(SEMASA) Mulianya Ramadan, Indahnya Lebaran Kempen Hari Raya Malabar Gold & Diamonds 2024 

Spread the love

Cepat betul masa berlalu…tidak lama lagi lebaran akan menjelang tiba. Hari yang ditunggu ramai umat Islam untuk menyambutnya dengan keluarga tercinta mahupun yang dekat inikan pula yang jauh. 

MALABARKempen Hari Raya Malabar Gold & Diamonds tahun ini bertemakan Mulainya Ramadan, Indahnya Lebaran mengetengahkan rumah papan melayu lama, lebih dikenali Rumah Kampung yang dihiasi indah dengan lampu kelip-kelip dan lampu pelita yang dipasang dikeliling halaman menyambut kedatangan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang. Pastinya ianya mengalukan kepulangan anak cucu ke kampung halaman.

Kita sangatlah beruntung, Ramadan disambut dengan penuh kesempurnaan; bersahur,  berbuka puasa bersama keluarga, solat tarawih dan moreh bersama. Ramai di luar sana menyambut Ramadan dengan serba kekurangan, suasana yang kucar kacir, diselubungi ketakutan dan kesedihan dengan kehilangan orang yang disayangi di bulan Ramadan ini. Jadikan lah ianya iktibar untuk kita tidak leka dan memgambil setiap peluang yang ada untuk menikmati bersama keluarga – pastikah kita dapat bersama di Ramadan dan Syawal nanti?

Lebaran pastinya akan dilengkapi dengan serba baru. Busana dan tudung yang sedondon, tidak sempurna tanpa seutas gelang emas atau pun rantai di leher. Barangan kemas bukan lagi pembaziran, emas terbukti mempunyai nilai pelaburan yang menguntungkan. Jika mampu, hadiahkan seutas rantai atau cincin emas sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan kita kepada yang tersayang. Pemberian ini pastinya akan membahagiakan yang tersayang. Lebih lebih lagi terdapat pelbagai koleksi yang unik lagi eksklusif disajikan di kedai-kedai emas Malabar Gold & Diamond.

Koleksi istimewa sempena Aidilfitri direka khas oleh pereka-pereka antarabangsa dari 13 buah negara dengan kerjatangan yang begitu halus dan terperinci. Dan pastinya rekaan yang diketengahkan sesuatu yang lain dari yang lain.

Matlamat utama Malabar Gold & Diamonds adalah untuk memberikan sesuatu yang unik dan istimewa kepada peminat barangan kemas tempatan. Rekaan yang cantik, harga yang mampu milik dan yang paling utama ialah kepuasan kepada pelanggan dengan pengalaman perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

Keistimewaan tawaran di Malabar Gold & Diamonds ialah pembelian balik 100% tanpa susut barangan emas atau berlian yang dibeli dari Malabar. Walaubagaimanapun sempena promosi Hari Raya ini, tawaran 100% tanpa susut nilai diberi kepada barangan emas lama pelanggan yang dibeli dari mana-mana kedai lain dengan pembelian barangan berlian. Sekiranya, pelanggan tidak membeli barangan berlian dan ingin menukarkan balik barangan emas lama mereka, Malabar akan membeli balik barangan emas lama dengan potongan hanya 8%. Contohnya sekiranya harga emas yang dijual di Malabar Gold & Diamonds hari ini RM324 se gram, barangan emas lama pelanggan akan dibeli dengan harga RM298.  Dan sekiranya pelanggan ingin mendapatkan tunai, potongan hanya 5% akan dikenakan untuk barangan yang dibeli di Malabar Gold & Diamonds.

Koleksi Hari Raya tahun ini menampilkan koleksi NOUR yang diinspirasikan dari Timur Tengah dimana warna emasnya lebih matte dan tampil lebih elegant dan tidak begitu berkilauan.  Koleksi BELLA pula dengan rekaan yang lebih kontemporary dengan kombinasi emas putih, emas rose dan emas kuning. Koleksi yang diinspirasikan dari elemen flora dan fauna, ELLAN menampilkan rekaan 3D dimana kelopak-kelopak bunga lebih mekar dan menarik.

Malabar Gold and Diamonds yang telah berada di Malaysia sejak 2015 dengan 9 bilik pameran di Malaysia diantaranya di Ampang Point, Jalan Bunus; Masjid India; Klang; Seremban Mydin Mall, Seremban 2 dan Mydin Mall, Subang Jaya, Penang dan Ipoh.

Empayar perniagaan Malabar Gold & Diamond bermula pada tahun 1993 di Kerala India oleh Pengasasnya M. P. Ahammed. Beribu pejabat di Kerala India dan Dubai, kini, terdapat lebih 340 cawangan Malabar Gold & Diamonds di serata negara; India, Dubai, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Oman, Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Turkey dan Australia dan baru-baru ini jenama Malabar Gold & Diamonds telah mendapat pengiktirafan dari Delloitte Global Luxury Goods, sebagai jenama mewah


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *