(SEMASA) Mattel Lancar Inisiatif Galakan Kesedaran Autisme di Malaysia Bersama “Bruno” Watak Autistik Pertama Khusus Untuk Thomas & Friends

Spread the love

Kuala Lumpur, 14 May 2024 – Bulan April adalah Bulan Kesedaran Autisme dan bagi Thomas & Friends, ini adalah masa yang sesuai untuk meraikan Bruno, kenderaan brek autistik baru yang menyertai enjin-enjin di Sodor pada bulan September lalu. Thomas & Friends mengalu-alukan ibu bapa dan kanak-kanak untuk belajar lebih lanjut tentang autisme dan individu autistik melalui permainan, dengan harapan mencipta lebih banyak peluang untuk pengajaran dan mengingatkan bahawa perbezaan adalah aset kita!

Bruno the Brake Car adalah watak autistik pertama yang dicipta oleh Mattel untuk Thomas & Friends. Ia bijak, tenang, dan ceria. Sebagai sebuah kenderaan brek, tugasnya adalah untuk menstabilkan kargo besar dan berat menerusi breknya yang kuat. Kedudukannya di bahagian belakang kereta api, menghadap ke arah bertentangan membolehkan ia melihat dunia dari perspektif berbeza. Bruno sangat mementingkan ketelitian dan gemar sesuatu yang rutin; dengan minat khusus terhadap jadual, jadual waktu dan pengetahuan mengenai destinasi semua landasan – membuatkan ia dipercayai untuk membimbing enjin-enjin lain.

Bruno diperkenalkan pada musim ke-26 siri TV, Thomas & Friends: All Engines Go. Ibu bapa dan kanak-kanak yang menonton TV dapat menyaksikan kenderaan brek merah ini bekerja dan bermain bersama rakan-rakan yang menyenangi dan menerima Bruno seadanya. Bruno juga boleh didapati untuk dibeli sebagai sebahagian daripada rangkaian enjin permainan.

“Setiap kanak-kanak adalah satu anugerah. Kami percaya bahawa semua kanak-kanak wajar diberi peluang untuk melihat diri mereka diwakili dalam kisah-kisah yang mereka dengar, termasuk kanak-kanak neurodivergen. Menerusi Bruno, kami berharap untuk memainkan peranan dalam mendorong kanak-kanak dan ibu bapa menghargai perbezaan dan membuktikan betapa besar makna untuk mempunyai komuniti sokongan,” ujar Murat Ariksoy, Pengurus Besar, Mattel Asia Selatan. “Kami turut memainkan peranan dalam komuniti ini, justeru kami telah melancarkan beberapa inisiatif dengan kerjasama NASOM, Sunway Malls dan Toys ‘R’ Us.”

Pasukan di Thomas & Friends telah bekerjasama dengan Sunway Carnival Mall untuk menubuhkan sebuah perpustakaan permainan di Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM) cawangan Butterworth. Setiap kanak-kanak yang di bawah sokongan NASOM Butterworth turut diberikan kereta permainan (diecast) Bruno the Brake Car. Jenama ini juga bekerjasama dengan Sunway Pyramid dan Sunway Velocity merangkumkan 100 “Autsome starter kits” yang mengandungi permainan Thomas & Friends dan Mattel, permainan peranan (role-play) dan buku-buku untuk komuniti B40, sebagai sokongan terhadap usaha capaian Early Autism Project Malaysia (EAP).

Sempena Bulan Kesedaran Autisme, pembeli yang berbelanja lebih daripada RM80 untuk permainan Thomas & Friends di Toys ‘R’ Us juga menerima mainan diecast Bruno the Brake Car PERCUMA.

SOROTAN PROMOSI

Aktiviti Akan Datang

Para peminat Thomas & Friends yang berminat untuk mengenali lebih lanjut berkenaan Bruno dan enjin-enjin lain di Sodor boleh berkunjung ke Sunway Pyramid, LG2, Central Avenue dari 11 hingga 17 Jun.

Maklumat Lanjut:

YouTube https://www.youtube.com/@thomasandfriends

Facebook page https://www.facebook.com/sea.thomasandfriends/

TRU Online: https://www.toysrus.com.my/thomas-and-friends/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *