(SEMASA) NUBEX PERKENAL SYILING EDISI TERHAD LEO PELENGKAP KOLEKSI SIRI KHAS ZODIAK

Spread the love

Petaling Jaya, 31 Julai 2017 – Nubex Sdn Bhd, pengeluar dan pengedar sah untuk jongkong emas dan logam bernilai lain di Malaysia hari ini memperkenalkan syiling khas Leo sebagai pelengkap kepada tawaran syiling khas Zodiak yang dilancarkan semenjak November tahun lalu. Dengan jumlah pengeluaran terhad 3000 keping sahaja, Nubex adalah pelopor kepada penghasilan syiling khas bertema di Malaysia untuk pelbagai acara rasmi dan cenderamata korporat.

Koleksi syiling khas Leo tampil dalam saiz 25mm dengan berat 3.11g menerusi kemasan perak tulen 999.0 beserta sijil dan kad perakuan sesuai disimpan sebagai koleksi unik mahupun sebagai hadiah cenderamata. Koleksi syiling yang menampilkan personaliti Leo direka menerusi cetakan motif raksasa menzahirkan keunikan sisi lain individu berbintang Leo. Syiling ini ditawarkan dengan harga apungan di antara RM17 – RM21 (tertakluk kepada pasaran harga perak harian) seunit menerusi laman dagang Nubex Sdn Bhd di www.nubex.my

“Nubex Sdn Bhd mulai memperkenalkan siri syiling khas ini pada 30 November 2016 yang lalu menerusi syiling Capricon. Menerima sambutan ramai, kami terus optimis menghasilkan syiling zodiak secara bulanan istimewa buat pengumpul syiling edisi khas mahupun mereka yang mahu berjinak dalam simpanan perak dan emas,” menurut Bakhtiar Abd Majid, Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd. Sehingga kini, sebanyak 7 koleksi daripada siri Zodiak telah dikeluarkan oleh syarikat ini.

Maklumat berkaitan mengenai siri khas koleksi syiling Zodiak turut boleh didapati menerusi laman mikro www.zodiacmonsters.com. Tambah menarik, pembeli boleh menyenaraikan nama beserta nombor rujukan khas syiling perak di laman ini untuk rekod atas talian selain kemudahan jualan semula di masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut berkenaan syiling dinar emas dan dirham perak lain, layari laman atas talian www.nubex.my. Ikuti laman sosial Nubex di Facebook dan Instagram menerusi akaun @nubex_my untuk jualan produk terkini dan perkembangan semasa.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *