(SEMASA) NESTLÉ OMEGA PLUS terus memerangi kolesterol tinggi dengan perisa coklat baharu, Dark Choc

Spread the love

NESTLÉ OMEGA PLUS terus memerangi kolesterol tinggi dengan perisa terbaharu, Dark Choc yang cukup istimewa! Diperbuat daripada kebaikan susu dan koko yang lazat, versi perisa coklat ini menawarkan satu pilihan minuman baharu buat sesiapa yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat jantung.

Hari ini, penyakit jantung kekal menjadi pembunuh No.1 di Malaysia. Lebih membimbangkan lagi, kolesterol tinggi yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung menjejaskan 8 juta (hampir 40%) orang dewasa di Malaysia. Justeru, kita harus sentiasa memantau dan mengurus tahap kolesterol kita, dan ini dapat dicapai menerusi amalan gaya hidup yang sihat dan aktif, seperti berjalan kaki sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari, serta digandingkan dengan diet yang sihat jantung.

Sebagai pendukung kesihatan jantung yang terkemuka di Malaysia, NESTLÉ OMEGA PLUS telah menerajui kesedaran kesihatan jantung melalui pelbagai inisiatif sejak dua dekad yang lalu. Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu, Nestlé (Malaysia) Berhad, Lam Pui Yuee berkongsi, “Kami telah menghasilkan varian Dark Choc ini dengan mengambil kira keperluan rakyat Malaysia. Kami berharap semoga dengan menawarkan pelbagai perisa, kami akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengambil NESTLÉ OMEGA PLUS dua kali sehari bagi membantu menguruskan paras kolesterol mereka.”

NESTLÉ OMEGA PLUS Dark Choc menawarkan manfaat ActiCol® yang sama, iaitu 1.2g sterol tumbuhan yang terbukti secara saintifik dapat membantu menyekat penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah[i]. Selain merendahkan paras kolesterol, NESTLÉ OMEGA PLUS Dark Choc turut menawarkan kebaikan tambahan koko yang lazat. Hanya 2 gelas sehari dapat memenuhi 100% keperluan kalsium harian serta 11 vitamin & mineral penting[ii].

Penjagaan kesihatan jantung tidak pernah semudah dan selazat ini, iaitu dengan hanya dua gelas NESTLÉ OMEGA PLUS Dark Choc sehari!

NESTLÉ OMEGA PLUS Dark Choc kini boleh didapati di gedung runcit utama di seluruh negara dan didatangkan dalam dua saiz, iaitu pek 550g dan 900g.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *