(SEMASA) NIVEA MEN – MYPADANG MUSIM KE LIMA ‘THE START OF YOUR LEGEND’ MEMPERKASA MUTU BOLASEPAK DARI AKAR UMBI BERSAMA LAGENDA REAL MADRID

Spread the love

Seorang lagenda merupakan individu yang mempunyai keinginan serta sikap positif untuk menjadi yang terbaik. Walaupun mempunyai keingingan untuk mencapai kejayaan namun individu-individu yang berpotensi ini semestinya diberikan peluang bagi memenuhi azam dan cita-cita mereka.

MyPadang – dikuasakan oleh NIVEA MEN – merupakan inisiatif berterusan yang menawarkan peluang dan sokongan kepada pemain muda bola sepak di Malaysia. Menerusi MyPadang, anak-anak muda ini dapat mengasah kemahiran mereka melalui bimbingan jurulatih untuk meningkatkan tahap kemahiran dan membina keyakinan mereka di dalam mahupun di luar padang.

“Di NIVEA MEN kami percaya untuk menjadi seorang lagenda, segalanya bermula darimu. NIVEA MEN boleh membantu anda bersiap sedia untuk menangani peluh, minyak dan kotoran supaya anda lebih berkeyakinan. Berbekal keyakinan, sikap yang positif serta peluang yang diberikan sesiapa sahaja boleh menjadi seorang lagenda! Kami bangga menyokong inisiatif MyPadang dalam membantu individu-individu ini menunjukkan potensi sebenar mereka untuk dibawa ke tahap yang lebih tinggi, “kata Ng Hock Guan, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia.

Bagi meneruskan usaha mereka untuk memajukan mutu bola sepak Malaysia dari akar umbi, tahun ini MyPadang mengalu-alukan lima lagenda bola sepak yang terdiri daripada bekas bintang Real Madrid iaitu Fernando Morientes, Michel Salgado dan Aitor Karanka bersama-sama dengan bintang bola sepak tempatan Syed Adney dan Robbie Cornthwaite dalam perlawanan persahabatan menentang lima pemain akar umbi terbaik.

Menerusi perlawanan secara langsung selama 30 minit antara Pasukan Lagenda dan Pasukan NIVEA MEN, pemain-pemain muda Malaysia diberikan pengalaman seumur hidup! Mereka sepasukan telah merancang strategi dalam usaha mengekang kemaraan bintang-bintang bola sepak lagenda. Perlawanan menakjubkan ini mempamerkan semangat berpasukan dan persahabatan di kalangan pemain-pemain di atas padang dimana menang atau kalah bukan soalnya.  

“Tidak pernah saya impikan berpeluang untuk bermain menentang lagenda-lagenda bola sepak – tetapi oleh kerana peluang yang diberikan oleh NIVEA MEN dan MyPadang, impian saya akhirnya menjadi kenyataan! Kami amat menghargai peluang dan pengalaman pembelajaran ini – ianya tidak ternilai “, kata Muhammad Hiqmar Daniel bin Hidzir dari Pasukan NIVEA MEN.

Sempena pelancaran kempen ini, NIVEA MEN menawarkan peluang kepada peminat-peminat bola sepak dengan menjadi pembeli utama produk NIVEA MEN untuk berpeluang memenangi dua tiket untuk menyaksikan pasukan lagenda Real Madrid beraksi secara langsung, di Madrid, Sepanyol!

Antara rangkaian produk NIVEA MEN DEEP termasuk NIVEA MEN DEEP Mud Foam dengan tindakan 3x untuk kawalan minyak 8 jam, kulit lebih cerah dan sifat detoksifikasi, dan Deodoran NIVEA MEN DEEP juga dengan 3x tindakan anti-bau, anti-peluh dan perlindungan anti-bakteria . Produk ini boleh didapati di semua kedai dan farmasi utama di seluruh negara dalam format dan harga runcit berikut:

RM18.90 NIVEA MEN DEEP Mud Foam 100g

RM17.26 NIVEA MEN DEEP Deodorant Spray 150ml

RM11.90 NIVEA MEN DEEP Deodorant Roll-On 50ml

Ikuti https://www.facebook.com/myniveamen/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai NIVEA MEN dan MyPadang, dan bagaimana untuk memenangi tiket untuk meyaksikan perlawanan secara langsung Real Madrid di Sepanyol! Untuk maklumat lanjut mengenai produk NIVEA MEN, sila layari https://www.niveamen.com.my/.

Untuk muatnaik di laman social sila hashtag:

#myNIVEA

#MYpadang


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *