(HIBURAN) Majlis Penyerahan Sumbangan “Naan Corner” Sempena “Makan Malam Amal LEGENDS” Pada 2 Jun 2024.

Spread the love

Persatuan Karyawan Malaysia akan menganjurkan satu majlis makan “Makan Malam Amal LEGENDS” pada 2 Jun 2024 yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi tabung Persatuan.

Hasil kutipan ini bakal digunakan untuk membiayai beberapa perkara seperti membantu para penggiat seni veteran yang berada didalam keadaan uzur dan juga yang hilang upaya.

Program makan malam tersebut akan mengenengahkan empat artis legenda tanahair. Persembahan berformat revival ini akan akan menampilkan persembahan empat bintang legenda yang telah membina industri seni tanahair selama ini dan bakal diiringi oleh pemuzik berbakat dari ASWARA dibawah kelolaan Profesor Ramlan Imam.

Program makan malam ‘LEGENDS’ akan diadakan pada 2 Jun 2024 (Ahad), 8:00 hingga 11:00 malam, bertempat di Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur. Program makan malam ‘LEGENDS’ akan dihiburkan oleh 4 penyanyi legend tanahair seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Datuk Awie, dan Rahimah Rahim. Datuk Khatijah Ibrahim salah seorang ‘legends’ yang akan membuat persembahan pada malam tersebut berkata tujuan malam amal untuk membantu rakan-rakan seperjuangan.

Bertempat di Naan Corner, Taman Lembah Keramat, Kuala Lumpur telah berlangsungnya majlis penyerahan sumbangan Mock Cheque RM 10,000 ribu demi menghargai artis yang kurang bernasib baik.

Sumbangan daripada Puan Shafina binti Parwiz Kausar yang mewakili Naan Corner adalah satu usaha murni bagi membantu karyawan yang memerlukan bantuan dan berharap usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang bersama-sama badan-badan koporat yang lain.

Persatuan Karyawan Malaysia sebuah organisasi yang mewakili para penggiat seni tempatan membuat kutipan amal yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi tabung Persatuan. Dato Freddie Fernandes mengalu-alukan Penaja ke majlis Makan Malam Legends.

Beliau menambah “hasil kutipan ini bakal digunakan untuk membiayai beberapa perkara seperti membantu para penggiat seni veteran yang berada didalam keadaan uzur dan juga yang hilang upaya”.

Kami berharap untuk mendapat sokongan dari individu atau syarikat yang berminat untuk sama-sama menjayaan majlis gilang-gemilang yang bakal diadakan melalui format pembelian meja tajaan sebagaimana berikut :

  1. Penaja Meja Berlian – RM 100,000
  2. Penaja Meja Platinum – RM 50,000
  3. Penaja Meja Emas – RM 10,000
  4. Penaja Meja Perak – RM 5,000
  5. Meja Biasa – RM 3,000, RM 2,000

Bagi pihak yang berminat, bolehlah membuat tempahan dengan menghubungi talian Dato’ Freddie Fernandez di talian 012-2071400 emel fredez2009@gmail.com atau Ahmad Abdullah 014-7176276) emel nurahamad@gmail.com )


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *