(SEMASA) Orchid Bekerjasama dengan Watsons Malaysia untuk Mengumumkan Pemenang Pertandingan Orchid ‘Be Yourself’ yang Pertama

Petaling Jaya, 8 Mac 2017 – Peringkat akhir pertandingan Orchid ‘Be Yourself’ yang julung-julung kali diadakan nyata memeriahkan pusat membeli-belah Alamanda di Purajaya. Finalis-finalis yang berbakat telah memberikan yang terbaik dalam aspek lakonan, nyanyian dan tarian demi merebut peluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM6,000, produk eksklusif pembersih khusus wanita Orchid, serta pengalaman sekali seumur hidup untuk membintangi filem pendek bersama duta jenama Orchid, Sazzy Falak, yang akan diterbitkan oleh produksi tempatan terkenal, Metrowealth International Group (MiG)!

Dalam usaha memperkasakan lebih ramai wanita di Malaysia untuk berbincang tentang topik kebersihan intim secara lebih terbuka, rangkaian produk pembersih khusus wanita yang semakin popular, Orchid, telah menganjurkan pertandingan ‘Be Yourself’ buat pertama kalinya.

Penganjuran ini diadakan sempena kempen #Malu?TakMalu! yang menggalakkan golongan wanita untuk turut serta dalam perbincangan topik tersebut.

Tempat pertama pertandingan ‘Be Yourself’ jatuh kepada Hamiza Hanapi, 32, Selangor, manakala Noor Lyianna Binti Akhir Rudin, 25, Selangor, berjaya menduduki tempat kedua. Sharifah Norbaizura Binti Syied Mohd Safie, 32, yang juga berasal dari Selangor pula, diumum sebagai pemenang tempat ketiga. Pertandingan itu diadili oleh pelakon, pengacara TV terkenal tanah air yang juga merupakan duta jenama Orchid, Sazzy Falak; Tan Joo In dari Orchid dan Carrol Tan dari Watsons Malaysia.

Peringkat akhir pertandingan Orchid ‘Be Yourself’ turut disertai oleh peruncit produk kesihatan, kesejahteraan dan penyelesaian kecantikan yang beroperasi menerusi lebih 400 stor di seluruh Malaysia, Watsons Personal Care Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Watsons Malaysia). Sehingga kini, Watsons Malaysia menawarkan 1,000 jenama yang melibatkan ubat-ubatan, suplemen kesihatan, penjagaan kulit, produk kelengkapan dandanan diri dan kosmetik.

Produk-produk Orchid boleh didapati di semua cawangan Watsons di seluruh negara.

Pelbagai bakat dipersembahkan seperi lakonan, nyanyian, tarian, malah seni mempertahankan diri. Pertandingan itu mendapat sambutan hangat apabila menerima beratus-ratus penyertaan menerusi laman media sosial Orchid.

Seramai 12 orang peserta kemudian disenarai pendek dan semakin hampir untuk merebut hadiah yang cukup bernilai ini.

Pertandingan Orchid ‘Be Yourself’ yang berlangsung di laman Facebook rasmi Orchid mulai 30 Mei hingga 30 November tahun lalu menyaksikan banyak penyertaan diterima daripada wanita Malaysia yang yakin, moden dan berbakat besar.

“Wanita-wanita ini memiliki ciri-ciri penghibur – bakat dan kualiti persembahan yang mengagumkan. Dari apa yang kami boleh lihat di sini, mereka yang berjaya telah membuat perancangan terperinci dan latihan sewajarnya. Namun begitu, tiga orang peserta teratas berjaya mengalahkan yang lain menerusi penampilan pentas, keyakinan, interaksi dengan penonton, persembahan dan kreativiti. Secara keseluruhannya, bakat yang ditunjukkan dalam pertandingan ini cukup mengagumkan,” kata Sazzy.

Produk pembersih khusus wanita Orchid dengan Aktif Pencerah Kulit mengandungi bahan-bahan tradisional yang menyegar dan membersih seperti Manjakani, Kacip Fatimah dan Daun Sirih. Bahan-bahan ini menyahbau, mencerah dan memelihara kulit agar lembut. Sekali gus menyediakan satu penyelesaian yang seimbang untuk apa jua jenis kulit. Formula yang lembut telah direka untuk meningkatkan aspek kebersihan, keselesaan dan seimbang dari segi keintimannya. Pada masa sama membantu mengurangkan rasa tidak selesa yang disebabkan oleh perubahan pH pada bahagian intim yang tidak seimbang.

Produk pembersih khusus wanita Orchid hadir dalam tiga varian iaitu Intim, Romantis dan Anggun. Botol dengan bentuk faminin berkapasiti 210ml itu ditawarkan pada harga RM4.75 sebotol dan kini boleh didapati di seluruh negara.

Pengurus Produk, Isi Rumah & Penjagaan Peribadi, Divisyen Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Cik Tan Joo In berkata pertandingan itu bermatlamat menggalakkan lebih ramai wanita untuk tampil ke depan dan rasa bangga dengan kewanitaan mereka; di samping tanpa rasa malu untuk menangani kebimbangan yang mungkin membuatkan mereka berasa resah atau kurang yakin.

“Kami amat gembira melihat semakin ramai wanita Malaysia tampil untuk turut serta dalam perbincangan tentang keintiman wanita dan mengambil bahagian dalam pertandingan ‘Be Yourself’ ini. Selain menjadi lebih yakin, mereka yang turut serta boleh berkongsi maklumat dan melibatkan diri dalam perbincangan ini. Tambahan lagi, kami juga boleh membangunkan satu komuniti wanita yang mengambil berat tentang aspek kebersihan dan kesejahteraan hidup mereka secara keseluruhannya,” kata Tan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Orchid #Malu?TakMalu! dan tip-tip terbaik mengenai kebersihan intim, sila layari pautan https://www.facebook.com/NewOrchidBrand/.

Senarai Pemenang dan Komen Mereka  

 

Kedudukan Nama Hadiah & Bakat & Komen
Tempat pertama Hamiza Hanapi

 

 

Bakal membintangi satu filem pendek dengan Sazzy Falak keluaran MiG + RM3,000 + hamper produk Orchid
Komen

Terima kasih Orchid kerana memberi saya peluang yang hebat ini! Saya menerima sokongan yang tidak berbelah bagi daripada kawan-kawan dan keluarga untuk menyertai pentandingan ini. Saya mengambil masa yang lama untuk membuat persediaan dan menjadikan persembahan lebih sempurna, tetapi ia nyata sangat  berbaloi. Kepada semua wanita di luar sana, jangan lupa untuk sentiasa yakin dan jadilah diri anda sendiri! Jangan malu dan tunjukkan kemampuan anda!

 

Tempat Kedua Noor Lyianna Binti Akhir Rudin RM2,000 + hamper produk Orchid
Komen

Saya memang pengguna setia produk pembersih khusus Orchid kerana ia bukan sahaja membersih, malah membuatkan saya rasa segar sepanjang hari. Saya masih tidak percaya saya berjaya memenangi tempat kedua dalam pertandingan ini! Terima kasih Orchid kerana menyediakan platform kepada saya dan semua wanita di luar sana!

 

Tempat Ketiga Sharifah Norbaizura Binti Syied Mohd Safie RM1,000 + hamper produk Orchid
Komen

Persaingan memang sengit, saya terkejut juga kerana berjaya menjadi menjadi 3 peserta teratas! Ada ramai wanita muda yang cukup berbakat di sini pada hari ini dan memberikan persembahan terbaik. Terima kasih Orchid!

 

Senarai Peserta Akhir

No. Nama Umur Asal
1. Ayi Alhamrah 29 Kuala Lumpur
2. Hamiza Hanapi 32 Klang, Selangor
3. Noor Lyianna Binti Akhir Rudin 25 Petaling Jaya, Selangor
4. Norfitriana Binti Yunus 24 Kuching, Sarawak
5. Norhidayah Binti Abdullah 21 Taiping, Perak
6. Norlida Binti Ismail 37 Kuala Lumpur
7. Nur Diana Shazleen 22 Sungai Petani, Kedah
8. Nur Liyana Binti Ismail 25 Kuala Lumpur
9. Nurul Syakirah Binti Roslan 21 Klang, Selangor
10. Rodiah Binti Abdul Mokti 30 Tronoh, Perak
11. Sharifah Norbaizura Binti Syied Mohd Safie 32 Sungai Buloh, Selangor
12. Yasmin Izureen 20 Kuala Lumpur

-TAMAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *