Julie’s yang terletak di Melaka untuk penggambaran “Citarasa Malaysia – Melaka” (Taste of Malaysia – Melaka) versi Mandarin dan Inggeris yang akan disiarkan di saluran TV9 dan NTV 7. Selain diberi peluang melihat sendiri proses menghasilkan biskut Julie’s, Yan juga menunjukkan bakat dan memasak bersama Martin Ang, Pengarah Julie’s.

IMG_5095Pertemuan pertama kedua-dua Martin agak mencuit hati apabila masing-masing mengucapkan“Hello Martin. Welcome Martin”. Sepanjang penggambaran itu, Ang juga mengisahkan sejarah pengeluaran produk biskut tempatan  itu yang kini telah dieksport ke 75 buah negara.

Kedua-dua Martin menonjolkan bakat dan kemahiran memasak masing-masing dengan menggunakan biskut krim kraker Julie’s dan buah-buahan bagi menghasilkan Canape yang sedap selain menghasilkan pizza dengan biskut krim kraker Julie’s, sos tomato, cendawan dan keju. Apa yang menarik ialah mereka menunjukkan persefahaman dan keakraban ketika menyediakan masakan dimana Yan memotong buah-buahan manakala Ang pula menghiaskan biskut dengan buah. Pada penghujung rancangan, Yan juga menyediakan manisan khas ciptaan beliau dengan menggunakan pisang dan sos coklat. Ang yang menikmati manisan tersebut turut memuji dan mengkagumi masakan beliau.

Yan berkata penggambaran kali ini membolehkan beliau mengenali Ang selain lebih memahami proses penghasilan biskut Julie’s dimana kasih sayang menjadi pegangan utama syarikat tersebut.

“Saya mendapati budaya korporat Julie’s yang kukuh dimana setiap pekerjanya begitu serius melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan pada masa yang sama begitu peramah.  Senyuman manis yang terukir pada wajah setiap pekerja di sini menjadikan persekitaran tempat kerja di sini begitu selesa dan diselebungi kasih sayang. Slogan “adunan kasih” biskut Julie’s bukan hanya sekadar cakap kosong.”

IMG_4947-tileRakaman itu akan disiarkan dalam siri khas “Citarasa Malaysia bersama Martin Yan – Melaka” dimana versi Inggeris akan disiarkan setiap Sabtu pada pukul 6 di saluran TV 9 manakala versi Mandarin akan disiarkan pada pukul 10 malam, setiap Jumaat bermula Oktober 7 di saluran NTV 7, ditaja khas oleh Julie’s.

Rancangan 26 episod itu, “Citarasa Malaysia bersama Martin Yan” akan memaparkan pelbagai masakan dan hidangan Malaysia, tempat menarik, sejarah dan budaya tradisional pelbagai etnik di negara ini dimana penggambaran dilakukan di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Pantai Timur, Johor dan Sabah.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *