Bertempat Ampang Glasshouse Selangor, telah berlangsungnya majlis pelancaran Farra Beauty Tamar Milk Shake’s keluaran Farra Secrect Beauty Sdn Bhd. Usahawan muda dari Kelantan ini turut sama memperkenalkan Breakout Serum yang merupakan antara produk terlaris keluaran syarikat ini.
Bercakap di hadapan lebih 50 wakil stokis dan ejen jualan Kuala Lumpur dan Selangor, pemilik Farra Beauty iaitu Farra Fareez berkata pengalaman menjalankan perniagaan berkaitan kecantikan dan kesihatan ini lebih dari 7 tahun, berjaya membantu ramai terutamanya wanita yang berkerjaya dan berkeluarga sekaligus menambah pendapatan sampingan dalam kehidupan mereka. Beliau juga meluahkan rasa syukur dan menganggap kuasa viral dan kritikan orang ramai terhadap produk – produk di bawah jenama Farra Beauty mampu menjadi pembakar semangat untuk dia terus maju ke hadapan.
Menerangkan serba sedikit berkenaa produk Tamar Milk Shake ini, beliau berkata buah Kurma merupakan sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan pelbagai Iagi. Kebiasaannya ia dimakan semasa bulan Ramadhan kerana ia memberi tenaga untuk tubuh badan kita. Seterusnya buah kurma yang kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamll dan selepas bersalin. Secara umumnya, kurma amat panting kerana ia mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat untuk tubuh badan kita.
Antara manafaat dan kebaikan Tamar Milk Shake keluara Farra Beauty ini antaranya dapat membantu mencerahkan kulit dan tona lebih sekata, melembapkan kulit, memberikan sumber tenaga, rasa leblh kenyang. Ia juga bagus untuk ibu mengandung dan membantu pertambahan susu badan serta mengelakkan gastrik.
Pada majlis itu juga, pihak Farra Beauty turut sama menjemput Little Miss Khan dan Fatin Afeefadi sebagai tetamu undangan untuk memeriahkan majlis.
Bercakap mengenai satu lagi produk keluaran syarikat beliau iaitu Breakout Serum, produk ini dapat menyerikan kulit kusam dan kering, menghilangkan masalah kulit berminyak, mengecilkan liang pori-pori, mengecutkan jerawat dengan cepat, mengurangkan bekas-bekas jerawat dan flek hitam, membuat struktur kulit lebih tegang dan anjal serta melembapkan kulit muka. Ia juga dapat menyamarkan kedutan pada muka hingga leher, mencegah penuaan semulajadi, memberikan kulit muka yang lebih bersinar dan cerah serta menghaluskan serta mencerahkan warna kuit muka.
Serum dari Farra Beauty sudah ada di pasaran manakala produk Tamar Milk Shake akan berada di pasaran 30 May ini, bagi kami yang sudah merasa Tamar Milk Shake, bagi kami rasanya sedap, creamy dan tidak terlalu manis, sesuai untuk kanak kanak. Kalau bulan puasa tidak sempat nak bersahur berat, boleh sahur dengan minum Tamar Milk Shake, confirm kenyang!
Bagi Produk Serum Breakout, produk ini menggunakan bahan semulajadi, dan sudah mendapat sijil KKM dan sudah lepas ujian lab test. Puan Farra memberitahu kami yang produk Serum Breakout tidak mempunyai mekuri dan selamat digunakan, tidak macam sesetengah produk yang berada di pasaran, baru pakai 3 4 hari sudah boleh nampak putih.
Farra Beauty sudah berada di dalam pasaran sejak 2010, Farra Beauty juga mengeluarkan produk Skin Care, Serum Breakout & Tamar Milk Shake merupakan produk baru, dan sudah bole leh dibeli secara online.
Bagi sesiapa yang mahu membeli produk terbaru dari Farra Beauty, antaranya Serum, Tamar Milk Shake boleh dapatkan secara online di Facebook & Instagram Farra Beauty
Facebook : https://www.facebook.com/farrabeautyofficial/
Instagram : https://www.instagram.com/farrabeauty_hq/?hl=en