(SEMASA) Mudahnya Ibadah Aqiqah & Qurban Dengan Ez Qurban

11800163_1026428700723489_8332826286472603699_n

Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.  Hari Raya Aidiladha mempunyai makna yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia. Ia juga dikenali sebagai hari raya haji, sempena umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah.

11401222_997469280286098_470902096300777563_n

Salah satu keistimewaan Aidiladha ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.

11816900_1024513920914967_7035750313275621168_n

Menjelang hari mulia ini juga kita sering teringat kepada sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu daripada Allah supaya berbuat demikian. Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail.

11796352_1024503040916055_2194633959121411183_n

Selepas mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata:”Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.”

11754786_1024502564249436_7023780289202562771_o

Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya: “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah SWT, aku sedia merelakan diriku untuk disembelih”. Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih.

11412265_997470666952626_705006713472323160_n

Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan: “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya”.

11249769_1024513967581629_7282681257634016908_n

Walau apa pun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah SWT terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya: “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

11108670_997469203619439_6193469941228627926_n

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah SWT perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

10419614_811092855590409_922388136893118924_n

Tetapi alangkah terperanjatnya apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah SWT kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat daripada Allah SWT.

1506541_1024514227581603_6247325743734583776_n

Dua  Peristiwa Sejarah Lain Yang Berkaitan Dengan  Hari Raya Korban Selain Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. adalah :

nature-sand_00389448

Peristiwa pertama adalah kisah Siti Hajar dan anaknya Ismail a.s yang diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Ibrahim agar meninggalkan mereka di satu kawasan padang pasir yang tandus. Ia kini menjadi tumpuan jutaan umat islam menunaikan rukun islam yang ke lima iaitu Mekah.

khana_kaabah_wallpaper_6-normal

Peristiwa kedua  ialah pembinaan semula Kaabah oleh kedua-dua Nabi Allah yang mulia ini iaitu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh.

Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

‘Dan (ingatlah), ketika kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Jadikanlah sebahagian makam Ibrahim tempat solat.’

Program ibadah Aqiqah & Qurban bersama EZ Qurban lebih murah, mudah dan profesional. Perlaksanaannya akan dilakukan di negara-negara yang umat Islam amat memerlukan makanan seperti di Kemboja, Indenesia, Thailand, Vietnam, Bangladesh dan Filipina.

Mengapa anda digalakkan melaksana Qurban/Aqiqah bersama EZ Qurban ?

1) Mudah Dan Cepat

Semua urusan tempahan dan bayaran boleh dilakukan di laman web EZ Qurban dan pejabat kami.

2) Membantu komuniti Muslim Yang Amat memerlukan

Pihak EzQurban sentiasa memberi keutamaan dalam membantu komuniti Muslim di kawasan pedalaman dan kampung, di mana disebabkan keadaan mereka yang uzur dan kurang berkemampuan, tidak berlaku pembaziran makanan di sana. Masyarakat di sana menggunakan setiap bahagian lembu dan kambing yang di qurbankan dengan sepenuhnya.

3) Pengalaman Luas

Kakitangan EzQurban berpengalaman selama lebih dari 7 tahun melaksanakan qurban dan aqiqah di negara-negara ini.

Kos Penyertaan Ibadah Aqiqah

1 Ekor Kambing-Rm580

Kos Penyertaan Ibadah Qurban

1 Bahagian Lembu- Rm300

1 Ekor Lembu- Rm2,100

1 Ekor Kambing Rm580

*Harga Termasuk 6% GST.

Kepada sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan pihak EZ Qurban Sdn Bhd seperti maklumat berikut :

Facebook: EZ Qurban Sdn Bhd

Instagram: EZ Qurban_Sdn_Bhd

Emel: ezqurban.adm@gmail.com

Whatsapp: +6013 – 318 6984

http://ezqurban.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *