(SEMASA) MILO® Menggalakkan Rakyat Malaysia Menyumbang  pada Bulan Ramadhan ini

Image 1Kuala Lumpur, Jun 8, 2016:  MILO® ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk beramal bersama-sama melalui kempen Miliki Hari Yang Barakah Dengan MILO® supaya dapat bantu memberikan sarapan pagi yang berkhasiat kepada mereka yang kurang berkemampuan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Image 8“Pada ketika ini, kami sedang bekerjasama dengan 15 rumah dan persatuan yang mempunyai ahli kanak-kanak dan tanggungan yang amat memerlukan bantuan, dan kami ingin membantu lebih ramai lagi. Bulan Ramadhan merupakan masa untuk muhasabah diri dan beramal. Kempen kami menyeru kepada rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada golongan yang kurang berkemampuan akibat keadaan yang di luar kawalan mereka, “kata Philomena Tan, Pengurus Eksekutif MILO® Unit Perniagaan di Nestle (Malaysia) Berhad.

Di antara 6 Jun hingga 5 Julai 2016, MILO® akan berkerjasama dengan TESCO dan Lazada supaya rakyat Malaysia boleh sama-sama membantu mereka yang kurang
berkemampuan melalui kempen ini. Bagi setiap 100 mata yang terkumpul daripada pembelian produk MILO®, satu Bakul Sarapan Nestlé akan didermakan kepada rumah-rumah dan persatuan kebajikan.

Setiap Bakul Sarapan Nestlé direka untuk memberikan bekalan sarapan pagi yang berkhasiat untuk seorang penerima selama sebulan. Bakul ini termasuk  paket serbuk MILO®, Susu Tepung Nestlé Everyday®, paket Nestum®, paket Bijirin Sarapan MILO®, dan MILO® UHT.

“Kami ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyertai kempen Miliki Hari Yang Barakah Dengan MILO® pada bulan Ramadhan ini.  Setiap pembelian akan membantu dan menyokong  persatuan-persatuan dan rumah-rumah kebajikan ini dengan membekalkan sarapan pagi yang berkhasiat agar setiap penerima turut mendapat nutrisi dan mempunyai tenaga yang mencukupi untuk Memiliki Hari Yang Barakah mereka,” sambungnya lagi.

Image 7Di antara penerima-penerima kempen Miliki Hari Yang Barakah Dengan MILO® adalah Children’s Home of Hope (NCSM), Pertubuhan Kebajikan Waja Home,  Pusat Jagaan Kanak-Kanak Down Syndrome & Hyper Active, Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai (YM) Selangor, Persatuan Kanak–Kanak Cacat Klang Selangor, Pusat Jagaan Budaya Harapan, Pusat Jagaan Mesra Limpahan Kasih, Puchong, Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor &Wilayah Persekutuan, Pure Life Society, Dignity for Children, Persatuan Rakyat Miskin Malaysia, Persatuan Orang Yang Amat Cacat Akal, Selangor & Wilayah Persekutuan, Persatuan Rakyat Miskin Malaysia.

Pasukan-pasukan MILO® juga akan membuat roadshow  untuk mendapatkan  bantuan daripada masyarakat setempat di Terengganu, Pahang, Kelantan, Johor, Negeri Sembilan dan di sekitar Lembah Klang.  Bersama ini juga, kedai-kedai TESCO yang terpilih akan mengambil bahagian dalam kempen ini supaya lebih ramai rakyat Malaysia boleh membantu kami dalam inisiatif ini.

“Amalan memberi dan membantu mereka yang kurang berkemampuan adalah sifat murni yang telah berakar umbi dalam budaya dan kepercayaan kami semasa bulan Ramadhan. Sebarang derma, tidak kira banyak atau sedikit, apabila diberi dari hati akan diberkati. Kami amat bersyukur dan gembira melihat permulaan kempen ini. Kami ingin terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan mereka serta MILO® kerana memainkan peranan penting dalam menjayakan kempen ini,” Simon Santhanasami wakil dari Persatuan Kanak–Kanak Cacat Klang Selangor berkongsi.

Semasa pelancaran kempen, Profesor Madya Dr Hamid Jan B Jan Mohamed, seorang penyelidik daripada Kajian “MyBreakfast”-kajian komprehensif tabiat sarapan pagi pertama di Malaysia yang melibatkan seramai 8,705 peserta,  dan ahli Persatuan Pemakanan Malaysia, berkongsi penemuan penting untuk menyokong kepentingan sarapan pagi dan bagaimana pengambilan minuman malt memberi perbezaan yang ketara kepada prestasi seseorang sepanjang hari.

Image 9“Kajian menunjukkan bahawa pengguna minuman malt lebih cenderung untuk memenuhi Pengambilan Nutrien Disyorkan (RNI) dari segi jumlah pengambilan tenaga, protein dan vitamin-vitamin lain. Bukti juga menunjukkan hubung kait tahap aktiviti fizikal dengan pengambilan minuman malt. Mereka yang mengambil minuman malt mempunyai tahap aktiviti fizikal lebih tinggi berbanding dengan mereka yang tidak,” kata Dr. Hamid. Ini mencadangkan bahawa minuman malt boleh menjadi strategi pemakanan yang berkesan dan mudah untuk membantu mengekalkan prestasi seseorang sepanjang seharian berpuasa.

“Pengambilan MILO® pada waktu sahur bukan sahaja mudah, tetapi juga melengkapkan hidangan dengan membekalkan khasiat yang mencukupi. Ia mudah untuk diminum pada waktu awal pagi, mengenyangkan dan membantu memberikan tenaga untuk memulakan hari ketika berpuasa,” jelas Cher Siew Wei, Pengurus Pemakanan Korporat, Nestlé (Malaysia) Berhad. “Masih ramai tidak sedar bahawa kita kehilangan 80% daripada tenaga simpanan kita selepas berjam-jam tidur. Badan kita perlu menggantikan kembali tenaga yang hilang dengan pemakanan yang seimbang pada waktu pagi supaya kita mempunyai tenaga yang mencukupi untuk mencapai prestasi fizikal dan mental, lebih-lebih lagi di bulan puasa,” tambah beliau.

“Sejak lima tahun yang lepas, MILO® telah memperjuangkan kepentingan sarapan pagi supaya kita memahami bahawa khasiat yang mencukupi dan berkekalan adalah keperluan penting, terutama pada bulan mulia Ramadhan. Kami menggalakkan rakyat Malaysia menyertai kami dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan dan kami juga berharap mereka amalkan sahur setiap hari,” kata Tan.

Untuk maklumat lanjut bekenaan kempen ini, sila layari www.milo.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *