(SEMASA) MODENAS MELANCARKAN KYMCO AK550 DI MALAYSIA

Spread the love

Modenas selaku pengedar jenama skuter KYMCO di Malaysia dengan rasminya telah melancarkan skuter maxi premium, KYMCO AK550. Skuter maxi ini didatangkan dengan ciri premium seperti cruise control, traction control, AIBS Cornering Technology (Cornering ABS), ride-by-wire dan mod tunggangan.

KYMCO AK550 dikuasakan enjin parallel-twin 550.4cc DOHC yang berupaya menghasilkan 51hp pada 7,500rpm dan 52Nm pada 6,000rpm dan mampu mencapai kelajuan maksima sekitar 160km/j.

Skuter ini juga dilengkapi dengan panel meter digital LCD bersama satu skrin TFT di bahagian tengah papan pemuka, lampu LED dengan nyalaan DRL (daytime running light), brek Brembo M40 berkembar, tangki 14.5L, rim 15-inci, fork USD, cakera brek 270mm depan, 260mm belakang dan dua port pengecas USB.

Modenas menetapkan harga jualan rasmi KYMCO AK550 pada tanda harga RM65,600.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *