(SEMASA) PELANCARAN BAHARU: S7 MAXX AI STRETCH-ROBOT PERTAMA DI DUNIA DARIPADA GINTELL

Spread the love

(PUTRAJAYA, 18 APRIL 2026)GINTELL, rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Malaysia telah berjaya melancarkan S7 MAXX AI Stretch-Robot pertama di dunia di LG East Court, IOI City Mall Putrajaya pada jam 3 petang hari ini—menandakan satu pencapaian penting dalam inovasi kesejahteraan pintar.

Majlis pelancaran tersebut telah dihadiri oleh pihak pengurusan GINTELL, pihak pengurusan IOI City Mall, duta GINTELL, Dato’ Jalaluddin Hassan dan Amber Chia, berserta para tetamu VIP dan rakan media.

Kemuncak acara adalah pelancaran rasmi GINTELL S7 MAXX AI Stretch-Robot—bukan sekadar kerusi urut, tetapi sebuah Stretch-Robot generasi baharu. Sesi bergambar berkumpulan turut diadakan untuk saat istimewa ini, diikuti dengan sesi perkongsian di pentas oleh duta GINTELL, Dato’ Jalaluddin Hassan dan Amber Chia, di mana mereka berkongsi pengalaman serta pandangan mereka mengenai S7 MAXX AI Stretch-Robot.

Memperkenalkan 8 program Bi-Stretch, yang menawarkan pelbagai regangan kaki berasingan untuk melancarkan peredaran darah, mengurangkan keletihan, meningkatkan fleksibiliti sendi serta melegakan ketegangan otot mendalam. Dengan gabungan teknologi Bi-Stretch, Trek LFlex Generasi ke-3 (trek urutan) direka mengikut lengkungan semula jadi tulang belakang dari leher hingga ke pinggul, memastikan liputan urutan yang menyeluruh dan lebih lancar.

Ini meningkatkan keberkesanan regangan melalui penjajaran postur yang lebih baik serta penglibatan otot yang lebih mendalam—sesuai untuk pemulihan sukan dan kecergasan, di samping memberikan manfaat kepada warga emas untuk meningkatkan mobiliti sendi dan mengurangkan kekejangan otot.

Secara keseluruhannya, GINTELL S7 MAXX dikuasai oleh Cip AI Robotic 2.0 dengan 14 cip sedia ada dan dikuasai juga dengan bebola urutan AI-Robo 4D, memberikan urutan yang lebih mendalam, tepat dan menyerupai sentuhan urutan manusia yang sebenar. Ia mampu meningkatkan fleksibiliti sendi sehingga 27% serta mengurangkan kekejangan otot sehingga 15%.

Selaras dengan majlis pelancaran ini, para pengunjung yang hadir juga boleh menikmati rebat istimewa sehingga RM3,000 atau mendapatkan Kusyen Urutan Mickey Mouse Edisi Terhad pada harga RM99 dengan setiap pembelian hari ini. Roadshow GINTELL juga berlangsung dari 14 hingga 26 April 2026, di mana para pengunjung berpeluang memenangi hadiah daripada claw machine”, terdapat juga stesen kudap-kudapan dan serta “photobooth.” Para pengunjung juga boleh menikmati promosi kerusi urut bermula serendah RM999. Untuk pertanyaan lanjut atau pra-tempahan, hubungi +6016-750 0998, layari www.gintell.com atau kunjungi showroom GINTELL terdekat. Tertakluk kepada terma dan syarat.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *