(SEMASA) PELANCARAN DAN PENGUMUMAN HANNAH DELISHA SEBAGAI DUTA EADOS SERUM OLEH ELEGANT COSMETICS

Spread the love

Bertempat di Hotel Tenera, Bangi telah berlangsungnya majlis pelancaran dan pengumuman artis terkenal Hannah Delisha sebagai Duta Eados Serum oleh pihak Elegant Cosmetics.

Jenama yang sebelum ini menggunakan para pempengaruh media sosial (social media influencer) terutamanya pengguna di TikTok yang sering menjadi produk ini sebagai bahan untuk memberikan pandangan dan ulasan dari segi penggunaannya telah mengorak selangkah lagi dengan melantik seorang artis terkenal sebagai duta bagi jenama berkenaan.

Elegant Cosmetics sentiasa memandang jauh untuk membawa jenama ke persada antarabangsa dan melalui perlantikan Hannah Delisha ini, pihak Elegant Cosmetics berhasrat untuk membawa penjenamaan ini ke peringkat lebih besar iaitu di dalam industri hiburan tanahair.

Elegant Cosmetics mula ditubuhkan pada tahun 2020 dan menjadikan produk Elegant Cosmetics Whitening Emulsion sebagai produk perintis mereka yang pertama yang menjengah ke pasaran. Menggunakan sistem ejen dan stokis, Elegant Cosmetics berada gah di pasaran dan produk tersebut berada setanding dengan jenama lain di rak-rak jualan kosmetik lain di kiosk kecantikan terkemuka termasuklah bakal membuat kemunculan terbaru di Sephora.

Bercakap mengenai pemilihan Hannah Delisha sebagai Duta Jenama Elegant Cosmetics, Encik Fitri Khai, Pengasas Bersama Elegant Cosmetics menjelaskan bahawa Hannah Delisha dilantik sebagai duta jenama Elegant Cosmetics yang bakal mempromosi kesemua 8 produk terdiri daripada:

  1. Elegant Cosmetics Whitening Emulsion
  2. Elegant Cosmetics Night Recovery Cream
  3. Elegant Cosmetics Cellulose Face Scrub
  4. Elegant Cosmetics Jeju Detox Cleanser
  5. Elegant Cosmetics Cheeky Blush
  6. Elegant Cosmetics Shine Lipglass – Diana
  7. Elegant Cosmetics Shine Lipglass – Giselle
  8. Elegant Cosmetics EADOS Serum

Elegant Cosmetics juga merupakan penaja utama untuk drama bersiri 60 episod Andai Itu Takdirnya yang dilakonkan oleh Hannah Delisha. Andai Itu Takdirnya ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Jamal Khan, dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Hannah Delisha. Produk Elegant Cosmetics akan berada di dalam beberapa babak dalam drama tersebut.

Pelbagai manfaat tersedia dari Elegant Cosmetics EADOS Serum. EADOS bermaksud Elegant Age Defiance Oilet Serum (EADOS). Seawal usia 17 tahun boleh mula menggunakan Elegant Cosmetics EADOS Serum kerana ia terdiri daripada bahan-bahan natural. Dijual pada harga RM 79.00 (30ml) sahaja.

Fungsi Elegant Cosmetics EADOS Serum  adalah untuk menganjalkan dan melembabkan kulit wajah. Bahan-bahan utama adalah Hibiscus Sabdariffa yang membantu menghasilkan kolagen.

Dapatkan produk terkini Elegant Cosmetics sekarang melalui ejen, stokis berdekatan anda atau melalui TikTok Shop Elegant Cosmetics HQ.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *