(SEMASA) Pantas, Mudah dan Lazat Untuk Makan Malam Keluarga Organik dengan Alce Nero

Spread the love

Malaysia telah beralih ke fasa endemik COVID-19, dan kebanyakan daripada kita sudah kembali ke pejabat namun keluarga masih memerlukan makan malam selepas seharian bekerja. Sering makan di luar tetapi harga makanan semakin meningkat di seluruh dunia. Apa yang anda boleh lakukan? Aplikasikan kemahiran memasak anda yang telah diasah semasa era bekerja dari rumah, pilih makanan yang cepat, mudah dan boleh membuka selera seluruh keluarga anda.

Di mana anda boleh mulakan? Sudah tentu dengan pasta!

Pasta adalah kegemaran di kalangan penduduk bandar di Malaysia kerana  bentuk dan rasanya seperti mi tempatan, boleh dimasak bersama dengan pelbagai masakan, boleh diubah suai mengikut tahap kemahiran dan selera, serta berkhasiat dan menyihatkan. Bagi ibu bapa yang sibuk, menu pasta boleh dihidang dengan cepat dan mudah, mengurangkan bilangan periuk dan kuali untuk dicuci selepas makan. Pasta yang telah dimasak boleh disejukkan dan dipanaskan semula, menjadikannya sesuai sebagai hidangan pra-siap dan lebihan pasta dijadikan bekal untuk makan tengah hari.

Alce Nero, peneraju dalam makanan organik termasuk, pasta, sos pasta, madu, jem, minyak zaitun dan cuka epal dan banyak lagi, memperkenalkan empat resipi pasta ringkas yang boleh anda cuba dan sesuaikan untuk menjimatkan masa apabila menyediakan masakan makan malam, dan menikmati lebihan makanan untuk makan tengah hari. Resipi ini diinspirasikan oleh Retna Vijayan, seorang pemilik perniagaan dan ibu kepada tiga orang anak, yang memasak untuk makan malam bagi lima orang setiap malam minggu.

Pasta Organik Alce Nero yang lazat dan digandingkan dengan sempurna bersama Sos Pasta Organik Alce Nero untuk hidangan yang cepat dan lazat. Pasta didatangkan dalam neutral, atau tricolore, campuran pasta berwarna dan berperisa semula jadi menggunakan tomato dan bayam untuk khasiat sayur-sayuran dan serat. Kanak-kanak menyukai hidangan pasta tricolore kerana warna pasta yang berwarna – warni dapat meningkatkan minat. Pasta Organik Alce Nero yang dibuat dan ditarik dengan gangsa, kaedah penyemperitan untuk tekstur pasta yang lebih kasar dan berliang, sesuai untuk penyerapan sos. Ia dibuat menggunakan gandum durum yang ditanam secara organik, tidak mengandungi bahan pengawet atau bahan tiruan seperti gula. Pasta ini dibuat di Itali dan rendah lemak serta natrium, tinggi protein dan merupakan sumber serat yang baik.

Alce Nero juga mempunyai rangkaian baharu Kid’s Pasta, Alce Nero Kid Pasta Sports Shape Tricolore yang menerima Penarafan 5 Bintang, dan penarafan tertinggi, dari Motherhood Malaysia[1].

Resipi sos pasta termasuk tomato berkrim, pesto basil, karbonara dan tomato herba. Semua resipi boleh diubah suai agar sesuai dengan golongan vegetarian dan tidak mengandungi daging atau makanan laut. Untuk penyediaan cepat, makanan laut beku dan daging yang telah diprosess boleh digunakan. Sos mengandungi herba untuk meningkatkan kandungan serat tetapi anda boleh mengurangkan atau menambah secukup rasa.

Creamy Tomato Clam Spaghetti

Makanan keselesaan yang menggabungkan kesedapan Sos Pasta Organik Alce Nero dengan sayur-sayuran dan kekayaan krim, rasa masin kerang dan kesegaran pasli dalam al dente Alce Nero Organic Spaghetti Tricolore. Sangat membangkitkan selera terutamanya apabila dinikmati pada hari hujan.

Masak air sehingga mendidih dan masukkan garam serta Alce Nero Organic Spaghetti Tricole. Tutup periuk dan masak selama 6 minit atau al dente. Pada masa yang sama, tumiskan bawang putih, pasli yang telah dicincang dan kerang sehingga kerang keperangan. Simpan sedikit kerang yang telah dimasak untuk hiasan. Dengan menggunakan penyepit makanan, masukkan pasta al dente ke dalam kerang, tambahkan tomato ceri yang dipotong dua dan Sos Pasta Organik Alce Nero yang mengandungi sayur-sayuran dan biarkan sehingga masak. Terdapat banyak khasiat sayur-sayuran dalam sos untuk hidangan satu periuk yang seimbang. Masukkan cooking cream dan kacau. Jika anda suka sos yang banyak, tambah setengah cawan air rebusan pasta tadi dan kacau sehingga sebati.

Hiaskan dengan sedikit pasli dan kerang yang telah disimpan tadi. Parut sedikit keju di atas pasta jika anda suka keju.

Masa penyediaan: 10 minit, masa memasak 10 minit, hidangan 5 pax

Fusilli with Basil Pesto (Sesuai untuk Vegetarians)

Jika anda  gemar memasak pada hujung minggu, kisar atau tumbuk pesto pada hujung minggu, simpan di dalam balang kaca dengan lapisan minyak zaitun yang nipis di atasnya untuk memastikan pesto tetap hijau dan segar. Resipi pesto fusilli vegetarian ini boleh dibuat dalam masa 15 minit untuk hidangan ringan, menyegarkan, lebih berserat dan penuh rasa. Bagi saya, pesto dan pasta pendek seperti fusilli akan serasi bila digandingkan bersama kerana ia mempunyai luas permukaan yang besar dan pes pesto mudah melekat padanya. Menggunakan pasta yang ditarik dengan gangsa, kaedah penyemperitan seperti Alce Nero Organic Tricolore Fusilli membantu sos melekat lebih baik untuk hidangan yang lebih berair dan berperisa.

 

Sediakan kuali di atas api yang sederhana, masukkan pasta yang ditos dan dua sudu besar pesto untuk 100 gram pasta. Kacau hingga sebati tuangkan satu per empat cawan air rebusan pasta untuk mencairkan pesto dan saluti setiap lingkaran fusilli. Tambahkan lebih banyak air rebusan pasta untuk pesto yang lebih sos atau kuah.

Hiaskan dengan daun selasih dan kacang panggang serta titisan pesto di atas pinggan.

Variasi: Untuk menyediakan salad pesto pasta, tambah satu cawan tomato berbiji dan dipotong dadu, saderi, kacang pea dan timun ke dalam pasta pesto. Tambahkan lagi pesto untuk berkrim.

Untuk salad pesto dengan ayam, letakkan pasta pesto dengan daging panggang yang dicincang atau ayam rebus.

Masa penyediaan: 10 minit, masa memasak 12 minit, hidangan 5 pax

Creamy Beef Spaghetti Carbonara

Karbonara lebih enak dengan daging lembu, tetapi anda boleh menggunakan daging lembu yang dihiris nipis atau dicincang. Karbonara Itali OG hanya menggunakan telur untuk sos tetapi ini adalah variasi kurang telur dan lebih berkrim. Pilih pasta karbonara jenis panjang untuk menikmati hidangan yang memuaskan kerana sos berkrim menyaluti pasta sepenuhnya. Alce Nero Organic Spaghetti Tricolore Pasta yang ditarik dengan gangsa, kaedah penyemperitan Alce Nero adalah gandingan yang sempurna untuk karbonara kerana ia sebati dengan sos, dan helaian pasta hijau dan oren yang cantik mengandungi bayam dan tomato untuk lebih banyak serat.

Panaskan minyak zaitun dan mentega, masukkan bawang putih dan masak lebih kurang seminit, kemudian masukkan daging lembu, pasli dan separuh lada hitam. Pada masa yang sama, pukul telur, keju dan krim. Keluarkan daging lembu yang telah digoreng dari kuali. Kecilkan api, masukkan sedikit air rebusan pasta ke dalam kuali untuk mendapatkan sos yang lazat. Masukkan spageti al dente dengan cepat dan kacau hingga bersalut dengan sos. Masukkan adunan telur dan kacau dengan kuat dan sekata. Tambah satu perempat cawan air rebusan pasta untuk sos yang lebih cair. Masukkan daging lembu yang telah digoreng ke dalam spageti karbonara yang beruap dan berkrim. Gaul sebati.

Hidangkan segera, hiaskan dengan daging lembu goreng yang telah digoreng tadi dan pasli segar, taburan lada kisar segar dan sedikit sos karbonara.

Telur dan daging lembu mengandungi protein yang mencukupi untuk hidangan yang seimbang. Tambah salad sebagai sampingan.

Masa penyediaan: 10 minit, masa memasak 12 minit, hidangan 5 pax

Shrimp in Basil Tomato Sauce Alphabet Pasta

Udang dalam sos tomato basil ini mudah disediakan dan digandingkan dengan baik dengan mana-mana pasta tetapi sangat menarik dengan Alce Nero Kids’ Pasta Alphabet Shapes! Ini adalah caranya:

Masak 500 gram Alce Nero Organic Kids’ Pasta Alphabet Shapes mengikut arahan di pek. Tos dan ketepikan.

Dalam kuali atau kuali besar yang rata, cairkan mentega dengan minyak zaitun. Masukkan bawang putih dan tumis selama seminit. Seterusnya masukkan stok ayam, kepingan lada merah, lada hitam dan biarkan mendidih selama 2 minit atau sehingga cecair berkurangan separuh. Masukkan udang dan tumis hingga sedikit warna bertukar menjadi pink. Kacau basil dan tuangkan ke dalam sebotol Sos Pasta Organik Alce Nero dengan Basil. Panaskan.

Untuk hidangan: Di atas pinggan besar letakkan pasta. Tuangkan udang dengan sos tomato. Hiaskan dengan lebih banyak basil.

Masa penyediaan: 10 minit, masa memasak 10 minit, hidangan 5 pax

Konsep ladang-ke-meja oleh Alce Nero diwujudkan dengan kerjasama dengan rangkaian petani organik, menjadikan hasil lebih khasiat. Barisan keluaran organik Itali tulen jenama ini adalah meluas dan 100% organik yang diperakui oleh undang-undang Kesatuan Eropah dan Pertanian Organik JAS di Jepun.

Rakyat Malaysia boleh menggunakan produk Alce Nero dengan yakin kerana ia disahkan Halal oleh badan pensijilan rasmi yang diiktiraf oleh JAKIM.

Produk Alce Nero boleh didapati di AEON, Ben’s, Cold Storage, Giant, Jaya Grocer, Village Grocer, TF Value dan melalui Kedai Rasmi Ayam Brand Shopee (https://shopee.com.my/ayambrandofficialstore) & Ayam Brand Lazada Official Store (https://www.lazada.com.my/shop/ayambrandofficialstore/?spm=a2o4k.pdp_revamp.seller.1.30644608WzkzAm&itemId=2752355805&channelSource=pdp)

Untuk resipi yang lebih sihat, unik dan organik yang anda dan anak kecil anda boleh nikmati bersama, sila layari https://alcenero.asia/recipes.html

dan laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/.

[1] https://www.motherhood.com.my/motherhood-marketing/baby-food/family-food/food-staples-cooking-essentials/mamacubatry-alce-nero-organic-tricolore-pasta.html


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *