(SEMASA) Misi Pencarian JBL Rising Star Singing Competition 2018

Kuala Lumpur, 23 Jun: Pertandingan nyanyian JBL Rising Star 2018, yang bermula pada bulan Mac, telah sampai dikemuncaknya. Sepuluh peserta yang berbakat telah bersaing di peringkat terakhir yang diadakan di Sunway Velocity Mall pada hari Sabtu, 23 Jun 2018. Selain bertanding untuk membawa pulang hadiah utama, para peserta juga akan bertanding untuk membawa pulang gelaran; ‘Anugerah Penyertaan Dalam Talian Paling Popular’ dan ‘Anugerah Persembahan Terbaik’. 

Berikut Senarai Pemenang  JBL Rising Star Final Competition 2018 :

Champion 冠军 : Clinton Chua Han Yong
1st Runner Up 亚军 : Charlotte Ardelle Felix
2nd Runner Up 季军 : Nurul Ashikin Binti Rosnan
Best Performance 最佳表现奖 : Clinton Chua Han Yong
Best Popularity 最受欢迎奖 : Vanessa Van Huizen

Menawarkan hadiah yang bernilai sehingga RM 100,000; pertandingan nyanyian ini telah mendapat sambutan yang positif sejak ia bermula. Lebih daripada 800 individu yang berbakat pada usia 16 hingga 30 tahun telah mendaftar untuk pertandingan ini. Petandingan ini amat sengit sehingga peserta sepuluh finalis dipilih. Pemenang pertama menerima hadiah bernilai sehingga RM50,000; iaitu hadiah wang tunai RM8,000 dan produk JBL. Selain itu, pemenang juga akan dilantik sebagai duta JBL Rising Star.

Sepuluh finalis JBL Rising Star yang telah beraksi adalah Charlotte Ardelle Felix, Faysal Bin Md Saad, Lee Kar Yee, Vishal A/L Gopinathan, IIham Mudzaffar bin Abd Mutek, Karyn Ong Kai Lin, Vanessa Van Huizen, Clinton Chua Han Yong, Nurul Ashikin Binti Rosnan, dan Dennis Ooi Wen Xian.

Para peserta JBL Rising Star 2018 tersebut adalah dipilih oleh juri professional iaitu; penyanyi terkenal, penulis lagu dan penerbit muzik, Hanz Guo Wen Han, penyanyi, pencipta lagu dan YouTuber, Jenn Chia, penyanyi lagu ‘Jampi’, Hael Husaini. Pertandingan ini adalah dianjurkan oleh Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd, pengedar tunggal  JBL di Malaysia.

Sertai JBL Concert Run 2018

JBL Concert Run ialah acara maraton yang menggabungkan sukan dan muzik, bakal diadakan pada Sabtu, 15 September 2018, bermula dari pukul 7 petang di Sunway Lagoon Surf Beach. Dalam acara ini, para peserta perlu melengkapkan larian 5 kilometer. Selain itu, para peserta juga dijemput untuk menyaksikan konsert yang berlangsung di pantai luncur Sunway Lagoon.

Para peserta akan melalui lima stesen hiburan bertema iaitu Rock Stage, Pop Warrior Obstacle, Safari Music Zone, Techno Tunnel, dan Jazz Lazy River. Para peserta perlu melengkapkan setiap cabaran yang telah ditetapkan di stesen-stesen tersebut.

Penyanyi tempatan yang terkenal iaitu Hael Husaini dan Joe Flizzow akan membuat pernampilan di konsert yang akan bermula pada pukul 9 malam. Selain penyanyi tempatan, selebriti Hong Kong, Hubert Wu juga akan membuat penampilan istimewa pada malam itu. Selain konsert, para peserta yang menyertai JBL Concert Run akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam cabutan hadiah bertuah untuk memenangi sebahagian daripada hadiah bernilai RM 150,000. Menurut jurucakap Hot Gadgets, Jeff Chin, JBL Concert Run adalah satu acara yang dinanti-nantikan.

Kepada ramai yang ingin menyertai JBL Concert Run ini, anda masih boleh membeli pakej “beli 2 percuma 1”, kerana tempoh pendaftaran untuk pakej ini akan dilanjutkan dari 22 Jun 2018 sehingga 30 Jun 2018. Selain itu, pakej individu dan keluarga juga akan dilanjutkan bersama. Setiap peserta akan menerima “door gift” daripada penganjur, termasuk baju berlari, pingat dan peralatan audio JBL bernilai RM69.90 (untuk kumpulan dewasa) dan  RM129 (untuk kumpulan kanak-kanak).

Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd adalah pengedar tunggal JBL di Malaysia. JBL Malaysia adalah wakilan Harman International Industries (harman.com), syarikat yang mereka bentuk dan menghasilkan peralatan audio untuk industri pengguna, hiburan dan automotif. Untuk maklumat lanjut tentang JBL Concert Run, sila layari laman web http://www.jblconcertrun.com atau https://www.facebook.com/ JBLCONCERTRUN/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *