(SEMASA) Mencerahkan dan Meratakan Tona Kulit dengan Kinohimitsu White Activ

Spread the love

White Activ 3D layout-01

Mempunyai kulit yang bersih dan berseri adalah penting dalam kehidupan. Ia adalah sesuatu yang membantu meningkatkan keyakinan dan harga diri. Ia juga memberikan seseorang kekuatan dalam langkah beliau untuk menghadapi cabaran hidup.

Kino Biotech kini telah memperkenalkan Kinohimitsu White Activ. Ini penambahan produk baru dalam rangkaian jenama Activ yang membantu mencerahkan kulit, serta melembapkan dan melindungi kulit daripada radikal luar setiap hari.

WhiteActiv_sachet_3D

Ramuan utama adalah ekstrak Sakura. Ia menghalang pembentukan melanin, melindungi kulit daripada radikal bebas dan meningkatkan pengeluaran kolagen. Camu-camu, dengan 56 kali ganda Vitamin C daripada oren membantu meningkatkan tahap gluthathione untuk menghalang pigmentasi.

Rumusan inovatif juga mengandungi ekstrak yis Torula, yang melindungi sel-sel daripada ketidakseimbangan antara pengeluaran radikal bebas dan pertahanan antioksida. Peptida kolagen marin yang berkualiti tinggi membantu dalam mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit.

Chinta Ily, pemenang untuk Pertandingan Pencarian Duta Kinohimitsu turut menggunakan White Activ. Pemenang yang berusia 23 tahun ini berkata bahawa White Activ telah membantu beliau mendapatkan kulit yang sihat dan cantik seperti yang diimpikan selama ini.

“Ia meratakan tona kulit saya. Kesan cela dan jerawat juga semakin pudar selepas menggunakan White Activ. Bukan itu sahaja, rakan-rakan juga memberitahu saya bahawa saya kelihatan lebih cerah dan berseri berbanding sebelum ini!”

Norazwa, 28, dan Nurain Syafawati, 21, pemenang tempat kedua dan ketiga, juga mengatakan bahawa kulit mereka lebih cerah berseri selepas menggunakan White Activ. Kedua-duanya juga bersetuju bahawa mereka dapat melihat hasil yang pantas walaupun dalam tempoh penggunaan yang singkat

Kinohimitsu White Activ adalah 100% semulajadi dan selamat. Ia tanpa gula, bahan pengawet, warna dan perisa tambahan. Ia telah diuji oleh SGS dan disahkan bebas dari 312 jenis hormone, steroid dan juga bahan kimia. Ia juga telah disahkan Halal oleh Jakim.

Ringan dan mudah, produk ini adalah sempurna bagi seseorang yang mengamalkan gaya hidup yang aktif atau sibuk. Hanya campurkan satu paket dengan air dan minum sebelum sarapan pagi. Ia boleh dihidangkan sejuk untuk rasa yang lazat.

Berharga RM105.90 (Termasuk 6% GST) untuk sekotak yang mengandungi 30 paket. Boleh didapati di semua farmasi utama atau di Kinohimitsu E-store (kinohimitsu-estore.com).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *