SELANGOR, 29 MEI 2026 – Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mencetuskan fenomena himpunan motosikal terbesar di Malaysia menerusi penganjuran Mforce MotoXperience 2026 bersempena acara Malaysia Bike Show yang berlangsung di MAEPS, Serdang bermula 29 Mei hingga 1 Jun 2026.
Bertempat di Dewan A, Mforce MotoXperience 2026 menghimpunkan lebih 100 buah motosikal merangkumi model sedia ada di pasaran, model terbaharu serta model yang bakal dilancarkan, melibatkan 23 jenama di bawah naungan Mforce iaitu BENELLI,
KEEWAY, BENDA, MORBIDELLI, QJMOTOR, SYM, WMOTO, EZI, VOGE, BRIXTON MOTORCYCLES, MOTO MORINI, ZXMOTO, CFMOTO, ZEEHO, ARIIC, YADEA, CYCLONE, KAMAX, X-WEDGE, LETBE, SWM, MFORCE TACTICAL, VICTORIA dan MONDIAL.
Turut dipamerkan adalah pelbagai kelengkapan penunggang dan aksesori motosikal daripada jenama LS2 dan YHPRO, selain pameran pelincir motosikal MFORCE OIL yang dikuasakan oleh PETRONAS.
Setiap jenama di bawah naungan Mforce turut diwakili oleh pihak prinsipal masingmasing bagi memeriahkan acara dan memperkukuhkan hubungan bersama rangkaian pengedar serta pengguna tempatan.
Lebih menarik, jenama ZXMOTO yang mencipta kejayaan di pentas antarabangsa menerusi dua kemenangan dalam kelas WorldSSP pada pusingan Portugal Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK) yang berlangsung pada 28 hingga 29 Mac 2026, turut mengambil bahagian dalam acara ini. ZXMOTO memperkenalkan tiga model utama yang dijangka memasuki pasaran Malaysia di bawah naungan Mforce, iaitu ZXMOTO 500F, ZXMOTO 500RR dan model ZXMOTO 820RR yang mengetengahkan konsep motosikal berinspirasikan perlumbaan.
Sepanjang empat hari penganjuran, pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi pandu uji, pameran motosikal, jualan merchandise rasmi, permainan interaktif di booth serta pembelian dan tempahan motosikal.
Pada 29 Mei 2026, Mforce turut melancarkan 15 model baharu untuk pasaran tempatan, terdiri daripada:
- MORBIDELLI VIZY 125
- MORBIDELLI SC200SR
- MORBIDELLI C252V
- ARIIC TOUCH 250
- ARIIC GOBI 250
- CFMOTO 1000MT-X
- CFMOTO 750SR-S
- VOGE DS625X
- VOGE DS800X RALLY
- CYCLONE RT2S
- CYCLONE RT5
- WMOTO GRIFFIN 205
- SYM HUSKY 200
- BRIXTON 625V
- BRIXTON MOUCCA 250
Acara turut dimeriahkan dengan konsert khas Rev & Rhythm: Black Hanifah yang akan berlangsung di pentas Dewan A pada 30 Mei 2026 bermula jam 2 petang.
Pada 31 Mei 2026 pula, pengunjung berpeluang menghadiri sesi Meet & Greet bersama VOGE AS25 Racing Team yang akan berlangsung di booth VOGE Malaysia di Dewan A pada jam 4 petang.
Bagi merchandise rasmi Mforce MotoXperience 2026, pengunjung boleh menikmati diskaun sehingga 50%, antaranya:
- T-Shirt Eksklusif – RM20.00 (harga asal RM40.00)
- Payung Premium – RM20.00 (harga asal RM40.00)
- Mug Edisi Terhad – RM10.00 (harga asal RM20.00)
Setiap pembelian merchandise atau mana-mana produk di Dewan A melayakkan pengunjung menyertai cabutan bertuah kategori awam menerusi kupon khas yang disediakan.
Bagi pengunjung yang berdaftar di bawah Mforce Experience Club (MEC), peserta konvoi turut layak menyertai cabutan bertuah kategori konvoi. Penyertaan ini hanya sah untuk seorang peserta bagi satu model motosikal dan tidak termasuk penunggang pembonceng. Untuk melayakkan penyertaan cabutan bertuah, kupon perlu dilengkapkan dengan setem daripada setiap booth yang mengambil bahagian.
Sesi cabutan bertuah akan berlangsung mengikut jadual berikut:
- 30 Mei 2026 – 2 sesi (Awam – 3 petang dan 8 malam)
- 31 Mei 2026 – 2 sesi (Konvoi pada 3 petang dan Awam pada 8 malam) 3. 1 Jun 2026 – 2 sesi (Awam – 3 petang dan 8 malam)
Hadiah cabutan bertuah merangkumi motosikal daripada jenama di bawah naungan Mforce serta pelbagai kelengkapan penunggang dengan jumlah keseluruhan hadiah mencecah RM300,000.00. Tiket masuk ditawarkan pada harga RM20.00 seorang dan boleh dibeli secara dalam talian melalui Malaysia Bike Show Ticketing atau secara walk-in di lokasi acara.

