(SEMASA) Nikmati kempen ‘Saat-Saat Ramadan & Raya Ribena®’ – Ramadan dan Raya menjadi lebih bermakna dengan hidangan dan minuman yang diolah oleh Chef Selebriti Anis Nabilah bagi menampilkan Ribena® sebagai ramuan  

Spread the love

 

IMG_20160612_122228Petaling Jaya, 17 Jun 2016 – Suntory Beverage & Food Malaysia (SBFM) hari ini memperkenalkan kempen induk Ribena® Moments, yang bermula dengan pelancaran bertema Saat-Saat Ramadan Ribena®. Dalam kempen tersebut, Ribena® bekerjasama dengan Chef Selebriti Anis Nabilah untuk memperbaharui hidangan kegemaran Malaysia dan mencipta resipi unik yang menampilkan Ribena® sebagai bahan utama – tepat untuk Ramadan dan Raya. 

 Apam Kukus Ribena-tile

“Kebaikan buah-buahan Ribena® telah lama dinikmati oleh berbilang generasi dari pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia selama lebih daripada 75 tahun. Sebagai jenama pilihan ramai, kami ingin memberikan sentuhan istimewa Ribena® kepada saat-saat istimewa dalam kehidupan rakyat Malaysia, menjadikan ia Saat-Saat Ribena® (Ribena® Moments). Sejajar dengan perubahan citarasa dalam pemilihan makanan dan minuman tahun demi tahun hingga kini, Ribena® juga menampilkan perubahan untuk memenuhi permintaan dan citarasa para pengguna di Malaysia. Pengguna hari ini mementingkan makanan dan minuman yang bukan sahaja sedap, malah berkhasiat dan menyihatkan, maka kami percaya bahawa Ribena® yang dihasilkan daripada buah blackcurrant New Zealand sahaja, bebas daripada pewarna dan pemanis tiruan, mampu menjadi pilihan sihat dan menyelerakan untuk menjadikan saat istimewa Saat-Saat Ribena®,” kata Lee Hon Tong, Pengurus Besar Serantau, Suntory Beverage and Food Malaysia, Singapore, Hong Kong.

Perasmian yang diadakan di Mydin Mall USJ turut dihadiri Rodney Tan, Ketua Pemasaran SFBM dan Chef Selebriti Anis Nabilah. Pada majlis itu, Chef Anis Nabilah menunjukkan cara membuat lempeng kelapa dan minuman jus delima Ribena® gaya baru yang menggunakan Ribena® dalam resipinya. Kesemua hadirin dan juga kanak-kanak dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir turut menyertai majlis berbuka puasa.

“Musim perayaan sering menjadi masa sesuai bagi rakyat Malaysia mencuba resipi baru sebagai pelengkap kepada hidangan tradisional, jadi kami mengambil keputusan  bekerjasama dengan Chef Selebriti Anis Nabilah untuk memberi nafas baru kepada hidangan kegemaran ramai dengan menambah sentuhan Ribena®. Untuk berkongsi lebih banyak Saat-Saat Ribena® dengan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia, kami

berbesar hati kerana berpeluang menerima tetamu dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir untuk majlis berbuka puasa,” tambah Lee.

Secara keseluruhan, Chef Selebriti Anis Nabilah menghasilkan lapan resipi ekslusif yang menampilkan Ribena® sebagai bahan utama untuk kempen Saat-Saat Ramadan & Raya Ribena®. Selain lempeng kelapa dan minuman delima Ribena®, resipi lain yang dihasilkan ialah apam kukus, tat nanas Ribena®, kek Jaffa, minuman campuran Ribena® dengan mangga dan nanas, minuman ros dan serai Ribena®, dan minuman asam boi dan limau kasturi Ribena®. Kesemua resipi boleh didapati di laman www.facebook.com/RibenaMalaysia .

 IMG_20160612_122851

Majlis pelancaran hari ini menjadi pembuka kepada siri jelajah Saat-Saat Ramadan & Raya Ribena® bermula di Mydin Mall USJ di Subang Jaya dari 17 hingga 19 Jun 2016. Diadakan di Concourse bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, jelajah ini menampilkan demonstrasi masakan oleh Chef Selebriti Anis Nabilah, permainan, pensampelan dan jualan produk Ribena® serta penampilan maskot Ribena® Berry. Jelajah ini akan turut berada di:

  • Giant Stadium Shah Alam dari 24 – 26 Jun
  • Aeon Big Wangsa Maju dari 1 – 3 Julai

Untuk maklumat lanjut mengenai Ribena® dan aktiviti akan datang, ikuti Ribena® Malaysia di Facebook www.facebook.com/RibenaMalaysia  atau hubungi Careline di 1-800-38-1231 (Isnin ke Jumaat: 9 pagi hingga 5 petang).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *