(SEMASA) Media Prima Digital dan Samsung Lancarkan Tonton untuk Platform SMART TV

Spread the love

Aplikasi Tonton eksklusif di Samsung Smart TV

Peneraju dunia teknologi global, Samsung Malaysia Electronics dengan kerjasama Media Prima Digital kini melancarkan aplikasi TV Tonton untuk Samsung SMART TV. Media Prima Digital, kumpulan media digital nombor 1 di Malaysia di bawah Media Prima Berhad, konglomerat media terulung di Malaysia, memiliki dan bertanggungjawab ke atas operasi harian portal video tempatan nombor 1 di Malaysia, Tonton.

tontonsmall

Usahasama ini termeterai melalui majlis menandatangani Memorandum Persefahahaman (MoU) yang telah diadakan pada September 2012 lalu. Kerjasama strategik ini telah menyaksikan pembangunan aplikasi streaming hiburan yang pertama seumpamanya di Malaysia melalui platform SMART TV; Tonton menyediakan perkhidmatan TV secara catch-up untuk kandungan pelbagai saluran TV, portal online serta stesen radio milik Media Prima Berhad. Antaranya termasuklah TV3, ntv7, 8TV, TV9, Gua TV, Fly TV, Hot TV, One TV, myMetroTV serta pelbagai lagi.

Aplikasi inovatif ini membenarkan pelanggan menikmati pilihan kandungan tempatan dan antarabangsa, melangkaui drama termasuk program hiburan, filem, video muzik dan berita semasa yang dibangunkan khas bagi memenuhi citarasa kepelbagaian kumpulan pengguna – semuanya menerusi Samsung SMART TV. Pengguna bukan sahaja dapat menonton program televisyen kegemaran secara ‘catch-up’ pada bila-bila masa yang disukai, malah boleh menggunakan kredit Tonton untuk menonton pelbagai kandungan premium Tonton – semuanya dalam keadaan selesa di kediaman persendirian dengan Samsung SMART TV. Aplikasi TV Tonton ini kini boleh dimuat-turun di stor aplikasi Samsung SMART TV.

“Penggunaan aplikasi ‘streaming’ video kini merupakan antara ‘trend’ popular di kalangan rakyat Malaysia. Dan Tonton merupakan aplikasi tempatan pertama dibangunkan untuk platform Samsung SMART TV.  Ianya merupakan satu pencapaian yang sangat bermakna dan telah melonjakkan posisi kami sebagai peneraju dalam tawaran kandungan yang meluas mengikut kemahuan pengguna. Kami begitu teruja dengan kemudahan yang bakal ditawarkan oleh aplikasi ini kepada pengguna. Kami akan terus berusaha membawakan pelbagai lagi penemuan terkini dalam memudahkan kehidupan serta tawaran pengalaman tontonan yang bermakna,” ujar Kwon Jae Hoon, Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics.

Aplikasi TV Tonton turut membolehkan pengguna Samsung SMART TV mengakses ke capaian pustaka filem dan program TV di Tonton. Bersempena dengan pelancaran ini juga, Tonton menawarkan tontonan PERCUMA untuk beberapa drama hebat dari Tonton Premium sehingga 31hb Ogos 2013. Antaranya termasuk drama-drama hit di Malaysia, Setia Hujung Nyawa, Dejavu di Kinabalu, Terlanjur Cinta dan Love Compulsory (Musim 1).  Nur Kasih, drama yang tidak dapat ditandingi popularitinya turut ditawarkan percuma sebagai imbuhan kepada penonton sepanjang tempoh promosi ini.

Di samping itu, pengguna Samsung Smart TV berpeluang melanggan perkhidmatan ‘TV Everywhere’ menerusi aplikasi ini. Pengguna boleh menonton siaran langsung untuk empat saluran TV – TV3, ntv7, 8TV dan TV9 secara “live streaming”.

“Dengan lebih 2.9 juta pengguna berdaftar di Tonton, kami begitu gembira menawarkan capaian Tonton kini kepada pelanggan Samsung menerusi tawaran meluas untuk kandungan tempatan dan antarabangsa. Pastinya pengalaman tontonan di Samsung SMART TV secara santai di ruang persendirian bakal menyumbangkan peningkatan untuk langganan kandungan dan kerjasama ini memantapkan Media Prima Digital sebagai perintis dalam membekalkan pengalaman digital “Over-The-Top” kepada pengguna,” menurut Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Samsung SMART TV dan aplikasi TV Samsung, layari www.samsung.com/my atau laman sosial Facebook di https://www.facebook.com/samsungmalaysia.

Akses kandungan yang boleh ditonton menerusi aplikasi TV Tonton untuk Samsung SMART TV di www.tonton.com.my. Layari Tonton menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet untuk mendaftar akaun anda hari ini! Pendaftaran adalah PERCUMA.

 

 

KANDUNGAN TONTON PREMIUM EKSKLUSIF UNTUK PENGGUNA SAMSUNG SMART TV

 

Program / Tajuk

Bahasa

Seindah Sakura

BM

Dejavu di Kinabalu

BM

Julia

BM

Terlanjur Cinta

BM

Setia Hujung Nyawa

BM

Nur Kasih

BM

Love Compulsory

Mandarin

Summer Brothers

Mandarin

 

 

ARTIS BULAN INI DI TONTON: FASHA SANDHA

 

Program / Tajuk

Kandungan

Chinta

Drama

Kehangatan Lantana

Drama

Cinta Elysa

Drama

Samson & Delaila

Drama

SH3

Film

 

 

–       TAMAT –

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *